Tuesday, March 30, 2010

BANYAKNYA BUIH-BUIH.....POP! HILANG?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

HATI TAK TERKATA BILA MEMBACA EMAIL DARI SAHABAT TENTANG INI...

HARI INI. BUKAN SEMALAM

Selasa, 30/03/2010 – Tayseer Rajab Syaikh Tamimi, Ketua Majlis Keadilan Palestin dan Presiden Pembelaan Islam-Kristian Baitulmuqaddis dan tempat-tempat suci lain, meminta semua rakyat Palestin di seluruh tempat, terutama Baitulmuqaaddis agar hadir di Masjid Al Masjid Aqsa bagi menghalang serangan tentera rejim Israel.

Seruannya dibuat sebagai tindakbalas terhadap Perisytiharan kumpulan-kumpulan ekstremis Yahudi yang berniat untuk menyerbu Masjid Aqsa pada hari Isnin ini untuk meraikan perayaan yang dipanggil “Jangkauan Yahudi” di antara Kubah Batu dan Kubah Al-Selselah, serta pengisytiharan “Gerakan Pengawal Kuil” dalam laman web mereka bagi mengadakan himpunan Yahudi di Masjid Al-Aqsa pada 1 April untuk merobohkan masjid dan membina kuil di atasnya.

beliau juga meminta masyarakat antarabangsa agar segera campur tangan bagi menghentikan pencerobohan Israel terhadap bandar dan tempat suci Islam dan Kristian itu serta menetapkan menghentikan kejahatan dan pelanggaran resolusi Majlis Keselamatan untuk melaksanakan Bab VII daripada Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahu Israel menghentikan semua kejahatan yang mengancam keamanan dan keselamatan antarabangsa

sumber : The Palestine Telegraph

penterjemah : hijjaz..

BAGAIMANA? APA RESPON KITA? APA TINDAKAN KITA?

SEKADAR BOIKOT? SEKADAR TIDAK MAHU MAKAN KFC dll? (hanya contoh kecil dari saya)

SAMPAI BILA? SAMPAI BILA KITA MAHU MELIHAT MUSUH KITA BERTUNGKUS-LUMUS INGIN MENJATUHKAN ISLAM??? BERUSAHA BERAMAI-RAMAI, BERSATU-PADU (hah,banyak nilai ISLAM dalam tu..) untuk apa, APA LAGI UNTUK MENJATUHKAN ISLAM lah!

KIta, hanya melihat? Tidak mahu membantu? Tidak mahu bersama-sama memartabatkan ISLAM DALAM DIRI? TIDAK mahu bersama-sama sahabat-sahabat disekitar mengerakkan aktiviti dakwah? Tidak mahu? mahu hanya pergi kuliah, balik, makan, (seperti tulisan saya sebelum ni tentang mahasiswa BIASA) hanya berfacebooking etc dan........ (saya x kata facebook xelok. saya pun ada) Saya teringat kata-kata disebut oleh
salah seorang bekas mursyidul am Ikhwan:

"Dirikanlah Negara Islam dalam diri
kamu sebelum kamu mendirikan Negara Islam di tempat kamu"


Maksudnya mendalam bukan?! Atau tak rasa apa-apa?Hemm...jika kita tidak rasa ISLAM ITU SEBAGAI CARA HIDUP, JIKA KITA TIDAK RASA ISLAM ITU AGAMA YANG TINGGI DAN TIADA LEBIH TINGGI DARINYA...atau kita(termasuk saya yang menulis) rasa ISLAM itu bila bersolat? berpuasa? di masjid? atau apa-apa yang sewaktu dengannya...


Tidak mustahillah, kita tidak terasa apa-apa bila saudara seakidah kita dinegara lain (dipisah-pisah selepas jatuhnya khilafah ISLAMIYAH) e.g. di palestin...dihentam teruk setiap hari.Aduhai, saya pun terketuk sama. Ya, kita sering lupa...


YA, UMAT ISLAM UMPAMA BUIH-BUIH DIAKHIR ZAMAN...

POP! MELETUP DAH! ALAMAK...DAH HILANG...tadi ada...

YA...KITA YANG MENGAKU ISLAM?


timbul persoalan,,,ISLAM kita anutan atau warisan ya? JAWAPAN DI JIWA MASING-MASING???
FIKIR-FIKIRKAN.

ANA?SAYA?AKU?KITA?ENTI?ENTA?KAMU?KITA?MEREKA?DEPA?HANGPA?DEME?
YA...SEMUA TERLIBAT...


Tapi sahabat-sahabat, jangan LUPA dengan APA yang kita PATUT BUAT!

Firman ALLAH S.W.T:

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya KAMI menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada KAMI? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain DIA, Tuhan (yang mempunyai) 'Arasy Yang Mulia".
Surah Al-Mukminun 23:115-116


OK, ini pula matlamat hidup!

Firman ALLAH S.W.T:

"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan. Sesungguhnya ALLAH, Dialah Maha Pemberi rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh".

Surah Al-Zariat 51:56-58

Alhamdulillah, satu peringatan untuk hamba ALLAH yang sedang menulis ini. Maaflah, hanya tulisan yang biasa tanpa kupasan-kupasan yang hebat. Tidak berhajat menjadi hebat tetapi lupa diri, sebaliknya cuba menjadi biasa tetapi bertindak dengan sebaik mungkin dan bertawakkal padaNYA. Tidak mengapa, berpegang pada hadis:

Nabi S.A.W: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat"



So, sahabat-sahabat semua, saya mengulangi, ISLAM KITA ANUTAN ATAU WARISAN?



p/s:maaflah, menulis dengan perasaan berbaur-baur, jadi kata-kata pun 'berbaur-baur" ^^,

No comments: