Saturday, December 19, 2009

the great HIJRAH by Rasulullah S.A.W...

Assalamualaikum W.B.T..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Saya bersyukur Allah memberi nikmat untuk membaca artikel dari Ust. Syaari..Secara jujurnya,pandangan saya terhadap hijrah masih cetek, belum dapat menyelami kehebatan Hijrah Rasulullah S.A.W. Saya ingin berkongsi artikel Ust Syaari dengan sahabat-sahabat supaya bersama-sama menyelami dan menyelami sedalam-dalamnya tentang HIJRAH suci ini.Cukupkah hanya kita menghantar SMS mendoakan saudara-saudara kita saban tahun TANPA sebarang PERUBAHAN PADA DIRI YANG MENGHANTARNYA???Satu muhasabah pada diri sendiri.

Kita sering membuat perancangan "aku nak berubah, aku nak berubah".Entah beribu-ribu kali di'zikir'kan. Cuba pula kaedah Ust Amin idris. InsyaALLAH saya ingin mencuba. Perancangan yang begitu sistematik. Ingat sahabat-sahabat, kebenaran yang tidak terancang pasti dapat dimusnahkan oleh kebatilan yang terancang!

Sebenar manapun pun perancangan kita, tanpa perancangan yang hebat dan strategik , sehebat PERANCANGAN RASULULLAH S.A.W, pasti tak kemana. InsyaALLAH.

Ya ALLAH, saya sentiasa ingin mengikuti apa yang Rasulullah buat. Bantulah hambaMU yang hina ini.
InsyaALLAH


Jom kita sama-sama berhijrah dengan sebenar-benar hijrah! InsyaALLAH...

Salam Hijrah 1431H dari saya(@muslimahsolehah,,,insyaALLAH)

Teks Terbaik "Hijrah" Dari Syekh Munir Al-Qabbani (Kuliah di Jabatan Mineral & Galian)

"Meskipun Rasulullah sangat yakin dengan adanya perlindungan Allah terhadap dirinya, tetapi perkara ini tidak menghalangnya untuk mengerahkan usaha yang dimilikinya sebagai seorang manusia. Allah menjaga Rasul-Nya dalam peristiwa hijrah bukan dengan mukjizat, tetapi dengan ilmu sebab musabbab iaitu percaturan strategi berdasarkan akal kemanusiaan itu sendiri." - Syekh Muhammad Munir al-Qabban, Manhaj Haraki Sirah Nabawi, terjemahan Pustaka Darussalam (hal 201).
Antara beberapa persoalan kritis mengenai peristiwa Hijrah yang telah saya lontarkan - dengan tujuan mengerahkan akal untuk sedikit berfikir, bukan sekadar meraikan sahaja hari Ma'al Hijrah - kepada rakan-rakan staff di Jabatan Mineral dan Galian (bangunan Tabung Haji) baru-baru ini adalah :

1. Kenapa Saidina Umar - khalifah Islam yang memulakan dasar perluasan daulah dengan lebih agresif dan terkenal dengan pemimpin Islam yang genius - memilih peristiwa Hijrah sebagai permulaan kalendar Islam, tidak seperti Kristian mahupun agama lain yang banyak memulakan kalendar penganut agama masing-masing dari tarikh lahir ataupun tarikh wafat tokoh-tokoh agung mereka.




Kenapa tidak Saidina Umar memilih peristiwa paling ajaib berlaku pada Nabi iaitu Isra dan Mikraj sebagai tarikh permulaan kalendar Islam ? Kenapa beliau memilih "apa yang berlaku" (peristiwa), bukannya "siapa yang terbabit" (kelahiran atau kematian) ?

Apakah pula hubungan antara dua bentuk 'pengorbanan' (Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad) dan signifikan dekatnya tarikh Idul Adha dengan Muharram ?

Maksud "berani mati" dan "berani hidup" serta implikasi hijrah sebagai permulaan skrip baru Islam dalam wajah yang lebih meluas (syumul) kepada pengkaji Barat seperti Michael H. Hart yang lebih sanggup meletakkan Nabi Muhammad mengatasi nabinya sendiri Jesus ? Apa kata Syekh Sya'rawi kepada maksud "ala" dalam "wa innaka la 'ala khuluqin azhim..." ?


2. Pembuktian Nabi tidak memohon mahupun menggunakan kelebihan mukjizat (seperti membelah bulan) dan Jibril alahissalam yang berada di belakang baginda (seperti di Taif) dalam peristiwa sepenting hijrah. Demikianlah formula dari hijrah Nabi untuk memenangkan Islam pada hari ini, seimbangkan antara Syariatullah dan Sunnatullah.

- Kenapa Nabi perlu memerintahkan Ali tidur di tempat baginda ketika baginda keluar meninggalkan rumahnya menuju ke rumah Abu Bakar ? Bukankah Nabi mampu sahaja untuk meninggalkan rumahnya tanpa perlu ada pengganti tempatnya di kamarnya ? Di sini letaknya seni propaganda (mengelirukan) musuh iaitu salah satu strategi perang dengan melengah dan memperdaya ketumbukan musuh.

- Kenapa Allah tidak terus membuatkan sesiapa sahaja yang nampak Nabi dan Abu Bakar ketika berjalan hampir 500 kilometer menuju Madinah seperti apa yang berlaku kepada musuh yang ditidurkan ketika Nabi keluar dari rumahnya ? Kenapa rasa mengantuk dan 'pembutaan' mata seketika itu tidak pula berlaku kepada Suraqah bin Malik yang hampir-hampir lolos dalam memburu dan memanah Nabi ?
- Kenapa Nabi ke rumah Abu Bakar waktu qailulah masyarakat Arab di musim panas terik itu, tidak waktu biasa seperti pagi mahupun petang ? Bukankah boleh sahaja Allah memberikan kelebihan kepada Nabi untuk "dighaibkan" dari dilihat oleh masyarakat Arab mahupun musuh baginda. Kenapa perlu Abu Bakar sekejap berada di hadapan Nabi, sekejap di kiri dan kanan Nabi, sekejap di belakang Nabi sepanjang perjalanan mereka ke Madinah sedangkan Allah telah menjanjikan batang tubuh Nabi dijaga oleh Allah dari mudharat musuh ?

- Kenapa cara Nabi keluar dari rumahnya sendiri (pintu depan dan musuh dilenakan) dan cara Nabi keluar dari rumah Abu Bakar berbeza (dari pintu belakang) ?

- Kenapa Nabi bersembunyi di gua paling tinggi dan mencabar, bahkan berada di laluan selatan dari Makkah iaitu Thur, sedangkan boleh sahaja Nabi bersembunyi di gua paling dekat dan tidak mencabar (khususnya bagi pembawa makanan iaitu Asma binti Abu Bakar yang tua dan sarat mengandung). Bukankah boleh sahaja Allah menghantar labah-labah yang membuat sarang dan burung-burung yang kekal di sarangnya di mana-mana gua terdekat selain Thur ? Dari siapakah maklumat tepat dan kajian geografi bahawa Gunung Thur adalah gunung paling mencabar di Makkah yang sewajarnya menjadi pilihan tempat persembunyian Nabi ?


- Kenapa Nabi bersembunyi selama 3 hari, tidak kurang dari itu di Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah ? Siapakah yang memberikan maklumat research kepada Nabi bahawa tempoh paling strategik untuk memulakan semula perjalanan hijrah adalah selepas 3 hari ke atas.



- Kenapa Nabi membentuk jawatankuasa bertindak hijrah yang begitu ramai (terdiri dari Asma, Abdullah, Amir bin Fuhairah, Abdullah bin Uraiqith dan lain-lain) walhal Nabi mempunyai mukjizat dan Jibril di belakang Nabi ?
- Kenapa melalui jalan jauh ke selatan Makkah yang tidak pernah dilalui manusia berbanding jalan biasa ke utara Makkah menuju Madinah ? Pengecutkah Nabi yang sememangnya dijaga Allah atau ia bukti Nabi benar-benar menunjukkan kelebihan akal (strategi) manusia lebih penting buat ummatnya di akhir zaman yang juga mahu menghijrahkan agama dan memenangkan semula perjuangan Islam ?

- Kenapa Nabi memilih perkataan "Madinah" yang bererti "peradaban dan tamadun" sedangkan Yathrib pada masa itu belum mempunyai sebarang ketamadunan tinggi mahupun binaan yang hebat dan megah ?

Baca juga tulisan saya sebelum ini bertajuk : "Elemen Tanzim dan Aspek "Sunnatullah" Di Sebalik Kemenangan Hijratur-Rasul"


"Hijrah dengan penuh strategik dan perancangan yang begitu rapi bukan secara membuta tuli. Nabi SAW melakukan hijrah dengan mengambil jalan yang jarang manusia lain lalu, bersembunyi di Gua Thur sebelum terus bergerak ke Madinah, semua ini menunjukkan nabi SAW memberi tarbiah kepada kita dalam kerja dakwah dan perjuangan walaupun nabi boleh berdoa kepada Allah dan mengutuskan tentera-tentera Allah untuk membantu nabi tanpa bersusah payah. Sebaliknya nabi telah merancang dengan begitu teliti sekali sewaktu baginda mangatur untuk berhijrah.

# Artikel ini diambil dari blog Ust Syaari. Syukran jazylan Ust atas artikel yang amat bermakna. Gambar merupakan UST SYAARI. Boleh dilawati di sini.

...............................................

~Cukuplah ALLAH bagiku...Alhamdulillah

No comments: