Showing posts with label mahasiswa UM. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa UM. Show all posts

Tuesday, April 06, 2010

KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum W.B.T

KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…

Alhamdulilah, saya tidak tahu mengapa, dalam kesibukan untuk menyiapkan assignment report Immunology dan practical Clinical Chemistry (2 subject yang saya ambil, memang mencabar bersama-sama dengan report yang kena hantar every week J) yang ‘tertunggak’ dan Oral Bahasa Arab 1 (saya ambil kelas elektif luar sem ini, di Fakulti Bahasa dan Linguistik.), yang mungkin khamis ini, saya masih ingin dan sibuk meng’update’ blog yang tidak seberapa dan hebat macam orang lain. Apabila ada sesuatu yang menarik dan bermakna, saya ingin kongsikan dengan semua. Itulah juga antara sebab menulis hari ini ^^,. Tentang kos elektif luar ini, saya amat suka jika tidak berkaitan langsung dengan subject2 perubatan dll. Saya rasa, Alhamdulillah ALLAH bagi peluang melalui system di UM ini, kita oleh pilih-pilih sesuka-hati nak kemana. Jadi, saya tanpa ragu-ragu, nak Bahasa Arab^^. Nanti, akan menyusul EXAM FINAL, beginilah akhir-akhir sem, student UM and U lain,sibuk ke library termasuk saya ^^


Jangan niat BELAJAR semata-mata untuk dapat A dan mengambil yang senang sahaja (dalam kes EL, lagi bagus, ambil lah yang jauh2 dan xberkaitan langsung dengan subject sekarang. Ilmu tu, Ilmu..rugi xcari. Adik-adik junior saya, ingat ya, jangan macam itu. Kena ingat, BE A MUSLIM IS A GREAT! ISLAM itu hebat, tidak mengabaikan dunia tetapi tidak mementingkannya juga. Dunia penting juga ya dalam persinggahan mengutip bekalan ke kampung abadi…Moga pandangan kita ‘tembus’ ke akhirat sana. Jangan di dunia sahaja. Ingat, itu ilmu dan moga kita sama berdoa moga dapat bemanfaat untuk ISLAM nanti. Amin. InsyaALLAH ya…

Friday, February 26, 2010

Dia Dah Datang ^^,

BROMC'09

cari apa? sedang mencari cintaNYA ^^, dimana-mana....air terjun?silakan...

Alhamdulillah...mari bertanya...orang bertanya...sangat hebat! Setuju?
(sesi bertanya dalam slot brother shah kirit.maybe^^)


Indahnya persahabatan bersulamkan cintaNYA...insyaALLAH^^
moga hingga ke syurga.amin
(subhanallah..indah sungguh di kawasan air terjun.)


Muslimat POWER!!!
(kumpulan pertama tiba didepan saya...hebat dan bersemangat ^^)


Menarik bukan=p
Inilah PEMUDA-PEMUDA yang kita nak lahirkan..Bersemangat untuk bejuang!
Jom!
(ketika aktiviti senaman)




Ketua (baju kuning) di tempat tu (xingat nama En. tu. Sangat kelakar)...sedang memberi arahan untuk explorace...
Alhamdulillah...

.............................................................................................................................



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum W.B.T

"Semanis Ukhuwah Sekencang Dakwah"

Tibalah masanya...




Brotherhood of Muslim Camping 2010 kali ke-2
Tarikh : 5 Februari 2010 - 7 Februari 2010
Tempat :Janda Baik , Pahang
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil


1.Menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri pelajar
2.Membimbing mahasiswa menyedari potensi diri
dan menggunakan secara mendalam
3.Memberi pengalaman,pengetahuan dan
kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri
4.Menguatkan ikatan silaturrahim sesama
mahasiswa Universiti Malaya dan mewujudkan suasana harmonis

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA


...............................


FIKIR-FIKIRKAN APA YANG BAIK UNTUK IMAN ANDA BUKAN NAFSU....

SELAMAT BERFIKIR...

SELAMAT DATANG KE BROMC-2

InsyaALLAH baik untuk anda^^,







Friday, February 12, 2010

CUTI OK?.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B.T

Di atas ni, ada gambar adik usrah saya. Jadi ketua pula tu. Comel orangnya. Nama dia? Rahsia. Nak tahu kat mana tu, tu semasa program BROMC'09 1 anjuran PMIUM di Kem Seri Raudah, Gombak. Subhanallah, menarik sungguh tempatnya. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang saya jadi fc. Satu pengalaman yang bermakna untuk melatih berjiwa dai'e., insyaALLAH. Emm, melatih juga jiwa ini supaya lebih berani.(berani ke?=p InsyaALLAH)


Kartun bawah ni, bukanlah saya lukis, copy sahaja. Tapi, message yang baik. Jom baca...

Oops.. Happy Chinese New Year...tiger kan? Selamat bercuti...

sila klik image ye.InsyaALLAH lagi clear=p


Alhamdulillah...cuti dah datang lagi la...eh,tak seronok ke yeop?=p (saya cuba berbahasa perak, walaupun hanya penduduk 'celup' sahaja. Tapi, berbangga dengan Perak. Selamat tinggal tempat lahir saya, Kuala Lumpur.Bye^^)

(^^,)v

Apa perancangan? Jangan merancang nak "menghabiskan beras di rumah" pula ya...

Fikir punya fikir, macam-macam juga boleh dibuat...
Apa dia?Ooh, buat assignment, tolong ayah cuci kereta dan yang anak dara tu, tolong-tolong lah mak di dapur ya dan kemas-kemas rumah. Dah lama tak tengok rumah kan? Rindunya pada mak ayah hanya ALLAH sahaja yang tahu. Jangan malas-malas ya. InsyaALLAH pandai nanti.(ambil berkat dari mak. Pesanan penaja untuk sahabat muslimatku=p)

Tapi kan, dikala kesibukan itu, jangan lupa tengok diri kita, tengok apa? Muhasabah balik cara kita beribadah atau 'berkhidmat' pada Tuhan kita Yang Esa. Tengok apa kita dah buat selama ini... apa kata kita cuba betulkan balik sendi-sendi ibadah kita yang kadang-kadang lenguh dek kesibukan ke kelas, ke meting persatuan ke, dsb. Ya, kadang-kadang kita terlupa. Terlupa apa agaknya?

Pengalaman mengajar bagaimana kita untuk perbaiki ibadah kita. Sedih bila memikirkan. Seharian kita ke kuliah, tapi bila ada masa untuk solat dhuha, kita tertinggal, sedangkan sempat ja sebelum kelas seterusnya. Apa lagi? ok, kita tengok, bila agaknya kita baca AL-Quran? Ok tak? Sempat 1 muka sehari (at least)?

Boleh, kita boleh. Jangan risau, tak mustahil kita boleh amalkan seperti yang ALLAH suruh. Apa-apa pun, terletak pada jiwa kita, mahu ke tak mahu? Apa kata anda? Apa kata nafsu anda? Apa kata hati kita?


Terasa nak berkongsi (em,itulah serba sedikit tujuan menghasilkan blog, jiwa yang ingin memberi. Alhamdulillah. Moga dapat istiqamah ya walaupun sedikit.

Ingin berkongsi manual tarbiyah yang mudah diamalkan. Saya pun masih berusaha. Tidak mengapa, sama-sama berusaha, InsyaALLAH dalam perkaran kebaikan Allah pasti mudahkan kita
^^,

  1. Qiayamullail...cubalah dulu at least 1x seminggu ^^,
  2. Puasa sunat isnin khamis...chaiyo'2 ^^,
  3. Solat sunat rawatib...boleh,kita boleh(takkan 'Malaysia' je boleh=p)^^,
  4. Sunat sunat dhuha..ha, saya dah mention tadi, cuba2 cari waktu. ADA je,kita je buat macam xde...^^
  5. Baca mathurat pagi petang...tak lama, sekejap je^^,
  6. Tadarus AQ sehari semuka beserta makna...kita boleh. Jangan malu-malu^^
  7. Zikir harian...paling mudah, lihat apa-apa, sebutlah ALLAH cantiknya bila ternampak benda cantik, Allah comelnya bila nampak apa-apa comel. Ha. kan best macam tu^^...segalanya dariNYA. InsyaALLAH, lama-lama, mulut mudah berzikir, beristighfar padaNYA...
  8. Solat wajib di awal waktu. Alamak, jangan tangguh-tangguh, bak kata pepatah arab (teringat dari sekolah dulu),'bertangguh pencuri masa'...masa yang sepatutnya kita boleh buat benda penting lain, terpaksa dihabiskan dengan kerja2 semalam. Tak ke rugi???
  9. Solat berjemaah. Ini, kat rumah, bila ayah ajak, jangan lah buat segan-segan tak nak join^^ rugi...lagi-lagi yang muslimin, digalakkan ke masjid. Akak2 disana, ingatkan sikit adik2 lelaki tu=p

Dalam seminggu cuti ni, cubalah dulu...lama-lama, kat kolej or rumah sewa, insyaALLAH kencang semuanya...^^,

Oh...dah habis manualnya...Nak lagi? Wah, bagusnya...tidak mengapa, kita mula sikit-sikit, istiqamah mana mampu ye. ALLAH tidak pernah suruh something yang hambaNYA tak mampu. Sememangnya DIA pencipta kita, mestilah tahu^^

Seterusnya...ingat slogan best ni:

"SEMANIS UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH"
(apa ni? Ha, nantikan seterusnya...benda menarik ni^^,)





Thursday, January 14, 2010

REFERENDUM MANSUHKAN PENGGUNAAN SISTEM E-UNDI DI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS


Assalamualaikum W.B.T

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah..

Ya, sahabat-sahabat yang saya kasihi....Nah!kembali kita pada isu kampus perdana di MALAYSIA [kepada U lain, UM tak perdana pun, sengaja nak sedapkan ayat:)]

Saya makin haru...biru makin tidak tahu nak berkata apa...

Saya risau dengan UM saya ini....sahabat-sahabat seperjuangan saya....teruskan langkahmu...

Saya berdoa moga perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran dan ketelusan diberkati ALLAH...insyaALLAH. AMIN...

KATA DEMOKRASI...MANA??

KATA DEMOKRASI, SUDAH MAHASISWA TIDAK MEMPERCAYAI E-UNDI, JANGANLAH HENDAK JUGA DIJALANKAN...BAGI KAMI PERCAYA ATAU JAMINAN KETELUSAN...HAH...INSYAALLAH KAMI SETUJU...(eh,emosional nya awak ni.kenapa ni?huhu. No comment)

KATA DEMOKRASI...TIDAK PERLULAH E-UNDI.KAN BANYAK CONS NYA...DARI PRO...

KATA DEMOKRASI, DENGARLAH SUARA MAHASISWA. KAMI SOKONG, KAMI MENERIMA, KAMI TIDAK MEMBANTAH JIKA IA BENAR...INSYAALLAH...

Hemm,,,saya sudah tidak terkata lagi..

Hanya mampu mendoakan, moga penyerahan Memorandum INI kepada Kementerian Pengajian Tinggi ESOK di Putrajaya...dipermudahkanNYA...InsyaALLAH. Amin.


Sahabatku sekalian, Alhamdulillah, saya sudah 'sign' petition ini. ANDA bila????


Klik pada 'Petition To' untuk'sign':

"KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN UNIVERSITI",

Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI).

Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi.

Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut:

  1. Undian tidak lagi menjadi rahsia apabila maklumat pengundi telah direkodkan sebaik sahaja pengundi mendaftar untuk mengundi. Ini mencabuli seksyen 52 (a) dan (b),Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang memberi hak memilih calon secara rahsia,
  2. Ruang untuk sistem ini dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu seperti HEP adalah sangat besar kerana tiada sistem pengawalan (security) yang benar-benar diyakini. Sistem ini juga terdedah kepada berlakunya jenayah siber,
  3. Kos yang sangat tinggi untuk membangunkan sistem ini,
  4. Masalah keboleh upayaan dan pengundian akan ditangguhkan apabila berlaku masalah tergendala, black-out dan sebagainya. Ini akan lebih mendedahkan kepada pencerobohan luar,
  5. Pencabulan hak mahasiswa dan demokrasi kampus.

Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual.

Sekian.

GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)


Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 10 January, 2010)

Wednesday, January 06, 2010

eh,awak tak marah?

Asslamualaikum W.B.T

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENGASIHANI...

Jom clearkan tentang ISU YANG makin HANGAT NI!

aPA SEBEnarnya KIta perlu TAHU?
........

ALLAH YANG ESA...
TUHAN SEKELIAN ALAM...
TIADA TUHAN MELAINKANNYA...

TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!
........
Anda nak tertINGgal?
Jom KE Forum2 ni...
Busy? Ada kuliah? Tidak mengapa...tak marah.Ini untuk YANG boleh :)

emm,boleh dikira suatu AMANAH untuk menyampaikannya...
InsyaALLAH ye sahabat-sahabat (^^,)v

Moh sahabat-sahabatku dari 1st kolej, fakulti perubatan dan semua fac di UM (tak tipu =p saya ada sahabat di setiap fakulti.Alhamdulillah..anda?)


^_^



Ha...ini ada satu lagi. Alhamdulillah, anjuran Team Elit Muslim (PMIUM), APIUM dan PMAPIUM...

Aduh, jangan masih dibelenggu dengan 'ideologi kotor' ya. Tidak kisah siapa yang menganjurkannya..
apa yang penting, yang saya kata sebelum ini...
Ia baik untuk IMAN anda bukan NAFSU!!!

Silakan...(^^,)v


Sunday, January 03, 2010

Ya ALLAH.aku selalu begini. TAK MALU sungguh!

Nak tengok hati awak? ok tak hari ini?

Assalamualaikum W.B.T…

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Saya ingin…menatakan sesuatu…sedih melihatnya tersia-sia selalu….tersia-sia TANPA MAKANAN…TANPA PAKAIAN…TANPA NAFSU…TANPA KASIH SAYANG…TANPA apa lagi…sedihnya.

Tanpa pakaian TAQWA..aduh...bagaimana nak hidup kat dunia ni...AKHIRAT? lagilah...huhu

Tanpa makanan ZIKRULLAH..aduh...sakitnya.serabutnya.pasti tidak tenang. Yela, 'lapar' je!huhu

Tanpa nafsu yang DIRANGSANG KEARAH MENCARI REDHANYA..aduh...takutnya. Semua macam sia-sia. Macam debu!huhu

......

Engkau tahu siapa dia? Tahu? Hebatlah kalau dapat meneka…itulah SEKETUL DAGING YANG BAIK ISINYA MAKA BAIKLAH SELURUH JASADNYA….HUHUHUH (biasa dengar kan? Baguslah)

Dia dekat dengan jantung dan tulang rusuk kalau nak kata dari segi anatomi…

Tapi hebat benda ini…saya yakin..manusia kadang-kadang tak pentingkan pun…kalau luar dah mantap dah cantik dah molek walaupun HIPOKRIT…”tapi okaylah tu. Bukannya ada orang tahu pun.hehe” kata seorang manusia.

HAHAHA….(dengan sinisya)

Hebatlah…hebatlah…lagi hebat yang Menciptakannya…Hebatlah Engkau Ya ALLAH…Subhanallah…

………………………………………………..

Alhamdulillah…masih dapat ku melihat daun-daun berguguran di pagi Ahad 2 Januari ini…

Alhamdulillah…masih dapat ku melihat tupai-tupai berlari-larian bersama sahabat handai di pokok besar depan bilikku ini…

Alhamdulillah…masih dapat kumelihat langit membiru ibarat lautan luas dengan awan-awan yang berarak comel…

Alhamdulillah…masih dapat kumerasa hembusan angin cinta dari kipas bilik dan dari tingkapku…

Alhamdulillah masih dapat ku mendengar alunan nasyid yang mengingatkan ku padaMU Ya ALLAH…

Alhamdulillah masih dapat ku menulis nota-nota tentang Anti-streptolysin test di buku latihanku…

Alhamdulillah masih dapat ku mengingati segala kesalahanku sepanjang dulu-dulu walaupun masih ada yang belum teringat…

Alhamdulillah masih dapat ku berfikir tentang betapa indahnya pengurusan masa dalam ISLAM agamaku dengan kehadiran solat dari MU YA ALLAH…

Alhamdullillah masih dapat ku menghadiri forum BANTAH e-voting walaupun mendapat kecaman dari banyak pihak. Biarlah…

Alhamdullillah masih dapat ku melanjutkan pengajianku di sem yang ke enam di UM kesayananku ini walaupun pointer tak berapa menyedapkan hatiku…

Alhamdullillah masih dapat ku pergi menghadiri metin PEMARAK dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai SU projek…

Alhamdullillah masih dapat ku mendengar alunan gemersik suara Ust Asri Rabbani walaupun beliau sudah gembira disana bersama RahmatMU yang Agung…aku…tidak tahu bilakah aku pergi…

Alhamdulillah…aku masih dapat mendengar lagu kesukaan ku “Bidadari” oleh Ust Munif Hijjaz. Satu puisi lagu yang indah…

Alhamdulillah...dapat juga ku mengeluarkan satu post baru dari hatiku...

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…

................................................

Kadang-kadang aku lupa mengucapkannya..sering merungut. Sedangkan apa yang ALLAH bagi sudah melebihi kecukupanku…sudah sesuai dengan kemampuanku…

Ya ALLAH…ampunkan dosaku,,aku tidak tahu betapa banyak nikmatMU…amat tidak terkira…amat tidak terkira..amat tidak terkira

Engkau tahu ke?Engkau tahu ke? Kalau engkau tidak tahu, kenapa masih tidak bersyukur?Hebat sangatkah engkau ini…dahlah dijadikan dari AIR MANI yang hina..tapi masih mengukir bait-bait KETIDAKSYUKURANMU di bibirmu yang akan diMAMAH ULAT!!!

Masih tidak tahu malukah?Masih tidak sedarkah? Masih tidak mahu bersyukurkah? Teruk sungguh dirimu…

TAK SEDAR DIRI!

MALULAH ENGKAU! MALULAH ENGKAU! MALULAH ENGKAU!

SAMPAI BILA? SAMPAI BILA? CUBA JAWAB KAT SINI!

Aduh…hatiku memberontak dengan sikap yang makin TERUK! Aku takut dalam tidak sedar kita menjadi MUNAFIK! NA’UZUBILLAHINZALIK…

Tidak mahu kembalikah kalau dah tersilap jalan? Kalau tersilap kolej boleh pula kita mengundur keluar…

TAPI kalau benda seBESAR ini…takkan tidak mahu kot. Malu? Segan? Malas? Nanti dulu? Sat lagi? Esoklah? Tunggu dulu?

SAMPAI BILA ? SAMPAI BILA? SAMPAI BILA?

ENGKAU PUN TIDAK TAHU BILA PERGI…ADA HAJAT HAJAT BERKATA BEGITU!

TAK MALUNYA….

Huhuhuhuhuhu………………………………………………………………….



Ya ALLAH..moga Engkau menerima amalanku...

Cukuplah Engkau bagiku...Alhamdulillah

Monday, December 21, 2009

biasa ke tak biasa?BIASAKAN![bahagian 4]

Hemm...saya teringat lagi kata-kata seorang mantan EXCO PMIUM. Kata dia, sebagai mahasiswa kena fikir, tujuan kita cari ilmu ni bukan hanya nak untuk mak ayah gembira, nak kerja besar, rumah besar tapi, SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.W.T. Dah kerana ALLAH, pasti melangkaui semua hal-hal seperti mak ayah gembira dan pasti cemerlang dunia akhirat! Kita kena fikir dah, dah grad nanti aku nak bekerja di BIDANG MANA? DI MANA AKU BOLEH MANFAATKAN DIRI UNTUK ISLAM?DI MANA! Itu yang kena FIKIRKAN.
InsyaALLAH,dunia(harta,pangkat,kerja,kemulian...dsb) dan akhirat(keredhaan ALLAH,syurga ALLAH...dsb) pasti dapat!

"alah, malaslah nak join" "malaslah nak p surau.jauh""malaslah, xde transport""malaslah, xde kawan""malaslah..banyak assignment""malaslah,itu mesti budak PRO-UM@PENGGERAK punya( even itu program yang berfaedah)""Malaslah, xde orang ajak pun""malslah,aku tak suke dia!""xnaklah, segan.aku tudung pendek je"

Aduh...sampai bila begini?Mahu jadi begini?Biasanya...!Biasa sungguh!Nak macam ni? Nak?Terpulanglah.

Nah...apa lagi? pasti mudah kita nak menjauhi proses 'pengkapelan' yang semakin rancak berlaku di UM even di kolej saya sendiri yang berdua-duaan tak kira malam atau siang tanpa segan-silu dikhalayak ramai!

Saya yakin anda tidak mahu dan malu, tapi yakinlah, jika anda mahu dan NAK,ALLAH PASTI BANTU KITA JAUHI BENDA-BENDA MAKSIAT NI. Secara mudahnya, sesetengah pihak mungkin mudah untuk mengatakan "Ish,teruklah dia tu,couple.makan sama-sama. x reti ke"..mungkin kedengaran di angin lalu tanpa menyelami the REAL PROBLEM! Saya yakin, itu mungkin surface seperti dalam Teory of Iceberg in Epidemiology.

Tidak mengapa. Kita tersilap? Biasalah la tu. Tidak silap hanya para RasulNYA atau anda malaikat?kita tidak maksum. Silap manapun, ALLAH ada tunjuk jalanNYA.Ikut je.jangan malu-malu. Taubatlah sebelum kita sampai ke waktu yang 'betul-betul tak sempat'. Nak jadi macam Firaun? dah tenggelam di laut baru nak mengakui keesaan ALLAH S.W.T.TAK!TAK DITERIMA.
Selagi ada masa ni..JOM BERTAUBAT!!!Sememangnya...KITA manusia, tidak mustahil untuk terjebak dan buat sedemikian.

Tapi ingatlah, sebanyak manapun kesilapan anda,,,kembalilah..Allah sedia memberi keampunan BILA-BILA MASA SAHAJA! Sebesar manapun kesilapan kita, besar bumi? MAHA SUCI ALLAH! RAHMATNYA MELEBIHI SEGALANYA...


Cukuplah ALLAH bagiku...Alhamdulillah

biasa ke tak biasa?BIASAKAN![bahagian 3]

hati jika dirasakan jauh dariNYA, cepat-cepatlah kemari..kemari ke dalam pelukanNYA. cepatcepatlah...cepatlah sebelum kita x sempat nak pergi kuliah keesokkan harinya. Siapa tahu? Anda tahu bila nak 'pergi'???
Hati yang jauh...hati yang jauh...hati jauh dariNYA...manakan ALLAH mahu membantu kamu jauh dari buat maksiat sedangkan kamu tak nak? Kalau kita nak dan usaha, insyaALLAH...pasti dibantunya kita.

Nah...pasti mudah hati..pasti lembut hati untuk ke surau berbanding berpeleseran di MIDVALLEY (sebagai contohnya) pada waktu malam hujung minggu!

Nah...pasti mudah kita hendak mencari ilmu sebenar-benarnya tanpa hanya berniat kerana "aku ada exam nanti, kena study ni.tapi lambat lagi, relaxlah dulu"..

Nah...pasti mudah kita nak join program ilmiah yang dianjurkan oleh pihak persatuan UM, x kisahlah dari persatuan mana, PMIUM ke, PENGGERAK ke PRO-MAHASISWA ke dan apa-apa sahaja yang ada di UM kesayangan saya itu. Apa yang penting, program itu baik untuk IMAN KITA BUKAN NAFSU!

Sambungan.

Nah...apa lagi?Pasti mudah UNTUK MENJADI mahasiswa yang LUAR BIASA dan hebat disisi manusia? Mahu? Mahu atau tak? Terpulanglah kalau anda mahu jadi mahasiswa yang 'biasa-biasa sahaja' YANG HANYA pagi pergi kuliah, tengahari pergi makan (tapau or makan di dewan or beli). Lepas itu pergi kuliah balik, ngantuk-ngantuk, tidur sat di kelas. Habis kelas, tidur sekejap (penat otak kan,kesian kat otak.So tidurlah wahai sayang:kata si 'bawang merah'). Lepas tu, petang, main bola@riadah@dengan kawan-kawan dan 'kawan-kawan' sampai lah maghrib. lepas tu, cek FB,FS,YM MYSPACE,TWITTER....lepas tu, study@assignment lepas tu..penatlah nak TIDUR.LEPAS tu...lepas tu..lepas tu..jadilah satu 'kitaran hujan'. Lepas tu, bercita-cita, lepas grad nak KERJA besar, GAJI besar, RUMAH besar..dan apa-apa lagi yang boleh dibesarkan.

biasa ke tak biasa?BIASAKAN![bahagian 2]

Ya, kita memang biasa termasuk saya. Tidak sehebat dan luar biasa seperti junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kita. Tapi kita mampu untuk mencontohi baginda jika jiwa , dirangsang untuk mencari redhaNYA.

Saya teringat sirah Nabi S.A.W kita.emm...ingat tak semasa Rasulullah S.A.W dikunjungi beramai-ramai oleh para pembesar Quraisy untuk mengemukakan apa yang ditawarkan kembali oleh 'Utbah bin Rabi'ah dahulu yang menawarkan dengan jawatan tinggi, harta kekayaan dan juga jelitawan untuk dikahwinkan, dan juga kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi Muhammad S.A.W dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat dahulu juga? Ingatkah?

Apa kata Rasulullah S.A.W kita tu yang tercinta?

Semuanya dijawab oleh Rasulullah S.A.W dengan katanya:" Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa bukan bertujuan untuk mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian disamping itu diturunkan Kitab suci Al-Quran kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan padaku, sekiranya kamu terima, maka itu adalah habuan kamu untuk dunia akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNYA diantara aku dan kamu sekalian"

Fiqh Sirah karangan Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buti:m/s:133-134

Lihat! Lihatlah...lihatlah apa jawapan Rasulullah S.A.W. Apa yang ditawarkan sangat hebat. Insan yang lemah, yang lupa tujuan hidupnya, pasti kata "aku naklah.bagi aku taw". Itulah kita perlu hindarkan. Apa yang ditawarkan oleh puak Quraisy itu, semmemangna sering ditawarkan di zaman kita ni. Sangat sama. Jangan lupa apa Rasulullah S.A.W hadapi! jangan lupa apa yang perlu kita buat di bumi ini. jangan lupa. Ya, manusia memang pelupa. Bukan melayu sahaja mudah lupa...semua bangsa mudah lupa selagi bergelar MANUSIA!

Kat sini, mungkin timbul persoalan?macam mana nak ingattentang TUJUAN HIDUP? Carilah...carilah dengan mata hati mu. carilah bukan dengan mata kasarmu yang hanya memandang DUNIA DAN ISINYA SAHAJA. Aduh, ruginya. Saya sering ingatkan junior-junior course saya masa mula-mula berta'aruf dulu. Cari ilmu bukan di kuliah-kuliah je, jangan lupa library tu, dah besarlah sungguh, tapi tak ramai teringin bermesra bersama alunan khazanahnya. Indahnya.Jangan lupa cari di program-program di surau kediaman, persatuan sabagao contohnya PMIUM (dll.*saya tidak bias.mana baik,pergilah:) atau by organisasi luar tanpa mengira sebarang ideologi yang tidak sepatutnya ada di minda muslim student".

Carilah...carilah dan carilah. Alhamdulillah..saya boleh terjumpa, menjumpai atau dijumpai ilmu itu dimana-mana.Ya,dimana-mana...

biasa ke tak biasa?BIASAKAN![bahagian 1]

Assalamualaikum W.B.T.

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kepada sahabat-sahabat di Universiti (yang dikatakan menara gading gajah?hehe.saya kata) menjadi mahasiswa bukan sahaja ditakluki oleh bilik kuliah dan kafeteria dan komputer (@laptop)...(eh.eh..eh..macam skema je kan?tidak mengapa.kan mahasiswa.biasalah tu=p )





Kenal En. virus 3K tak?
0oo tak kenal.habis tu,kenal siapa?kenal virus HIV je!Kenal Tiger Woods dan skandalnya je? Kenal Obama dengan ANUGERAH NOBEL KEAMANANNYA sahaja??? Tidak mengapalah sahabatku...

Virus ni, biasa je datang. Dia suka datang. Semua U kot dia singgah. Rajin betul.Ish3. Saya rasa, mula-mula pun saya terkena. Aduh! sakitnya masih terasa sampai sekarang. Berbisa! Memang, dia memang adalah virus biasa yang biasa melanda mahasiswa biasa yang tidak ingin menjadi luar biasa. Tapi, kesannya, saya yakin boleh menjadikan kamu dan kamu dan kamu jadi ULTRAMAN!hohoh...tak percaya? Terpulanglah...

Biasa dijangkiti?

Saya yakin, fakulti saya pun tidak mampu menyediakan UBAT-UBAT yang hebat-hebat untuk mereka yang terkena. Kasihan.maaflah ye dari pihak fakulti perubatan :)

Anda! Andalah ubatnya!
Alhamdulillah. Nikmatnya menjadi mahasiswa (bukan mahasisawa yang makan banyak:) ya).Ya, anda tak terasa ke? Kita belajar di kuliah, kita mengetuai projek di kolej, kita terlibat menjadi adhoc di aktiviti persatuan di peringkat UM, kita join program kemasyarakatan, join program kerohanian di masjid/surau kediaman(topup rohani disamping kredit kita:), kita jadi volunteer pertandingan2 yang diadakan di UM, kita jadi peserta disamping kawan-kawan U lain....wah..banyak yang saya kena listkan...

Hebatkan menjadi mahasiswa.SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR YA ALLAH!Mungkin sukar nak merasa ketika di bangku sekolah.
Tapi..mengapa...?mengapa ya?kenapa dan kenapa.
Kenapa kita hanya ingin menjadi biasa je? Yela, biasa-biasa je. maksud saya, mudah terleka dengan keseronokan kehidupan as mahasiwa ni.kadang-kadang, TENGOK macam culture shock pun ada. yela, bertamabah bebas. I admit that. Same with me emm, dengan JPA nya, pasti bertambah mewah (segelintir sahaja).saya teringat kata-kata sahabat maya saya:
Di hati—ada Tuhan.
Di akal—ada cara mengenal Tuhan.
Di nafsu---ada rangsangan untuk kenal Tuhan.


Yeahhh.kalau hati saja ada Tuhan tapi taktahu macam mana cara nak dapat Tuhan, bukan kah pincang?


Yeahh.kalau ada hati saja ada Tuhan tapi takada nafsu rangsangan dan keinginan menggila untuk kenal Tuhan, bukankah pincang?


Yeahh.kalau akal saja mencari jalan nak dapat Tuhan tapi hati tidak bersedia untuk meletakkan Tuhan, bukan kah pincang?


Yeahh.kalau akal saja mencari jalan nak dapat Tuhan tapi nafsu keinginan tiada, bukankah pincang?