"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal" Surah Ali-'Imran: Ayat 190
Wednesday, October 31, 2012
Friday, June 25, 2010
Jangan menangis sayang...

Untie: "Maruah perempuan kena jaga. Adik belajar pandai-pandai. Tak kesah jadi doktor, lawyer atau apa-apa pun, tapi hati mesti baik. Hati mahu baik. Hati adik baik. Kita dapat jumpa. Anak yang baik datang dari ibu-bapa yang baik. OK adik, kita jumpa lagi ya". Pesan dia pada saya...Saturday, June 12, 2010
KECANTIKAN SEBENAR SEORANG WANITA :)








Tuesday, April 06, 2010
KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum W.B.T
KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…
Alhamdulilah, saya tidak tahu mengapa, dalam kesibukan untuk menyiapkan assignment report Immunology dan practical Clinical Chemistry (2 subject yang saya ambil, memang mencabar bersama-sama dengan report yang kena hantar every week J) yang ‘tertunggak’ dan Oral Bahasa Arab 1 (saya ambil kelas elektif luar sem ini, di Fakulti Bahasa dan Linguistik.), yang mungkin khamis ini, saya masih ingin dan sibuk meng’update’ blog yang tidak seberapa dan hebat macam orang lain. Apabila ada sesuatu yang menarik dan bermakna, saya ingin kongsikan dengan semua. Itulah juga antara sebab menulis hari ini ^^,. Tentang kos elektif luar ini, saya amat suka jika tidak berkaitan langsung dengan subject2 perubatan dll. Saya rasa, Alhamdulillah ALLAH bagi peluang melalui system di UM ini, kita oleh pilih-pilih sesuka-hati nak kemana. Jadi, saya tanpa ragu-ragu, nak Bahasa Arab^^. Nanti, akan menyusul EXAM FINAL, beginilah akhir-akhir sem, student UM and U lain,sibuk ke library termasuk saya ^^
Jangan niat BELAJAR semata-mata untuk dapat A dan mengambil yang senang sahaja (dalam kes EL, lagi bagus, ambil lah yang jauh2 dan xberkaitan langsung dengan subject sekarang. Ilmu tu, Ilmu..rugi xcari. Adik-adik junior saya, ingat ya, jangan macam itu. Kena ingat, BE A MUSLIM IS A GREAT! ISLAM itu hebat, tidak mengabaikan dunia tetapi tidak mementingkannya juga. Dunia penting juga ya dalam persinggahan mengutip bekalan ke kampung abadi…Moga pandangan kita ‘tembus’ ke akhirat sana. Jangan di dunia sahaja. Ingat, itu ilmu dan moga kita sama berdoa moga dapat bemanfaat untuk ISLAM nanti. Amin. InsyaALLAH ya…
Sunday, January 03, 2010
Ya ALLAH.aku selalu begini. TAK MALU sungguh!

Assalamualaikum W.B.T…
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Saya ingin…menatakan sesuatu…sedih melihatnya tersia-sia selalu….tersia-sia TANPA MAKANAN…TANPA PAKAIAN…TANPA NAFSU…TANPA KASIH SAYANG…TANPA apa lagi…sedihnya.
Tanpa pakaian TAQWA..aduh...bagaimana nak hidup kat dunia ni...AKHIRAT? lagilah...huhu
Tanpa makanan ZIKRULLAH..aduh...sakitnya.serabutnya.pasti tidak tenang. Yela, 'lapar' je!huhu
Tanpa nafsu yang DIRANGSANG KEARAH MENCARI REDHANYA..aduh...takutnya. Semua macam sia-sia. Macam debu!huhu
......
Engkau tahu siapa dia? Tahu? Hebatlah kalau dapat meneka…itulah SEKETUL DAGING YANG BAIK ISINYA MAKA BAIKLAH SELURUH JASADNYA….HUHUHUH (biasa dengar kan? Baguslah)
Dia dekat dengan jantung dan tulang rusuk kalau nak kata dari segi anatomi…
Tapi hebat benda ini…saya yakin..manusia kadang-kadang tak pentingkan pun…kalau luar dah mantap dah cantik dah molek walaupun HIPOKRIT…”tapi okaylah tu. Bukannya ada orang tahu pun.hehe” kata seorang manusia.
HAHAHA….(dengan sinisya)
Hebatlah…hebatlah…lagi hebat yang Menciptakannya…Hebatlah Engkau Ya ALLAH…Subhanallah…
………………………………………………..
Alhamdulillah…masih dapat ku melihat daun-daun berguguran di pagi Ahad 2 Januari ini…
Alhamdulillah…masih dapat ku melihat tupai-tupai berlari-larian bersama sahabat handai di pokok besar depan bilikku ini…
Alhamdulillah…masih dapat kumelihat langit membiru ibarat lautan luas dengan awan-awan yang berarak comel…
Alhamdulillah…masih dapat kumerasa hembusan angin cinta dari kipas bilik dan dari tingkapku…
Alhamdulillah masih dapat ku mendengar alunan nasyid yang mengingatkan ku padaMU Ya ALLAH…
Alhamdulillah masih dapat ku menulis nota-nota tentang Anti-streptolysin test di buku latihanku…
Alhamdulillah masih dapat ku mengingati segala kesalahanku sepanjang dulu-dulu walaupun masih ada yang belum teringat…
Alhamdulillah masih dapat ku berfikir tentang betapa indahnya pengurusan masa dalam ISLAM agamaku dengan kehadiran solat dari MU YA ALLAH…
Alhamdullillah masih dapat ku menghadiri forum BANTAH e-voting walaupun mendapat kecaman dari banyak pihak. Biarlah…
Alhamdullillah masih dapat ku melanjutkan pengajianku di sem yang ke enam di UM kesayananku ini walaupun pointer tak berapa menyedapkan hatiku…
Alhamdullillah masih dapat ku pergi menghadiri metin PEMARAK dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai SU projek…
Alhamdullillah masih dapat ku mendengar alunan gemersik suara Ust Asri Rabbani walaupun beliau sudah gembira disana bersama RahmatMU yang Agung…aku…tidak tahu bilakah aku pergi…
Alhamdulillah…aku masih dapat mendengar lagu kesukaan ku “Bidadari” oleh Ust Munif Hijjaz. Satu puisi lagu yang indah…
Alhamdulillah...dapat juga ku mengeluarkan satu post baru dari hatiku...
Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…
................................................
Kadang-kadang aku lupa mengucapkannya..sering merungut. Sedangkan apa yang ALLAH bagi sudah melebihi kecukupanku…sudah sesuai dengan kemampuanku…
Ya ALLAH…ampunkan dosaku,,aku tidak tahu betapa banyak nikmatMU…amat tidak terkira…amat tidak terkira..amat tidak terkira
Engkau tahu ke?Engkau tahu ke? Kalau engkau tidak tahu, kenapa masih tidak bersyukur?Hebat sangatkah engkau ini…dahlah dijadikan dari AIR MANI yang hina..tapi masih mengukir bait-bait KETIDAKSYUKURANMU di bibirmu yang akan diMAMAH ULAT!!!
Masih tidak tahu malukah?Masih tidak sedarkah? Masih tidak mahu bersyukurkah? Teruk sungguh dirimu…
TAK SEDAR DIRI!
MALULAH ENGKAU! MALULAH ENGKAU! MALULAH ENGKAU!
SAMPAI BILA? SAMPAI BILA? CUBA JAWAB KAT SINI!
Aduh…hatiku memberontak dengan sikap yang makin TERUK! Aku takut dalam tidak sedar kita menjadi MUNAFIK! NA’UZUBILLAHINZALIK…
Tidak mahu kembalikah kalau dah tersilap jalan? Kalau tersilap kolej boleh pula kita mengundur keluar…
TAPI kalau benda seBESAR ini…takkan tidak mahu kot. Malu? Segan? Malas? Nanti dulu? Sat lagi? Esoklah? Tunggu dulu?
SAMPAI BILA ? SAMPAI BILA? SAMPAI BILA?
ENGKAU PUN TIDAK TAHU BILA PERGI…ADA HAJAT HAJAT BERKATA BEGITU!
TAK MALUNYA….
Huhuhuhuhuhu………………………………………………………………….
Ya ALLAH..moga Engkau menerima amalanku...
Cukuplah Engkau bagiku...Alhamdulillah
Wednesday, December 09, 2009
pemberian yang jarang diPEDULIKAN

Assalamualaikum W.B.T..
Sahabat-sahabat...
Pagi tadi…
Alhamdulillah saya dapat menonton bicara tentang seorang ‘pengguna’ jantung mekanikal di MHI di TV3.
Selalu saya terlepas.buat benda lain.
Fikir punya fikir tentang apa ingin dikongsi, jadi saya ingin mempromosikan suatu benda untuk semua.
Kebetulannya, saya amat berminat tentang kardiologi. Apa lagi, terpaku sungguh depan
tv.hu2.Maaf ye mak.hu2. Alhamdulillah…
Pernah dengar Kempen Jantung Budiman?1
Kempen ini dari Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN):)
Saya pun baru dengar pagi tadi. Rupanya sudah mula dari 5 Nov. Naifnya saya. Lambat. Tapi, xpe.Belum terlambat selagi nyawa belum berakhir dan matahari beum terbit di barat. Selagi itu, perjuangan belum selesai! Seronok perbincangan antara hos MHI (tak ingat nama lelaki tu) , doktor pakar jantung , Exco Pemuda Umno (Dato’ Mohd. Khairun Aseh) dan Winnie. Emm, kali ini, saya amat bersetuju tentang kempen ini. Bagus. No objection!
Kenal Chen Winnie? Apa? tak?!...
Saya pun pernah dengar, tapi dah lama tak kedengaran selepas kejayaan dulu. (tak pasti.maaf). Tapi kali ini, mereka datang dengan satu episode yang menyentuh hati. Winnie amat memerlukan jantung baru. Ya, jantung baru sahabat2. Jantung yang dia tengah guna tu, mekanikal punya.
Masa Dr tu dan Exco tu diinterview, ligat Winnie menukar bateri ‘jantungnya’. Aduh. Kasihan. Dari tv, saya terdengar-dengar bunyi bip..bip..bip.pelik. dari mana? Ooo…rupanya bunyi jantung tu. Saya tak dapat nak bayangkan, betapa jenuhnya Winnie nak kehulu-hilir bawa benda tu. Kata Ally Iskandar si hos MHI tu,(baru teringat nama lepas bertanya mak), berat battery dia, lagi berat dari laptop! Ish, berat sungguh! Anda semua boleh tengok pic (Winnie adalah kiri, diikuti Dato'), tengok saiz beg dia. Lepas tu, kena tukar setiap 90 minit! Itulah saiz ‘jantung’ Winnie.

Emm..apa yang saya cuba sampaikan? Dapat something?
Apabila Ally bertanya pada Winnie, apa yang dia harapkan? Kata Winnie (lebih kurang), dia mengharapkan dapat memeluk anaknya yang masih kecil. Dah lama tak dibuat. Sememangnya, anaknya tak dibenarkan untuk peluk.Sebab apa? Sebab takut tercabut tiub ‘jantung’nya dari badan. Ya ALLAH, kasihannya! Kata Winnie lagi, tempoh hayat ‘jantung’ dia tinggal lagi 6 bulan. Bukan 6 tahun! Dr kata, mesin itu memang dicipta untuk tempoh 2 tahun sahaja. Winnie juga amat menharapkan dengan hadirnya ‘jantung’ baru dapatlah dia menguruskan anak-anaknya yang masih kecil. Rupa-rupanya, Winnie ni ibu muda. Baru 24 tahun!
Selain Winnie, ada juga Geek Koon. Emm, 2 orang, wahai sahabat-sahabat semua! Saya amat mengharapkan (juga harapan dari mereka) ada PENDERMA JANTUNG BUDIMAN yang sudi atupun mempunyai waris-waris yang ‘sesuai’ (harap semua memahami). Untuk pengetahuan semua, bukan sebarang jantung boleh ambil, tapi kena sesuai jenis darahnya, saiznya, beratnya dan sebagainya.
DERMA ORGAN
Jom!!! Menderma organ. Mari daftar!
Alhamdullillah…yang mengajak sudah. Walaupun mak ayah amat terkejut dengan anaknya yang dah jadi ‘PENDERMA ORGAN’ (seluruh organ pula tu. Tak tahulah yang mana sesuai:) .Dari matrik lagi. Semangat mungkin. Tapi, Alhamdulillah dari kesedaran. Darah muda (Eh, sekarang muda lagi:)).ok lupakan pasal saya. Saya amat mengharapkan semua dan bertambah ramai
mendaftar. 2
Tak salah kan?
Lihat ini: Menurut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, menderma organ (seperti pemindahan mata dan jantung orang yang telah meninggal dunia) kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira…3
~selanjutnya, boleh teruskan membaca di site. Saya akan bagitahu kemudian:)
Sahabat-sahabat..saya yakin, semua dapat ‘merasa’ apa yang Winnie rasa. InsyaALLAH….saya yakin.

Conclusion
Akhir sekali, saya quotekan kata-kata EXCO UMNO itu:
Muhd. Khairun berkata, kempen tersebut dapat menyedarkan orang ramai mengenai kepentingan pendermaan organ bukan sahaja untuk Winnie dan Geek Koon tetapi juga insan yang senasib dengan mereka.
"Pendekatan kita terhadap kempen derma organ ini lebih kepada seruan dakwah. Kesedaran orang ramai perlu terus dipertingkatkan. Terutama pada waris-waris penderma organ," jelasnya.
Sementara itu, pada sidang akhbar sama, Muhd. Khairun mengumumkan beliau sudah mengisi borang persetujuan untuk menderma organ sebagai perintis pada pelancaran kempen tersebut.
"Saya sudah berbincang dengan isteri saya dan isi borang pendermaan organ pagi tadi.
"Ini suatu ibadah. Saya sukarela mendermakan jantung saya demi membantu insan lain. Kita juga galakkan Pemuda UMNO menderma organ. Saya yakin mereka pun ada kesedaran itu," katanya.
Turut mengisi borang persetujuan menderma organ ialah Ewe Hock dan sekumpulan sukarelawan Pemuda UMNO yang hadir pada majlis tersebut..
`Ya…menarik.Bagus.Teruskan kita semua di bumi Malaysia membuat kebajikan:) .Mari sama-sama menguar-uarkan tentang kempen yang baik ini. Sama-sama membantu yang susah. Manalah tahu, di hari kemudian, adik kita yang memerlukan organ! Wallahua'lam.
"Ya ALLAH..terimalah amalan kami."
Adakah 1Malaysia? Emm…boleh juga:)
Rujukan:
1.Utusan malaysia
2. Mari menderma
3. Derma organ?boleh ke tak?
~Cukuplah Engkau bagiku…..Alhamdulillah~
Monday, December 07, 2009
ALHAMDULILLAH....YA ALLAH...syukran

Ya ALLAH...bersyukurnya...ALLAH S.W.T memudahkanku untuk menghasilkan salah-satu wadah untuk memberi..insyaALLAH sahabat-sahabat. Ya ALLAH..ampunkan dosaku,aku menghasilkan ini setelah bebeapa kali memikirkan, takut melalaikan...Ya ALLAH..jangan 'ini' melalaikanku YA ALLAH...
Moga dapat kuberi dan membuat 'sesuatu' untuk umat Islam Ya ALLAH setelah kupergi...dan...sebelum ajalku tiba YA ALLAH...aku risau dan takut YA ALLAH...APA SUMBANGANKU UNTUK ISLAM??!!! Aduh...sakit jiwa memikirkan diri yang SUNGGUH terleka...
Mari muhasabah bersama dengan ayat-ayat CINTA ALLAH S.W.T padaku dan kamu...!
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin ALLAH, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya KAMI akan berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa yang menghendaki pahala akhirat, KAMI berikan pada kepadanya pahala akhirat, dan KAMI akan berikan balasan kepada orang-oang yang bersyukur."
Surah Ali-Imran (3:145)
YA RAHMAN..YA RAHIM..syukran YA ALLAH ROBBULA'LAMIN (^^,)
