Thursday, December 10, 2009

kemanjaan yang tak disedari



Disini, ingin dikongsikan sesuatu yang penting, mungkin sering dilakukan,tapi tak perasan.Sekali-sekala kita copy:) Mari muhasabah bersama.

Dakwah Bukan Untuk Pemikul Yang Manja
Dakwah dan Kita..Muhasabah Buat Semua Da'i :
Nukilan : Ikhwah Jepun
Sumber : Dr.Qamarussalam' s blog.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

Yang cepat mengalah,

Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.



~adakah kita sudah mantapkan tarbiyah jasadi?kuatkah?atau masih manja?


Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.


Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

• Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”

Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
.......................................................


~Ya ALLAH..kadang-kadang saya sering terlupa.Betul.Macam manja tapi tak perasan.Difikir-fikirkan, apa sumbanganku unutk Islam? Tiada langsung lagi.perasan je lebih!hu2.Masih berusaha. Tapi, ingat sahabat2, kita amat memerlukanNYA.. kITA TIADA PUN, ISLAM HEBAT TERSEBAR dengan insan-insan pilihanNYA. Aduh, ruginya jika tidak bersama-sama mengejar kemulian yang dioffer ALLAH ini. Sahabat-sahabat macam mana?

Firman ALLAH S.W.T Yang bermaksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk
.
(Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

Firman ALLAH S.W.T lagi Yang bermaksud: Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertakwa dan
berderma) Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu
mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu
.
(Surah Muhammad, Ayat: 38).

Lihat sahabat-sahabat...alangkah ruginya hamba yang berpaling!

Ya ALLAH, jauhkan kami semua dari tersesat dari jalanMU.

Cukuplah Engkau bagiku...Alhamdulillah

2 comments:

Goldman said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

buy avaforce 100 mg online said...

avaforce 100 mg It is Use in a class of drugs called phosphodiesterase type 5 PDE5 inhibitors. It works by helping to increase blood flow into the penis during sexual stimulation. It works by increasing blood flow to the penis.