Monday, December 21, 2009

biasa ke tak biasa?BIASAKAN![bahagian 2]

Ya, kita memang biasa termasuk saya. Tidak sehebat dan luar biasa seperti junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kita. Tapi kita mampu untuk mencontohi baginda jika jiwa , dirangsang untuk mencari redhaNYA.

Saya teringat sirah Nabi S.A.W kita.emm...ingat tak semasa Rasulullah S.A.W dikunjungi beramai-ramai oleh para pembesar Quraisy untuk mengemukakan apa yang ditawarkan kembali oleh 'Utbah bin Rabi'ah dahulu yang menawarkan dengan jawatan tinggi, harta kekayaan dan juga jelitawan untuk dikahwinkan, dan juga kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi Muhammad S.A.W dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat dahulu juga? Ingatkah?

Apa kata Rasulullah S.A.W kita tu yang tercinta?

Semuanya dijawab oleh Rasulullah S.A.W dengan katanya:" Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa bukan bertujuan untuk mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian disamping itu diturunkan Kitab suci Al-Quran kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan padaku, sekiranya kamu terima, maka itu adalah habuan kamu untuk dunia akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNYA diantara aku dan kamu sekalian"

Fiqh Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti:m/s:133-134

Lihat! Lihatlah...lihatlah apa jawapan Rasulullah S.A.W. Apa yang ditawarkan sangat hebat. Insan yang lemah, yang lupa tujuan hidupnya, pasti kata "aku naklah.bagi aku taw". Itulah kita perlu hindarkan. Apa yang ditawarkan oleh puak Quraisy itu, semmemangna sering ditawarkan di zaman kita ni. Sangat sama. Jangan lupa apa Rasulullah S.A.W hadapi! jangan lupa apa yang perlu kita buat di bumi ini. jangan lupa. Ya, manusia memang pelupa. Bukan melayu sahaja mudah lupa...semua bangsa mudah lupa selagi bergelar MANUSIA!

Kat sini, mungkin timbul persoalan?macam mana nak ingattentang TUJUAN HIDUP? Carilah...carilah dengan mata hati mu. carilah bukan dengan mata kasarmu yang hanya memandang DUNIA DAN ISINYA SAHAJA. Aduh, ruginya. Saya sering ingatkan junior-junior course saya masa mula-mula berta'aruf dulu. Cari ilmu bukan di kuliah-kuliah je, jangan lupa library tu, dah besarlah sungguh, tapi tak ramai teringin bermesra bersama alunan khazanahnya. Indahnya.Jangan lupa cari di program-program di surau kediaman, persatuan sabagao contohnya PMIUM (dll.*saya tidak bias.mana baik,pergilah:) atau by organisasi luar tanpa mengira sebarang ideologi yang tidak sepatutnya ada di minda muslim student".

Carilah...carilah dan carilah. Alhamdulillah..saya boleh terjumpa, menjumpai atau dijumpai ilmu itu dimana-mana.Ya,dimana-mana...

No comments: