Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

AWAK KATA NEGARA POLIS KE?SETUJU KE?PANDANGAN LAIN???ramai kata,kenapa ya?No comment...


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B.T

Negara POLIS????

Apa pendapat anda semua? Setuju ke atau tidak mahu mengatakan setuju atau tidak mahu ambil tahu atau “bukan, salah statement tu???

Saya serahkan pada anda semua untuk menilai…

Semakin hari semakin banyak “kisah-kisah” sahabat-sahabat di kampus di Malaysia ini yang….yang apa ya? Ya…”ditahan” ….ya ditahan atas kesalahan BERDEMONSTRASI atau dengan nama lainnya….mengexpressikan tanda tidak bersetuju atas sesuatu dengan aman tanpa sebarang pergolakan apabila cara lain tak diendahkan…(hoho, maaflah ya. Ini dari kamus sendiri)

Entahlah. Apa yang saya tulis ni? Hajatnya ingin menulis tentang Program yang baru saya hadiri sabtu lepas dibawah anjuran Persatuan Ulama Malaysia bahagian Wilayah Persekutuan…

Hemm….belum dapat menulis lagi. Sangat menarik…saya belajar sesuatu sisi lain tentang dakwah….atau kata lain “Jom kita buat kebaikan” ­^_^

Saya terpaksa tinggalkan sementara waktu. Saya berhajat untuk memberitahu tentang sahabat-sahabat kampus….

Sekadar untuk berfikir sejenak….

“Adakah Malaysia sebuah Negara polis?” Oh, saya tidak berhajat berkata lanjut tentang Negara polis itu bagaimana…

Cuma…sentiasa bermain dan berlari-lari dibenak fikiran disamping ilmu-ilmu sains yang sedang mengaji ni…yang katanya…”Oh, macam tulah. Malaysia sudah menjadi Negara polis”

Ini bukan statement saya. Cuma nak mengkehadapankan ayat-ayat ini. Isu semasa yang kerap berlaku melibatkan pelajar universiti. Tapi, makin kerap kan?? No comment…

Pada pandangan saya yang Alhamdulillah, saya tidak bias kemana-mana pihak, salahkah mahasiswa untuk berkata-kata “sesuatu”? Berkata “sesuatu” yang dirasakan tidak adil dan tidak benar? Berkata “sesuatu” yang dirasakan perlu diubahsuai dan diperbaiki…

Mungkin ramai yang mengatakan…cara tidak sesuai. Tidak sesuai? OH, lupa..macam berdemonstrasi…eh memang pun..eh, salah ke? Eh, cara apa lagi? Eh, bukan pun mencederakan siapa-siapa pun? Eh, tidak rosak apa-apa pun, mereka hanya berarak? Eh…kata demokrasi, boleh menyuarakan apa-apa? Eh…betul ke apa yang saya fikirkan ni? Eh…peliklah? Eh..nak jadi apa ini? Eh, Malaysia boleh???

Hem…….

Ya ALLAH, pasti ada hikmahnya kejadian begini. Kejadian mahasiswa ditangkap ini…Ya ALLAH, tabahkan hati mereka. Hanya Engkau yang mengetahui segala-galanya…. ALLAHUAKBAR!


.....................................................................................................

9 pelajar ditahan bantah pilihanraya kampus

23 January 2010

Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.


Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.

Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.

Sumber: Malaysiakini.com


#Sekadar untuk berfikir sejenak. Anda tidak mahu berfikir? Nak fikir tentang kuliah sahaja? Tidak mahu fikir tentang saudara-saudara seakidah anda??? Ok, teruskan dan selamat tinggal dari saya…Saya doakan, moga setiap amalan kita diterimaNYA. Amin...

Cukuplah Engkau bagiku….Alhamdulillah (^^,)v

Thursday, January 14, 2010

REFERENDUM MANSUHKAN PENGGUNAAN SISTEM E-UNDI DI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS


Assalamualaikum W.B.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah..

Ya, sahabat-sahabat yang saya kasihi....Nah!kembali kita pada isu kampus perdana di MALAYSIA [kepada U lain, UM tak perdana pun, sengaja nak sedapkan ayat:)]

Saya makin haru...biru makin tidak tahu nak berkata apa...

Saya risau dengan UM saya ini....sahabat-sahabat seperjuangan saya....teruskan langkahmu...

Saya berdoa moga perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran dan ketelusan diberkati ALLAH...insyaALLAH. AMIN...

KATA DEMOKRASI...MANA??

KATA DEMOKRASI, SUDAH MAHASISWA TIDAK MEMPERCAYAI E-UNDI, JANGANLAH HENDAK JUGA DIJALANKAN...BAGI KAMI PERCAYA ATAU JAMINAN KETELUSAN...HAH...INSYAALLAH KAMI SETUJU...(eh,emosional nya awak ni.kenapa ni?huhu. No comment)

KATA DEMOKRASI...TIDAK PERLULAH E-UNDI.KAN BANYAK CONS NYA...DARI PRO...

KATA DEMOKRASI, DENGARLAH SUARA MAHASISWA. KAMI SOKONG, KAMI MENERIMA, KAMI TIDAK MEMBANTAH JIKA IA BENAR...INSYAALLAH...

Hemm,,,saya sudah tidak terkata lagi..

Hanya mampu mendoakan, moga penyerahan Memorandum INI kepada Kementerian Pengajian Tinggi ESOK di Putrajaya...dipermudahkanNYA...InsyaALLAH. Amin.


Sahabatku sekalian, Alhamdulillah, saya sudah 'sign' petition ini. ANDA bila????


Klik pada 'Petition To' untuk'sign':

"KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN UNIVERSITI",

Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI).

Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi.

Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut:

  1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b),Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
  2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
  3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
  4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
  5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual.

Sekian.

GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)


Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 10 January, 2010)

Saturday, January 09, 2010

APA nak awak KATA?


Assalamualaikum W.B.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah...

Kembali ke ISU yang macam yela..pelik.

Sekejap diam sekejap..hah,semua dok sibuk tulis dok sembang dok wacana dok seminar...

Alhamdulillah...

Baguslah, kita sensitif pada isu-isu yang berkaitan isu UMAT ISLAM...

Tapi kan, bila fikirkan balik...cuba fikirkan, saya berpandangan begini (pandangan peribadi including for me), kita selalu begini, yelah, macam risau terpengaruh dan apa lagi...

Tapi...

Cuba cek diri, cuba cek kesihatan iman cuba cek tahap 'imunisasi diri' terhadap maksiat dan syaitan yang boleh dikatakan bergantung pada ILMU AGAMA, ataupun ayat yang lebih molek disebut iaitu KEFAHAMAN KITA TERHADAP ISLAM!

Kita tidak risau ke, generasi akan datang kita yang mencorakkan nya.

Kita tidak risau ke generasi akan datang terpengaruh dengan DAKYAH2 oleh pakar2 missionary yang hebat gerakannya di merata-rata tempat!

Yang hanya mungkin disebabkan kesilapan kita yang tidak mengamalkan cara hidup Islam sebaliknya hanya di kad pengenalan! Wah, kasarnya. Bukan begitu, maksud saya, bukanlah begitu, Tapi, kita cubalah mengamalkan CARA HIDUP ISLAM mana yang yang kita mampu...

Takkanlah ALLAH S.W.T Pencipta kita Yang Maha Hebat itu menjadikan syariah atau cara hidup Islam yang kita tidak mampu!? Segala-galanya kita mampu! Percayalah. Cuma seperti awal tadi, cuba mengamalkan dengan cara yang kita mampu (tak mampu buat sikit, buatlah banyak.=p)

Renungi bait-bait cinta dari ILLAHI...ALLAHUAKBAR!

Firman ALLAH S.W.T:"

ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengn kesanggupannya.
...."~Surah Al-Baqarah: 286

ADA BANTAHAN? ADA ALASAN? ADA YANG TIDAK SETUJU?

Insya ALLAH kita boleh...tinggal kita nak atau tak. ALLAH bagi peluang sama-rata je kat semua. Anda tidak berusaha kearah kebaikan...anda tidak berusaha nak buat, anda tidak berusaha hendak mengamalkan ISLAM as cara hidup, MANAKAN boleh. Anda akan dapat apa yang anda usahakan.

ADILKAN? ALLAHUAKBAR!

SUBHANNALLAH DARI SIFAT manusia yang hina ITU...

KITA? Apa kita dah buat? Cukupkah hanya risau dan risau dan risau tanpa buat apa-apa? Maksud saya, dalam kata mudah dari saya, kita tidak mahu ke sama-sama bagitahu kat semua (non-muslim atau sahabat-sahabat yang nampak 'agak terleka' dengan NAFSUNYA.huhu

Bagitahulah, "Abu atau Laila (just pick up any names =p), kau nak tahu, semalam aku dengar..kita kena rasa alangkah indahnya hidup sebagai hamba ALLAH. Kau tidak banggakah menjadi hambaNYA? Hamba kepada ALLAH yang berkuasa atas segala-galanya!!! Aku yakin, kau boleh berubah...xpe, jangan risau, nanti aku tolong kau eh. Kita belajar ilmu agama sama-sama. Kat surau esok ade taw. kita p same-same yek. Kau boleh. ALLAH pasti ampunkan dosa-dosa kau. aku pun banyak dosa. Its ok my dear friend. ALLAH sayang kalau hamba-hambaNYA kembali dan mengadu padaNYA. Kan malaysia boleh, kau mestilah lagi boleh. Hehe..."

~Hah,cakap begini pun okaylah. Satu dakwah Fardi ^_^

ALLAH tidak pernah jemu dari pengaduan hambaNYA yang bersalah. Lai dekat kita padaNYA, laigi dekat ALLAH pada kita. Tidak mahu??? Rugi3...

ALLAH kan MAHA PENYAYANG. Dah lupa ke? SUBHANALLAH dari sifat itu.

Manusia yang hina je bosan. tak perasan ke? Cuba kita kalau ada orang tak habis-habis dok minta tolong dan mengadu kat kita. kita mungkin kata "Ish, rimaslah. minta la orang lain. Asek aku je. Habih r duit aku. penat r..(monolog)".

Kita semua pasti ada pernah terdetik sedikit. Kalau x, hebatlah. Tahniah :)


ALLAHUAKBAR!!!


Satu persoalan dilontarkan "Kenapa awak memeluk agama Islam? Adakah disebabkan mak ayah awak Islam? So, awak ikut je ke?" HEMM..apa meaning?! Alamak... (bak kata Prof Mahmood. lecturer Immunology saya dr Iraq)~saya sangat seronok dengar beliau cakap melayu.= He's always gives a good lecture every week (^^,)v~

Thanks Prof~

Bawah ni, saya petik dari blog Ust ZAHARUDDIN. Of course, saya tidak mampu untuk komen isu ini main ikut selera sendiri. Tiada ilmu yang mendalam Kita serahkan pada yang pakar. Apa-apa pun, cuba kita hayati dan muhasabah balik. Ada hikmahnya kejadian begini. Segalanya tergolek di JIWA KITA SENDIRI! BAGAIMANA KITA DENGAN ISLAM!?


Larangan Kristian Guna

Nama Allah : Ulasan Ringkas

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010

Wednesday, January 06, 2010

eh,awak tak marah?

Asslamualaikum W.B.T

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI...

Jom clearkan tentang ISU YANG makin HANGAT NI!

aPA SEBEnarnya KIta perlu TAHU?
........

ALLAH YANG ESA...
TUHAN SEKELIAN ALAM...
TIADA TUHAN MELAINKANNYA...

TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!
........
Anda nak tertINGgal?
Jom KE Forum2 ni...
Busy? Ada kuliah? Tidak mengapa...tak marah.Ini untuk YANG boleh :)

emm,boleh dikira suatu AMANAH untuk menyampaikannya...
InsyaALLAH ye sahabat-sahabat (^^,)v

Moh sahabat-sahabatku dari 1st kolej, fakulti perubatan dan semua fac di UM (tak tipu =p saya ada sahabat di setiap fakulti.Alhamdulillah..anda?)


^_^



Ha...ini ada satu lagi. Alhamdulillah, anjuran Team Elit Muslim (PMIUM), APIUM dan PMAPIUM...

Aduh, jangan masih dibelenggu dengan 'ideologi kotor' ya. Tidak kisah siapa yang menganjurkannya..
apa yang penting, yang saya kata sebelum ini...
Ia baik untuk IMAN anda bukan NAFSU!!!

Silakan...(^^,)v


Wednesday, December 09, 2009

pemberian yang jarang diPEDULIKAN



Assalamualaikum W.B.T..

Sahabat-sahabat...

Pagi tadi…

Alhamdulillah saya dapat menonton bicara tentang seorang ‘pengguna’ jantung mekanikal di MHI di TV3.

Selalu saya terlepas.buat benda lain.
Fikir punya fikir tentang apa ingin dikongsi, jadi saya ingin mempromosikan suatu benda untuk semua.

Kebetulannya, saya amat berminat tentang kardiologi. Apa lagi, terpaku sungguh depan
tv.hu2.Maaf ye mak.hu2. Alhamdulillah…

Pernah dengar Kempen Jantung Budiman?1
Kempen ini dari Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN):)


Saya pun baru dengar pagi tadi. Rupanya sudah mula dari 5 Nov. Naifnya saya. Lambat. Tapi, xpe.Belum terlambat selagi nyawa belum berakhir dan matahari beum terbit di barat. Selagi itu, perjuangan belum selesai! Seronok perbincangan antara hos MHI (tak ingat nama lelaki tu) , doktor pakar jantung , Exco Pemuda Umno (Dato’ Mohd. Khairun Aseh) dan Winnie. Emm, kali ini, saya amat bersetuju tentang kempen ini. Bagus. No objection!

Kenal Chen Winnie? Apa? tak?!...


Saya pun pernah dengar, tapi dah lama tak kedengaran selepas kejayaan dulu. (tak pasti.maaf). Tapi kali ini, mereka datang dengan satu episode yang menyentuh hati. Winnie amat memerlukan jantung baru. Ya, jantung baru sahabat2. Jantung yang dia tengah guna tu, mekanikal punya.


Masa Dr tu dan Exco tu diinterview, ligat Winnie menukar bateri ‘jantungnya’. Aduh. Kasihan. Dari tv, saya terdengar-dengar bunyi bip..bip..bip.pelik. dari mana? Ooo…rupanya bunyi jantung tu. Saya tak dapat nak bayangkan, betapa jenuhnya Winnie nak kehulu-hilir bawa benda tu. Kata Ally Iskandar si hos MHI tu,(baru teringat nama lepas bertanya mak), berat battery dia, lagi berat dari laptop! Ish, berat sungguh! Anda semua boleh tengok pic (Winnie adalah kiri, diikuti Dato'), tengok saiz beg dia. Lepas tu, kena tukar setiap 90 minit! Itulah saiz ‘jantung’ Winnie.



Emm..apa yang saya cuba sampaikan? Dapat something?


Apabila Ally bertanya pada Winnie, apa yang dia harapkan? Kata Winnie (lebih kurang), dia mengharapkan dapat memeluk anaknya yang masih kecil. Dah lama tak dibuat. Sememangnya, anaknya tak dibenarkan untuk peluk.Sebab apa? Sebab takut tercabut tiub ‘jantung’nya dari badan. Ya ALLAH, kasihannya! Kata Winnie lagi, tempoh hayat ‘jantung’ dia tinggal lagi 6 bulan. Bukan 6 tahun! Dr kata, mesin itu memang dicipta untuk tempoh 2 tahun sahaja. Winnie juga amat menharapkan dengan hadirnya ‘jantung’ baru dapatlah dia menguruskan anak-anaknya yang masih kecil. Rupa-rupanya, Winnie ni ibu muda. Baru 24 tahun!


Selain Winnie, ada juga Geek Koon. Emm, 2 orang, wahai sahabat-sahabat semua! Saya amat mengharapkan (juga harapan dari mereka) ada PENDERMA JANTUNG BUDIMAN yang sudi atupun mempunyai waris-waris yang ‘sesuai’ (harap semua memahami). Untuk pengetahuan semua, bukan sebarang jantung boleh ambil, tapi kena sesuai jenis darahnya, saiznya, beratnya dan sebagainya.


DERMA ORGAN


Jom!!! Menderma organ. Mari daftar!

Alhamdullillah…yang mengajak sudah. Walaupun mak ayah amat terkejut dengan anaknya yang dah jadi ‘PENDERMA ORGAN’ (seluruh organ pula tu. Tak tahulah yang mana sesuai:) .Dari matrik lagi. Semangat mungkin. Tapi, Alhamdulillah dari kesedaran. Darah muda (Eh, sekarang muda lagi:)).ok lupakan pasal saya. Saya amat mengharapkan semua dan bertambah ramai
mendaftar. 2

Tak salah kan?


Lihat ini:
Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira…
3
~selanjutnya, boleh teruskan membaca di site. Saya akan bagitahu kemudian:)


Sahabat-sahabat..saya yakin, semua dapat ‘merasa’ apa yang Winnie rasa. InsyaALLAH….saya yakin.


Conclusion

Akhir sekali, saya quotekan kata-kata EXCO UMNO itu:

Muhd. Khairun berkata, kempen tersebut dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan pendermaan organ bukan sahaja untuk Winnie dan Geek Koon tetapi juga insan yang senasib dengan mereka.
"Pendekatan kita terhadap kempen derma organ ini lebih kepada seruan dakwah. Kesedaran orang ramai perlu terus dipertingkatkan. Terutama pada waris-waris penderma organ," jelasnya.
Sementara itu, pada sidang akhbar sama, Muhd. Khairun mengumumkan beliau sudah mengisi borang persetujuan untuk menderma organ sebagai perintis pada pelancaran kempen tersebut.
"Saya sudah berbincang dengan isteri saya dan isi borang pendermaan organ pagi tadi.
"Ini suatu ibadah. Saya sukarela mendermakan jantung saya demi membantu insan lain. Kita juga galakkan Pemuda UMNO menderma organ. Saya yakin mereka pun ada kesedaran itu," katanya.
Turut mengisi borang persetujuan menderma organ ialah Ewe Hock dan sekumpulan sukarelawan Pemuda UMNO yang hadir pada majlis tersebut..



`Ya…menarik.Bagus.Teruskan kita semua di bumi Malaysia membuat kebajikan:) .Mari sama-sama menguar-uarkan tentang kempen yang baik ini. Sama-sama membantu yang susah. Manalah tahu, di hari kemudian, adik kita yang memerlukan organ! Wallahua'lam.

"Ya ALLAH..terimalah amalan kami."

Adakah 1Malaysia? Emm…boleh juga:)


Rujukan:
1.Utusan malaysia
2. Mari menderma
3. Derma organ?boleh ke tak?




~Cukuplah Engkau bagiku…..Alhamdulillah~