Showing posts with label sahabat seperjuangan. Show all posts
Showing posts with label sahabat seperjuangan. Show all posts

Saturday, February 06, 2010

Wahai jiwa yang lemah.Kenapa?Sudah hebatkah?



“Macam mana cuti? Best?”

“Best..!!”, jawab dua anak kecilku itu, girang. Hampir seminggu kelas iqra’ kami sepi.

"Mama bawa pegi mana?”

"Pegi Kota (Kota Belud) dan KK (Kota Kinabalu)”, jawab si adik yang baru menginjak usia 7 tahun.

"Waaahh!!”, sengaja kutunjukkan wajah teruja merai jawapan yang diberikan.

"Mama ajak jalan-jalan kat KK yer?”

"Iyaa… Kami pegi panggung”, jawab si abang yang berusia 12 tahun. "

Pegi panggung? Tengok wayang?”, cheh! Soalan… Takkan orang pegi panggung beli ikan pula. Tapi tengah bercakap dengan anak kecil kan memang kena macam tu.

“Iya… Tengok Dragon Ball Evolution”, jawab si abang lagi sedang adik di sisinya sekadar menambah dengan wajah ceria.

Terserlah keseronokan mereka mengenang kembali pengalaman menonton wayang. Aku tak pasti itu kali ke berapa mereka diajak oleh si ibu menonton wayang. Kecil-kecil lagi dah merasa tengok wayang kat panggung. Aku yang dah besar ni pun cuma merasa kali pertama injak kaki kat panggung wayang lepas dah masuk 20an. Itu pun cuma sekali selepas puas dipujuk kakak senior kat kampus dulu, pertama dan terakhir insyaAllah.

“Waahh!! Dah ada cerita filem rupanya kartun tu”, balasku yang memang dah lama tak mengikuti perkembangan cerita animasi kegemaranku zaman hingusan dulu. Raut wajah Goku yang comel tu masih jelas lagi dalam ingatan. Rupanya dah ada versi real, macam mana agaknya muka Goku versi real tu

“Ok la… Nanti kita sambung cerita Dragon Ball. Sekarang kita sambung kelas kita. Dah lama cuti, kan? Masih ingat lagi yang kita dah belajar?”, soalku pada dua anak kecil di hadapanku.


"Ingat…”, jawab mereka serentak. Dan dengan memulakan kelas dengan amalan lazim kami, surah alFatihah, kelas kami pun bermula.

Memang sedikit mencabar mengajar mereka, terutama si adik yang lebih banyak main. Nasiblah si abang banyak membantu dengan menenangkan sendiri adiknya. Satu yang cukup menarik perhatianku dan agak lucu juga adalah ketika si abang mengurut-urut belakang si adik sambil berkata, ’Sudahla… Sudahla…’, lembut dicelahi tawa kecil.

Dalam usahanya meminta si adik berhenti ketawa dia pun berusaha untuk menyahkan jauh-jauh tawa yang berjangkit dari si adik. Dan yang paling lucu bila dia menyambung dengan kalimat, "Keluar..! Keluar…!", menghalau syaitan yang mencucuk si adik lagaknya.'Syuh! Syuh!!', tambahku.

"Ok, apa pula yang kita nak citer malam ni?”, tanyaku meminta idea dari mereka sebaik kuakhiri pengajaran iqra’. Lazimnya aku akan menutup kelas dengan sedikit cerita sebagai tazkirah buat kedua anak kecil itu, termasuk juga utk diriku. Keduanya saling berpandangan.

"Dragon Ball Evolution”, jawab si abang. Memang kuat sungguh rupanya penangan filem tu.

“Ermm… Menarik. Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?”

"Nilai dan pengajaran”, jawab si abang menunjukkan kematangannya berfikir. "

"Bagus… Pandai… Pasti ada nilai dan pengajaran, kan?”, soalku. Si adik di sisinya seperti biasa menambah itu dan ini pada kata-kata si abang.

"Masa Goku berlawan dengan musuh, dia cepat mengaku kalah tak?”

“Tak…”, jawapan jelas yang sempat kurakam dalam kotak memori. Huraian yang banyak dari si adik terutamanya tak sempat kurakam. Banyak sangat, maklumlah anak kecil kalau bercerita hal2 yang menarik bagi mereka macam orang baru dapat mulut.

"Dia tak mudah putus asa kan?”, keduanya mengangguk mengiyakan.

"Macam tu juga kita dalam hidup ni. Jangan mudah berputus asa. Yang penting kena usaha, kemudian kita berdoa dan akhir sekali kita berserah”, keduanya menampakkan wajah tak faham, keliru.

“Macam ni… Contohnya kita belajar di sekolah mesti kita nak dapat keputusan yang baik, kan?”

“Iya, 5A”, jawab si abang pantas. Maklum tahun ni dia nak ambik peperiksaan UPSR.

"Hah, nak dapat 5A kena belajar rajin2.. Tu namanya usaha.. Lepas tu kena berdoa moga Allah bagi berkat ilmu yang kita belajar. Lepas tu kita berserah, tawakal… Nanti lepas peperiksaan keluar keputusan kita terima saja sama ada keputusan itu yang kita harapkan atau sebaliknya. Kalau bukan seperti yang kita harap, yang kita doa, maka kita tak boleh salahkan taqdir. Sebab boleh jadi ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar dari kegagalan kita…”, jelasku serba ringkas dan sebolehnya menerangkan dalam bahasa yang mudah mereka nak faham.

Alhamdulillah ada sinar mengerti di wajah kedua anak kecil itu. Tiga hal yang nampak simple: USAHA DOA TAWAKAL. Tiga hal inilah sebenarnya yang kita perlu selalu perhatikan dalam kita mengendalikan aspek-aspek dalam kehidupan. Nampak macam remeh je kan? Keremehannya inilah yang sehingga ada antara kita yang kurang menghayati pengaplikasiannya.


Kadang-kadang kita lupa untuk berusaha, cuma berdoa, berharap dan berserah. Memang tak kena. Tiada ertinya tawakal dalam keadaan kita tak dahului dengan usaha dan iringi dengan doa. Ketiga-tiga hal ini saling melengkapi. Ibarat air kopi yang perlu air, serbuk kopi dan gula. Nak air kopi yang sempurna perlu ada ketiga-tiganya.



Petikan dari ILUVISLAM.COM



Sunday, January 24, 2010

AWAK KATA NEGARA POLIS KE?SETUJU KE?PANDANGAN LAIN???ramai kata,kenapa ya?No comment...


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B.T

Negara POLIS????

Apa pendapat anda semua? Setuju ke atau tidak mahu mengatakan setuju atau tidak mahu ambil tahu atau “bukan, salah statement tu???

Saya serahkan pada anda semua untuk menilai…

Semakin hari semakin banyak “kisah-kisah” sahabat-sahabat di kampus di Malaysia ini yang….yang apa ya? Ya…”ditahan” ….ya ditahan atas kesalahan BERDEMONSTRASI atau dengan nama lainnya….mengexpressikan tanda tidak bersetuju atas sesuatu dengan aman tanpa sebarang pergolakan apabila cara lain tak diendahkan…(hoho, maaflah ya. Ini dari kamus sendiri)

Entahlah. Apa yang saya tulis ni? Hajatnya ingin menulis tentang Program yang baru saya hadiri sabtu lepas dibawah anjuran Persatuan Ulama Malaysia bahagian Wilayah Persekutuan…

Hemm….belum dapat menulis lagi. Sangat menarik…saya belajar sesuatu sisi lain tentang dakwah….atau kata lain “Jom kita buat kebaikan” ­^_^

Saya terpaksa tinggalkan sementara waktu. Saya berhajat untuk memberitahu tentang sahabat-sahabat kampus….

Sekadar untuk berfikir sejenak….

“Adakah Malaysia sebuah Negara polis?” Oh, saya tidak berhajat berkata lanjut tentang Negara polis itu bagaimana…

Cuma…sentiasa bermain dan berlari-lari dibenak fikiran disamping ilmu-ilmu sains yang sedang mengaji ni…yang katanya…”Oh, macam tulah. Malaysia sudah menjadi Negara polis”

Ini bukan statement saya. Cuma nak mengkehadapankan ayat-ayat ini. Isu semasa yang kerap berlaku melibatkan pelajar universiti. Tapi, makin kerap kan?? No comment…

Pada pandangan saya yang Alhamdulillah, saya tidak bias kemana-mana pihak, salahkah mahasiswa untuk berkata-kata “sesuatu”? Berkata “sesuatu” yang dirasakan tidak adil dan tidak benar? Berkata “sesuatu” yang dirasakan perlu diubahsuai dan diperbaiki…

Mungkin ramai yang mengatakan…cara tidak sesuai. Tidak sesuai? OH, lupa..macam berdemonstrasi…eh memang pun..eh, salah ke? Eh, cara apa lagi? Eh, bukan pun mencederakan siapa-siapa pun? Eh, tidak rosak apa-apa pun, mereka hanya berarak? Eh…kata demokrasi, boleh menyuarakan apa-apa? Eh…betul ke apa yang saya fikirkan ni? Eh…peliklah? Eh..nak jadi apa ini? Eh, Malaysia boleh???

Hem…….

Ya ALLAH, pasti ada hikmahnya kejadian begini. Kejadian mahasiswa ditangkap ini…Ya ALLAH, tabahkan hati mereka. Hanya Engkau yang mengetahui segala-galanya…. ALLAHUAKBAR!


.....................................................................................................

9 pelajar ditahan bantah pilihanraya kampus

23 January 2010

Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.


Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.

Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.

Sumber: Malaysiakini.com


#Sekadar untuk berfikir sejenak. Anda tidak mahu berfikir? Nak fikir tentang kuliah sahaja? Tidak mahu fikir tentang saudara-saudara seakidah anda??? Ok, teruskan dan selamat tinggal dari saya…Saya doakan, moga setiap amalan kita diterimaNYA. Amin...

Cukuplah Engkau bagiku….Alhamdulillah (^^,)v

Friday, January 15, 2010

ALLAH mudahkan pemergian mereka.Moga kita juga begitu.Amin

Tanjong Malim, 14 Jan- “Alhamdulillah, Allah s.w.t telah permudahkan segala urusan arwah Fadhiri dan Faizol. Insya-Allah, moga-moga Allah menerima kebaikan yang telah mereka lakukan dan mengampunkan dosa-dosa mereka,” kata seorang saksi kejadian kemalangan maut yang lepas.

Menurut seorang lagi saksi iaitu Suhainizam Sharif ketika ditemui berkata, kedua-dua arwah hanya melafazkan nama-nama Allah sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia. Saudara Faizol sempat mengangguk-anggukkan kepala apabila dibacakan kalimah LailahaillAllah (tiada Tuhan melainkan Allah).

“Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membisikkan perkataan mulia ini kepada saudara Faizol ketika saat-saat akhir arwah di dunia ini. Apabila berlakunya kemalangan, saya terus mendapatkan Faizol dan membisikkan kalimah LailahaillAllah. Alhamdulillah, arwah mengangguk-angguk tanda faham dan terus pergi meninggalkan kita semua,” katanya dengan sebak.

“Bagi arwah Fadhiri pula, saya mencabut topi keledar yang dipakai dan memangku arwah serta membisikkan kalimah yang sama. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan, mulut arwah tak pernah lekang dengan menyebut nama-nama Allah sehinggalah beliau pergi,” kata saksi yang mengiringi arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan pada hari kejadian.

Bagi saudara Nik Azrul Nik Kamaruddin pula, beliau melihat betapa mudahnya Allah s.w.t memudahkan urusan arwah dan melihat ramainya tetamu yang hadir untuk menyolatkan kedua-dua arwah.

“Apabila saya melihat segala urusan arwah dipermudahkan dengan baik dan betapa ramainya tetamu yang hadir ketika menyolatkan mereka, hati saya tenang dan bersyukur pada Allah. Arwah Faizol disolatkan sebanyak dua kali di surau Al-Falah manakala arwah Fadhiri pula sehingga orang ramai melimpah keluar dari kediaman beliau termasuk dari pelajar-pelajar pondok yang pernah beliau menuntut ilmu,”

“Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak HEP UPSI dibawah kepimpinan Prof. Shaharuddin kerana banyak membantu urusan arwah. Tidak lupa kepada yang menziarahi beliau sama ada dari UPSI mahupun daripada luar. Semoga Allah, menerima mereka dan menjadi iktibar untuk kita semua, insyaAllah,” tambahnya lagi.-upsikini

Blog keluarga arwah