Monday, December 07, 2009

eh..sukat solat?gi mana sih


KISAH BUKU SEBENTAR…


ASSALAMUALAIKUM WB.T..sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH S.W.T sekalian…

Saya cuba ingin berkongsi dari buku saya yang baru beli ni~MENYUKAT SOLAT DIRI~ karangan ustaz Misbah Em Majidy…(+sisi pandang Tok Guru Nik Aziz)

Bagi saya…buku ni lain dari buku2 tentang khusyuk2 kat solat yang lain…lain sikit…hadirkan hati yang serba kelat dengan maksiat ni semasa membaca (menela’ah)..insyaALLAH ada satu perasaan hadir. (apa dia?rahsia…)insyaALLAH..cube la cari ye..amcorp mall (tmpt sbnr dibeli)pn ok…

……..mungkin ramai dh ada..tp xpela,,,

Dari sahabat Rasulullah S.A.W…
Huzaifah,salah seorang sahabat kesayangan RASULULLAH S.A.W…telah berpesan..dari Asma’binti Yazid:

“ketika manusia mengabaikan dan melalaikan perintah solat,maka ALLAH akan mencabut rasa khusyuk serta sifat keberanian dari hati mereka.. Dalam keadaan itu, ilmu yang bersumberkan hati (hikmah) dipinggirkan oleh ilmu yang berasaskan logik. Mereka berani meninggalkan kewajiban solat dengan alasan yang dibuat-buat berdasarkan logik melalui mereka…
……..

Amanat tidak lagi ditunaikan. Kebaikan,kebenaran dan keadilan dipinggirkan. Taqwa kepada ALLAH, keberanian, qana’ah,zuhud hanya menjadi cerita usang.Mereka hanya fokus kepada urusan duniawi, sementara urusan akhirat ditinggalkan. Kaumnya berkata,” Apakah pada waktu itu tiada orang yan aim wahai Huzaifah?” Beliaumenjawab,” Waktu itu ramai ulama, tetapi tubuh yang berbungkus jubah dan kepala berlilit serban hanya ‘selubung’ untuk meraih kekayaan dan kekuasaan.”
……...

“Ketika itu, ramai para alim yang menyerukan taqwa, tawakal, cinta ALLAH dan berkhutbah. Namun, apa yang mereka ucapkan tidak selari dengan perilaku mereka. Apa yang ada dimulut mereka berbeza dengan apa yang didada serta sikap mereka.” Kaumnya bertanya lagi, “Apakah pada waktu itu tidak ada ahli ibadah wahai Huzaifah?”
………


“Saat itu banyak orang menyeru dan mengaku dekat dengan ALLAH,ramai orang yang mengerjakan solat, puasa dan haji. Tetapi mereka melakukannya bukan untuk ALLAH, tetapi mereka melakukannya untuk dipuji sebagai manusia alim. Kala itu ramai manusia yang bersedekah, tetapi mereka beramal sosial untuk menutupi kejahatan mereka mencari harta.”

…….
Ramai orang yang alim secara zahir, tetapi pada saat yang sama melakUkan maksiat. Ucapan mereka penuh hasutan permusuhan dan fitnah. Perilaku merekA berlawanan dengan hukum ALLAH. Kemudian kaumnya bertanya lagi(ish3..bagus betul mereka NI,banyak tanya)…………………………………………………………………………………………………………………..

Sahabat-sahabat yang saya muliakan sekalian…agak-agaknya…apa punca utama dari benda2 yg dikatakan Sahabat Nabi S.A.W itu…?

Boleh agak kan?

Yaa…solat..solat…bagaimana solat kita? Takut kita tergolong dari orang yang di’mention’ TADI…na’uzubillahiminzalik…boleh dikatakan.kebejatan sosial n apa2 benda jahiliah2 sekarang ni…punca dari solatnya…adakan dianggap sekadar ritual??adakah solat kita masih dibeleNGgu dunia??sampai boleh menyelesaikan BANYAK masalah time solat..!!?secara pastinya…amatmustahil ahli gerakan meninggalkan solat..tapi..tapi….khusyukkah??
huhu..muhasabah bersama…

Kekuatan diri dan semua…berpaksi pada solat…rajin2lah kita MENYUKAT SOLAT KITA….!!
Hamba yang mantap..strategi yang mantap untuk menghadapi cabaran dunia ini…insyaALLah dari solatnya yang ikhlas n khusyuk pada Robbinya…

Nak SEMBANG pasal solat..pasti semua tahu kepentingannya disisi ALLAH S.W.T…
1st amalan yang dinilai Lagi tu…Astaghfirullahala’zim
Muhasabah diri ini juga..

Moh le kite…kembali merawat solat kita…pasti ada ubatnya…insyaALLAH!


Opss..sambungan:Huzaifah berkata…”Kerana kebanyakan orang meninggalkan solat, atau solat tetapi hati mereka tidak khusyuk. Dan mereka merasa tidak berdosa meninggalkan solat..

SATU DOA SAYA NAK KONGSI (dari buku ni juga~maaflah macam promote..tapi gitulah )

DOA RASULULLAH S.A.W yang selalu memohon:

~”Wahai Tuhanku..Aku berlindung kepadaMU daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, keinginan yang tidak pernah puas, serta doa yang tidak didengari”


Hadis Riwayat Muslim:4899, Sunan Abi Daud: 1324
Dan Sunan at-Tarmizi:3404
Ya…Rasulullah S.A.W amat menekankan khusyuk pada solat..
Pasti sahabat2 Semua amat khusyuk…Cuma perkongsian dari saya yang hina disisiNYA sahaja…


cukuplah Engkau bagiku........Alhamdulillah...

1 comment:

fatin nasibah said...

setiap sahabat ada keistimewaannya tersendiri..
thanks nisa.. enti byk beri peringatan :D