


(subhanallah..indah sungguh di kawasan air terjun.)



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal" Surah Ali-'Imran: Ayat 190












Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum W.B.T
Negara POLIS????
Apa pendapat anda semua? Setuju ke atau tidak mahu mengatakan setuju atau tidak mahu ambil tahu atau “bukan, salah statement tu???
Saya serahkan pada anda semua untuk menilai…
Semakin hari semakin banyak “kisah-kisah” sahabat-sahabat di kampus di Malaysia ini yang….yang apa ya? Ya…”ditahan” ….ya ditahan atas kesalahan BERDEMONSTRASI atau dengan nama lainnya….mengexpressikan tanda tidak bersetuju atas sesuatu dengan aman tanpa sebarang pergolakan apabila cara lain tak diendahkan…(hoho, maaflah ya. Ini dari kamus sendiri)
Entahlah. Apa yang saya tulis ni? Hajatnya ingin menulis tentang Program yang baru saya hadiri sabtu lepas dibawah anjuran Persatuan Ulama Malaysia bahagian Wilayah Persekutuan…
Hemm….belum dapat menulis lagi. Sangat menarik…saya belajar sesuatu sisi lain tentang dakwah….atau kata lain “Jom kita buat kebaikan” ^_^
Saya terpaksa tinggalkan sementara waktu. Saya berhajat untuk memberitahu tentang sahabat-sahabat kampus….
Sekadar untuk berfikir sejenak….
“Adakah Malaysia sebuah Negara polis?” Oh, saya tidak berhajat berkata lanjut tentang Negara polis itu bagaimana…
Cuma…sentiasa bermain dan berlari-lari dibenak fikiran disamping ilmu-ilmu sains yang sedang mengaji ni…yang katanya…”Oh, macam tulah. Malaysia sudah menjadi Negara polis”
Ini bukan statement saya. Cuma nak mengkehadapankan ayat-ayat ini. Isu semasa yang kerap berlaku melibatkan pelajar universiti. Tapi, makin kerap kan?? No comment…
Pada pandangan saya yang Alhamdulillah, saya tidak bias kemana-mana pihak, salahkah mahasiswa untuk berkata-kata “sesuatu”? Berkata “sesuatu” yang dirasakan tidak adil dan tidak benar? Berkata “sesuatu” yang dirasakan perlu diubahsuai dan diperbaiki…
Mungkin ramai yang mengatakan…cara tidak sesuai. Tidak sesuai? OH, lupa..macam berdemonstrasi…eh memang pun..eh, salah ke? Eh, cara apa lagi? Eh, bukan pun mencederakan siapa-siapa pun? Eh, tidak rosak apa-apa pun, mereka hanya berarak? Eh…kata demokrasi, boleh menyuarakan apa-apa? Eh…betul ke apa yang saya fikirkan ni? Eh…peliklah? Eh..nak jadi apa ini? Eh, Malaysia boleh???
Hem…….
| Ya ALLAH, pasti ada hikmahnya kejadian begini. Kejadian mahasiswa ditangkap ini…Ya ALLAH, tabahkan hati mereka. Hanya Engkau yang mengetahui segala-galanya…. ALLAHUAKBAR! ..................................................................................................... 9 pelajar ditahan bantah pilihanraya kampus |
| 23 January 2010 |
| Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus. Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai. Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat. Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak. Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit. |
#Sekadar untuk berfikir sejenak. Anda tidak mahu berfikir? Nak fikir tentang kuliah sahaja? Tidak mahu fikir tentang saudara-saudara seakidah anda??? Ok, teruskan dan selamat tinggal dari saya…Saya doakan, moga setiap amalan kita diterimaNYA. Amin...
Cukuplah Engkau bagiku….Alhamdulillah (^^,)v
Tanjong Malim, 14 Jan- “Alhamdulillah, Allah s.w.t telah permudahkan segala urusan arwah Fadhiri dan Faizol. Insya-Allah, moga-moga Allah menerima kebaikan yang telah mereka lakukan dan mengampunkan dosa-dosa mereka,” kata seorang saksi kejadian kemalangan maut yang lepas.
Menurut seorang lagi saksi iaitu Suhainizam Sharif ketika ditemui berkata, kedua-dua arwah hanya melafazkan nama-nama Allah sebelum kedua-dua mereka meninggal dunia. Saudara Faizol sempat mengangguk-anggukkan kepala apabila dibacakan kalimah LailahaillAllah (tiada Tuhan melainkan Allah).
“Allah telah memberikan kesempatan kepada saya untuk membisikkan perkataan mulia ini kepada saudara Faizol ketika saat-saat akhir arwah di dunia ini. Apabila berlakunya kemalangan, saya terus mendapatkan Faizol dan membisikkan kalimah LailahaillAllah. Alhamdulillah, arwah mengangguk-angguk tanda faham dan terus pergi meninggalkan kita semua,” katanya dengan sebak.
“Bagi arwah Fadhiri pula, saya mencabut topi keledar yang dipakai dan memangku arwah serta membisikkan kalimah yang sama. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan, mulut arwah tak pernah lekang dengan menyebut nama-nama Allah sehinggalah beliau pergi,” kata saksi yang mengiringi arwah ke Hospital Slim dan Hospital Teluk Intan pada hari kejadian.
Bagi saudara Nik Azrul Nik Kamaruddin pula, beliau melihat betapa mudahnya Allah s.w.t memudahkan urusan arwah dan melihat ramainya tetamu yang hadir untuk menyolatkan kedua-dua arwah.
“Apabila saya melihat segala urusan arwah dipermudahkan dengan baik dan betapa ramainya tetamu yang hadir ketika menyolatkan mereka, hati saya tenang dan bersyukur pada Allah. Arwah Faizol disolatkan sebanyak dua kali di surau Al-Falah manakala arwah Fadhiri pula sehingga orang ramai melimpah keluar dari kediaman beliau termasuk dari pelajar-pelajar pondok yang pernah beliau menuntut ilmu,”
“Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kepada pihak HEP UPSI dibawah kepimpinan Prof. Shaharuddin kerana banyak membantu urusan arwah. Tidak lupa kepada yang menziarahi beliau sama ada dari UPSI mahupun daripada luar. Semoga Allah, menerima mereka dan menjadi iktibar untuk kita semua, insyaAllah,” tambahnya lagi.-upsikini

Assalamualaikum W.B.T
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pemurah..
Ya, sahabat-sahabat yang saya kasihi....Nah!kembali kita pada isu kampus perdana di MALAYSIA [kepada U lain, UM tak perdana pun, sengaja nak sedapkan ayat:)]
Saya makin haru...biru makin tidak tahu nak berkata apa...
Saya risau dengan UM saya ini....sahabat-sahabat seperjuangan saya....teruskan langkahmu...
Saya berdoa moga perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran dan ketelusan diberkati ALLAH...insyaALLAH. AMIN...
KATA DEMOKRASI...MANA??
KATA DEMOKRASI, SUDAH MAHASISWA TIDAK MEMPERCAYAI E-UNDI, JANGANLAH HENDAK JUGA DIJALANKAN...BAGI KAMI PERCAYA ATAU JAMINAN KETELUSAN...HAH...INSYAALLAH KAMI SETUJU...(eh,emosional nya awak ni.kenapa ni?huhu. No comment)
KATA DEMOKRASI...TIDAK PERLULAH E-UNDI.KAN BANYAK CONS NYA...DARI PRO...
KATA DEMOKRASI, DENGARLAH SUARA MAHASISWA. KAMI SOKONG, KAMI MENERIMA, KAMI TIDAK MEMBANTAH JIKA IA BENAR...INSYAALLAH...
Hemm,,,saya sudah tidak terkata lagi..
Hanya mampu mendoakan, moga penyerahan Memorandum INI kepada Kementerian Pengajian Tinggi ESOK di Putrajaya...dipermudahkanNYA...InsyaALLAH. Amin.
Sahabatku sekalian, Alhamdulillah, saya sudah 'sign' petition ini. ANDA bila????
Klik pada 'Petition To' untuk'sign':
"KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DAN UNIVERSITI",
Sistem pengundian e-undi adalah singkatan kepada electronic voting, iaitu sistem pembuangan undi secara elektronik yang digunakan untuk menggantikan sistem pembuangan undi secara manual. Sistem ini diputuskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dilaksanakan di seluruh kampus,walaupun ia telah dilaksanakan di kampus seperti Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti PendidikanSultan Idris (UPSI).
Secara umumnya, banyak perkara yang boleh dipertikaikan di sebalik sistem ini. Pihak kerajaan dan Hal Ehwal Pelajar universiti (HEP) cuba berselindung di sebalik sistem ini memudahkan pengundian dan pengiraan undi.
Mahasiswa melihat, sistem ini akan menjerumuskan kepada risiko berikut:
Apabila ruang-ruang manipulasi terbuka, maka sistem ini tidak lagi telus untuk digunakan. Malah ia sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi yang menjadi tradisi kepada negara Malaysia. Sekaligus ia turut mencabul hak-hak kebebasan seseorang rakyat itu yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Justeru,berasaskan keraguan ini, maka referendum ini menuntut agar sistem pengundian e-voting ini segera dimansuhkan oleh pihak universiti dan mengembalikan sistem pengundian kepada sistem manual.
Sekian.
GabunganMahasiswa Bantah E-Voting (BANTAH)
Sincerely,
The Undersigned
(Sun, 10 January, 2010)