
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran ALLAH) bagi orang yang berakal" Surah Ali-'Imran: Ayat 190
Thursday, April 29, 2010
I LOVE U...

Tuesday, April 06, 2010
KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum W.B.T
KESIBUKAN MENJADI MAHASISWA ^^ Alhamdulillah…
Alhamdulilah, saya tidak tahu mengapa, dalam kesibukan untuk menyiapkan assignment report Immunology dan practical Clinical Chemistry (2 subject yang saya ambil, memang mencabar bersama-sama dengan report yang kena hantar every week J) yang ‘tertunggak’ dan Oral Bahasa Arab 1 (saya ambil kelas elektif luar sem ini, di Fakulti Bahasa dan Linguistik.), yang mungkin khamis ini, saya masih ingin dan sibuk meng’update’ blog yang tidak seberapa dan hebat macam orang lain. Apabila ada sesuatu yang menarik dan bermakna, saya ingin kongsikan dengan semua. Itulah juga antara sebab menulis hari ini ^^,. Tentang kos elektif luar ini, saya amat suka jika tidak berkaitan langsung dengan subject2 perubatan dll. Saya rasa, Alhamdulillah ALLAH bagi peluang melalui system di UM ini, kita oleh pilih-pilih sesuka-hati nak kemana. Jadi, saya tanpa ragu-ragu, nak Bahasa Arab^^. Nanti, akan menyusul EXAM FINAL, beginilah akhir-akhir sem, student UM and U lain,sibuk ke library termasuk saya ^^
Jangan niat BELAJAR semata-mata untuk dapat A dan mengambil yang senang sahaja (dalam kes EL, lagi bagus, ambil lah yang jauh2 dan xberkaitan langsung dengan subject sekarang. Ilmu tu, Ilmu..rugi xcari. Adik-adik junior saya, ingat ya, jangan macam itu. Kena ingat, BE A MUSLIM IS A GREAT! ISLAM itu hebat, tidak mengabaikan dunia tetapi tidak mementingkannya juga. Dunia penting juga ya dalam persinggahan mengutip bekalan ke kampung abadi…Moga pandangan kita ‘tembus’ ke akhirat sana. Jangan di dunia sahaja. Ingat, itu ilmu dan moga kita sama berdoa moga dapat bemanfaat untuk ISLAM nanti. Amin. InsyaALLAH ya…
ISTIMEWA TENTANG ROOMATE ^^ (tribute for her, Yin)
.jpg)
Assalamualaikum W.B.T
INILAH YANG SAYA NAK SHARE.
Alhamdulillah, ALLAH temukan saya dan hidupkan saya selama hampir 2 sem ini dengan roommate non-muslim. Syukur tidak terhingga. Syukran ya ALLAH. Kenapa begini sekali saya seronok? Banyak saya belajar dari dia. Even dia non-muslim, jujur saya kata, banyak sikap-sikapnya seperti seorang muslim. Anda boleh teka? Muhasabah balik untuk saya, kadang-kadang saya tidak begitu dan begini, tapi dia BUAT. Sedihnya, nikmat dari ALLAH sebagai peringatan buat saya. Hakikatnya saya sayang dia (hopefully, dia tak terjumpa blog saya, segannya…J). Sebagai seorang muslim, insyaALLAH sentiasa cuba menjadi contoh dan berakhlak baik sebab, saya nak berkata direct tentang Islam, emm, kurang sesuai pula. Kena berhikmah yaJ. InsyaALLAH. Itu, saya fikir, dan sepatutnya, sebagai medan dakwah kita padanya, mahu tunjukkan, ya, ISLAM begini, ISLAM mengajar begini. ISLAM baik sekali pada orang lain even non-muslim dll. InsyaALLAH sentiasa berusaha, moga dapat istiqmah ya ALLAH. Amin.
Alhamdulillah, suatu perkara menarik yang berlaku hari ini. Sebelum itu, intro cerita: Dengan izinNYA, roommate saya ini, sedang pregnant. Dah 7 bulan rupanya. Huhu, saya amatlah tidak perasan pada mulanya. Badan dia pun kecil. Ingat baru 3 bulan. Yup, sedang pregnant! Semua orang sudah biasa mungkin, zaman sekarang macam zaman dulu-dulu..kahwin awal ^^, even belum grade (macam sahabat coursemate saya, Zul Amirul nanti pada 28MeiJ tahniah ya Akhi). Tidak mengapa, ada hikmahnya kahwin awal, ter’jaga’ iman jugaJ . Ok, cukuplah, tidak berhasrat berkata tentang kahwin-kahwin ni. Nantilah…
Semalam, saya membelek-belek buku disurau ASTAR, UM, buku SOLUSI keluaran 17 dari Telaga Biru :Membina Keyakinan Diri. Bagus! Buku 5 star! Tiba-tiba terjumpa topic “Mendidik Anak Dalam Kandungan”.Menarik. Pengetahuan juga ya untuk kitaJ. Baca-baca, teringat pada roommate yang ‘on the way’. Bagus ni.
Alhmdulillah, ALLAH memudahkan hasrat saya. Pagi tadi, saya ada brkata:
Saya: Yin, nanti saya nak tunjuk satu artikel menarik kat awak. Nak baca x? (denganpenuh semnagat meng’offer J). Sesuai untuk Yin taw.
Yin: Ohh, boleh-boleh. (dia sangat suka respond and layan soalan saya yang kadang-kadang, banyak sangatJ)
Saya: Ok, tq taw.
Lepas habis kelas B.arab (hajatnya, ada oral, batal pula), terus ke bilik.
Saya: Yin, ni artikel dia. Saya dah baca. Tidak sabar nak buat. (hoho, kadang-kadang bergurau macam nak buat. Gaya bersemangat sikit kat dia ^^,) .Ni ha,dia pasal mendidik dalam kandungan. Sesuailah untuk Yin. Err, ISLAM memang tekankan pendidikan anak dari awak lagi tau. Mungkin Yin boleh cuba. Nanti boleh dapat anak yang baik dan soleh. (tercakap soleh.:P)
Yin: Oh, kalau ibu bapa bergaduh, kita dapat anak ganas dan panas baran ya. Ish, takutnya.
Saya: Itu la, penting tau, kena jaga dari awal. Ibu memang mempengaruhi anaknya sebab anak pun dari darah dan daging ibu juga. Sangat mempengaruhi. Dalam ISLAM, ibu tu kena banyak baca AQ, jaga makan. Haa, Yin kena jangan sedih-sedih tau. Makan pun kene jaga tau. Jangan makan meggi, risau saya ye. Jangan taw. Nanti Yin dapat anak yang baik. (Banyaknya jangan :P) Yin boleh je ikut je macam ni sebab ISLAM itu untuk semua (huhu,makin perlahan suara saya. Mungkin 1st time cakap direct pasal ISLAM. ^^
(Dia membelek muka surat seterusnya.)
Saya: Ha, yang tu, surah-surah yang kena baca…
Yin: Eh, BAGUSNYA ISLAM, ada surah-surah yang kena baca. DALAM AGAMA kita, xde pun kena baca-baca macam ni.
Saya: Itulah, dalam ISLAM memang kena baca AQ banyak. Kalau nak anak cantik baca surah Yusoff. Nabi Yusof cantik… (fuh, mengajar pula. :P) Yin, dalam BIBLE, XDE KE SURUH BUAT MACAM NI?
Yin: xde pun (macam tulah lebih kurang ayatnya. Tak ingat dah)
ok.Kesimpulan yang saya nak buat? --> Anda simpulkan sendiri ^^,
~LIVE IS GREAT WITH ISLAM~
^^,
Akhirnya, perbualan diakhiri dengan ucapan ALHAMDULILLAH DI HATI SAYA ^^, GEMBIRANYA TAK TERKATA DAPAT MENYAMPAIKAN SESUATU TENTANG ISLAM HARI INI. YA ALLAH, MUDAHKANLAH UNTUK MENYAMPAIKAN ISLAM. MOGA DAPAT BERMANFAAT UNTUK ISLAM. LEMBUTKAN HATINYA YA ALLAH. AMIN. MOGA DIRI INI TIDAK MENJADI FITNAH PADA ISLAM. AMIN
Monday, April 05, 2010
Jom...jom...jom..kita berhibur! ^^
Bersyukur ku dilahirkan dalam NIKMAT IMAN DAN ISLAM. DUA NIKMAT YANG TERBESAR. jangan lupa tu. Alhamdulillah. Indahnya hidup bersama ILLAHI ^^,
DAMBA CINTAMU - RAIHAN
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau Pengasih Kau Penyayang Kau
Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku
Tuhan diri ini tidak layak
ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup
ke neraka Mu
Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Thursday, April 01, 2010
di mana DIA di hatiku?
sekadar perkongsian rasa...
…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…
Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, "jangan takut, Allah bersama kita." Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da'thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, "siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?"
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, "Allah." Mendengar jawapan itu gementarlah Da'thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
"Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?" tanyanya kepada budak tersebut.
"Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja."
"Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya, " desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
"Kalau begitu di mana Allah?" kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, "aku berjuang bukan kerana Umar." Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.
Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), " bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. "
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?
Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, "apakah engkau takutkan Allah?"
Dia menangis dan menjawab, "aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…" Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
Kalau kau tanyakan aku, "adakah DIA di hati mu?", aku hanya mampu menjawab, "aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya… "
Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

MENGEMIS KASIH MU
Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati
Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan- Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
p/s:bukan hasil penulis.
Tuesday, March 30, 2010
BANYAKNYA BUIH-BUIH.....POP! HILANG?

Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.
Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.
beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa
sumber : The Palestine Telegraph
Monday, March 15, 2010
Kisah Jumpa Rasulullah Pelajar UIA
Di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melalui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya.
Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu'alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu'alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.
Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu'alaihiwa sallam sendiri".
Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, Ana RasuluLlah". SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" , -'sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi'-. Allahuakbar.
Kemudian Baginda Nabi SallaLahu'alaihiwas allam berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" , - sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar'. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh 'alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul 'arabiyah, tp kami terjemahkan) , "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana" . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya 'Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda'. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan, "Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti" . Lepas tu Nabi kita lafazkan, "Ummati.., ummati.., ummati..." , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, "Jgn pergi Ya RasuluLlah" , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau...xtaulah, waLlahua'lam. ..
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jgn pergi Ya RasuluLlah.. ." . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu'alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.
Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.
Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. 'Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu'alaihiwa sallam'.
Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah..." . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, "Assalamu'alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu'alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. "Nahnu khulafa' ar-rasyidin" . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali ". SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan "Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti." . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:
" Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ' sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir'. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu".
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar" . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.
Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh" . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata' ala. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni'mat yang Engkau berikan" .
Beliau katakan pada kami, "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; "tak rugi kita bersabar..."
Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata' ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya'. Ma'assalamah.