Tuesday, December 08, 2009

Doktor dunia akhirat?!How?



Doktor Dunia Dan Akhirat
Kisah terjadi dahulukala,
Ketika Saidina Ali berhijrah ke Basrah,
Terlihat olehnya manusia mengadap seorang pemuda,
Tampan dan segak nampaknya si dia.

Oh...sang doktor rupanya,
Hebat mengesan penyakit zahir,
Derita batin berkeupayaan dia.

Dirapatinyalah si doktor muda,
Lalu terjadilah dialog di antara mereka.

Assalamualaikum tuan doktor,
Salam dijawab penuh mesra,
Boleh tuan tunjukkan ubat penyakit dosa?
Pertanyaan ditanya beberapa kali.

Sang doktor akhirnya berkata,
Jika ingin mengubat dosa,
Tinggallah di kebun iman,
Ambillah akar-akar niat dan bijirin penyesalan,
Petiklah daun membaiki diri dan azam,
Taburlah bijirin warak,
Semailah buah feqah,
Dahan-dahannya adalah yakin,
Saripatinya adalah ikhlas,
Dan kulitnya adalah ijtihad.

Ambillah akar-akar tawakkal,
Sempurnakannya dengan iktibar,
Minumannya air taubat,
Dan ubatnya tawadhuk.





Ubat diambil dengan hati yang hadir,waspada dan faham,
Peganglah taufik, basahlah selalu dengan airmata,
Nyalakan api-api rindu sehingga kedapatan buih-buih hikmat.

Setelah masak, tuangkanlah ke dulang redha,
Kipaslah dengan kipasan istighfar,
Lalu kau akan dapati minuman yang sangat jernih, asli dan sedap rasanya.

Minumlah air itu di tempat yang sunyi tanpa manusia,
Hanya Allah Taala semata-mata,
Itulah dia pengubat dosa yang mustajab.

Selesai memberi ubat maka terdengarlah,
Madah-madah dari doktor tentang Yang Maha Esa,
Tiba-tiba terdengar teriakan dari doktor budiman,
Jatuh ia rebah lalu kaku.

Sesungguhnya engkau ini doktor dunia dan akhirat,
Itulah ungkapan Saidina Ali kepadanya,
Lalu jasad doktor disemadikan dengan aman

Petikan dari: www.klinikummi.blogspot .com


PANDANGANKU...

Cukup menarik puisi ini untuk dimuhasabah bersama...

Adakah kita...sudah merawat rohani kita?huhu...sering dirisaukan fizikal yang sememangnya penting untuk kenikmatan beribadah..tapi...tapi..jangan dilupa JIWA KITA...JIWA YANG MAKIN KERING DISEJAT OLEH HAWA PANAS DUNIA..huhu..Astghfirullahal'azim...

Aduh dunia...
seringku terleka padanya.apa yang ada?apa yang ada pada DUNIA yang hampir-hampir dicintai ini?Astaghfirullahala'zim...
hanya ladang sahaja.ladangku mencari bekal 'makanan' untuk hidup di sana.kejayaan yang hakiki, di sana..SYURGA sana.
DUNIA?APA YANG ADA PADA DUNIA?

Firman ALLAH S.W.T:
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan
kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anakpinak;
harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda
peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebunkebun
tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah),
pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah
Aali Imran, Ayat: 14).

Doktor...emm..doktor..doktor...
disebut 'Doktor'...apa pandanganmu?seseorang yang berbaju putih? berstetoskop?berspek (huhu..pantang nampak berspek,terus kata medic, hoho..tula hakikatnya) dan bla..bla..bla..

emm...hakikatnya..semua kena jadi 'doktor'..tak bertauliah pun ok:)
membetulkan serba sedikit orang di sekitarnya mengikut kemampuan masing2...
sabda Rasulullah s.a.w:
"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, dia hendaklah mencegahnya
dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu (mencegah dengan tangan - kuasa),
maka hendaklah dia mengubah dengan menggunakan lidahnya (teguran dan
nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan
hatinya (iaitu tidak reda dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.
Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sebesar biji sawi
"
. (Hadis
riwayat Tirmizi).

InsyaALLAH...

~Jadilah 'doktor' DUNIA dan AKHIRAT...insyaALLAH...

~Cukuplah ALLAH bagiku.....Alhamdulillah~

2 comments:

fatin nasibah said...

semoga kita dapat ubat yang dikatakan doktor tu~
aamin..

buy fildena 25 mg online said...

Fildena 25mg is used to treat male sexual function problems impotence or erectile dysfunction. in combination with sexual stimulation. It contains one of the medications having a place with the phosphodiesterase compose 5 inhibitors.