Saturday, June 12, 2010

KECANTIKAN SEBENAR SEORANG WANITA :)

Assalamualaikum W.B.T sahabat-sahabat seakidah semua...

Seperti kata sahabat baik saya, Salam 1 akidah...lagi menarik bukan :p
Dibawah ini, saya ingin berkongsi antara-antara kesilapan yang kadang-kala kita tidak perasan, atau tidak tahu, atau tidak mengerti atau buat tak tahu? Wallahua'lam...
Tidak mengapa, sama-sama kita berubah, masih ada masa untuk kita sama-sama bertaubat. Tapi, jangan SENGAJA MENANGUHKANNYA YA!
Peringatan buat diri yang menulis juga, JOM sama-sama kita usaha mencari keredhaanNYA. InsyaALLAH kita boleh!

~INDAH HIDUP BERSAMA ILLAHI ^^,~












Ini contoh fesyen ISLAM pada muslimatnya. Cantik kan? Ada macam-macam fesyen lagi, aslkan masih menepati syariah kan?^^,Tudung tidak labuh pun xpe, asalkan kita cuba ikut dan pakaian kita pun menepati syariah :) kan cantik?ALLAH PUN SAYANG...


Ada proposal perlu disiapkan, tetapi ingin sama mengingatkan sahabat-sahabat tentang pemakaian masa kini. Hemm, apa yang saya lihat, satu pembaharuan yang bagus bila tudung yang 'simple' tu, anda tahu kan, yang senang pakai tu, (sebenarnya saya tidak tahu nama.Maaflah, kurang ilmu), bagus, bagus sangat. Ia memudahkan wanita memakai tudung tanpa perlu bersusah payah dengan pin-pin nya. Bagi saya, baguslah. Tapi ada side effectnya/pro and consnya...apa dia?

Sedih? Sedih juga, mustahil tiada perasaan melihat ada tudung-tudung itu yang kurang manis dilihat. Ada yang pendek betul, atau yang masih nampak bentuk badan (dihadapanlah), atau yang sangat menarik coraknya, atau ada yang jarang? Ada yang tidak memakai anak tudung, just terus sarung atau yang terus lilit-lilit je, tanpa dia sedar, rambut panjang yang diikat, masih dapat dilihat!

Aduhai....Perasan tak? Ntahla, saya suka melihat orang disekeliling, manalah tahu terjumpa kawan/kenalan. Tapi tak elok juga mata meliar di jalanan bukan? Menghitamkan hati...hu~

Kenapa ya? Saya rasa, tanggungjawab bersama nak ingatkan, aurat bukan sekadar ditudung, tapi seluruh tubuh, kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN...Indah bukan ISLAM, BERSYUKUR...saya dan kita dilahirkan MUSLIM, seorang muslimat, dimana agamaNYA menjadikan satu kod fesyen yang INDAH untuk golongan muslimat supaya dikenali..."ya..inilah golongan muslimat berbanding non-muslim". Hebatkan ISLAM, ada kod fesyennya tersendiri dan maju dan sesuai dengan peredaran masa...baik musliminnya atau muslimatnya...syukur sekali lagi, Alhamdulillah....

Seronok...kenapa? Ya saya dan kita...

Tanpa perlu ketat-ketat...
Tanpa perlu nampak tubuh badan...
Tanpa perlu warna yang garang-garang untuk menarik perhatian orang ramai...
Tanp perlu brand yang mahal-mahal, asalkan tutup aurat dan manis :)
Tanpa perlu apa lagi? Fikirlah sendiri :)

Dimana, hanya golongan tertentu sahaja dapat diperlihatkan aurat wanita muslimah. Hebat bukan? Maruah wanita ISLAM dimuliakan...sebarkanlah keindahan ISLAM pada sahabat-sahabat anda dengan berpakaian wanita muslimah. Itu pun sudah dakwah...ha, anda pun dah boleh berdakwah. Yakin pada diri :)
Jom!!!

Saya risau ada yang memahami, pakai tudung, dah ok, tutup aurat dah, tapi baju? Alahai....saya yang muslimat rasa malu juga.Hu...~ Saya sering nak ingatkan sahabat-sahabat sama ada junior atau sesiapa sahaja, tidak kesahlah anda tidak bertudung labuh, janganlah fikir begitu ye..anda dah pakai tudung yang tidak labuh tapi dah menutupi dada,ha... itu pun sudah cantik dan menepati syariat. Perlahan-lahanlah, jangan nak terus labuh, mula sikit-sikit lama-lama jadi labuh. Baju pun, usahakanmelonggarkannya. InsyaALLAH, pasti dimudahkan niat kita untuk mentaatiNYA. Banyak pilihan...tepuk DADA tanya IMAN sebelum terlambat...

Seronok bukan akhawat semua....

~LIVE'S GREAT WITH ISLAM ONLY ^^,~



Sunday, June 06, 2010

Ya ALLAH,kuatkan hati kami menghadapi ujianMU...amin

Assalamualaikum W.B.T semua

Dalam jam 20:52, sedang melihat blog Dr. Azwan ...
Sahabat seperjuangan saya, Intan, menghantar message pada saya...
saya terus ingin meng'forwardkannya...
Tapi..tiada kredit..aduhai...
Tapi,kita cuba cara lain...

SMS begini:

Pemimpin Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah minta semua Muslim untuk membaca
SURAH AL-FATH, ayat 26-27,
SURAH YUNUS ayat 85,86,88

MALAM INI!!!
Tolong Sebarkan,agar yahudi laknatullah hancur! Forward seluruh umat Islam..saudara seagama telah dikepong tunggu masa untuk disembelih!

Wahai saudara-saudara...LAKUKAN SESUATU! MEREKA ADALAH ADIK,ABANG,KAKAK,MAKCIK,PAKCIK KITA JUGA...

INGAT!MEREKA SAUDARA SEAGAMA DAN SEAKIDAH KITA!

salam perjuangan...

Saturday, June 05, 2010

Saya dah jumpa En ascaris lumbricoides and the geng. Syukur...

Tangan seorang doktor memegang kucing yang sedang lali (dibius). Comel,sedang 'tidur'. Kami ingin mengurangkan ragamnya semasa mengambil sample darah.

Ahamdulilah…saya sudah berjumpa En. Ascaris lumbricoides dan En.Trichuris trichiura dan sahabat-sahabat protozoa yang lain seperti pakcikEntamoeba histolytica yang selalu ada dan lain-lain selama beberapa hari ini (di lab seharian mencari mereka :)…syukur ya ALLAH…Anda yang belum biasa dengan parasitology ni, jom tengok images cacing yang terlibat yang menarik. Pengetahuan juga. Penting. Kesimpulan yang saya boleh bagi, JAGA KEBERSIHAN. KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARI IMAN KAN...

Sepanjang kesana, saya rasa sayu dan bersyukur dilahirkan sebagai muslim yang pentingkan kebersihan. ISLAM AS THE WAY OF OUR LIFE:) MOGA ALLAH MATIKAN KITA DALAM ISLAM...AMIN3


Ini antara aktiviti kami. Lihat, itu pakcik mahadi tengah pegang anjingnya.huhu.His pet. Dr. Azura dari animal house, PPUM, nak ambil sample blood check for the filaria worm. Sakit yang membuatkan manusia berkaki gajah@filariasis@kaki untut. Bahaya kan? Mostly, from pets dan tersebar ke kita by adik nyamuk pula.

Anda kenal sahabat-sahabat saya tu? Kenapa saya bersyukur? Mereka yang sudah lama menjadi teman baik saya ini saya jumpa dari sample yang saya ambil dari perkampungan orang asli (aborigines) kg.Bumbun. Maksudnya, mereka ada penyakit itu.Kasihan mereka,kena buat sesuatu dan penting untuk research saya.



Kredit untuk aktivis dakwah ni atas gambar yang saya copy ini. Syukur ada. Tak sempat nak ambil hari tu. Pajero laju sangat. Moga ALLAH mudahkan urusannya.

Ha, inilah kampung saya sudah tiba. Hajat saya dan dua buah kereta lagi adalah untuk mengambil sample iaitu Stool sample!(dan juga human+animal blood.Project kawan) Atau kata melayunya, tinja .Kenapa perlu mengambil tinja? (saya gunakan bahasa yang molek sedikit). Bagi saya, terasa seperti ekspidisi dakwah pun ada, itulah niat saya mengambil topic ini. Saya menyelami keadaan orang asli disana. Nanti saya cerita perkhabaran yang mengusarkan saya. Ada hikmahnya kan! Moga ALLAH mudahkan urusan seterusnya. Amin. Alhamdulillah, ALLAH mudahkan. Saya dapat 58 samples dari 82 oghe yang dapat container. Syukurlah:)

Bukan apa, saya ingin melihat dan mengkaji prevalence of intestinal parasitic infection among OA;parasites yang menghuni di system penghadaman mereka atau mungkin kita pun ada. Apa yang dijumpai di stool@tinja?

Alhamdulillah, macam saya sebut diawal tadi, En ascaris lumbricoides dan sahabat-sahabatnya dan pakcik entamoeba histolytica and the geng (geng protozoa) lah mereka adalah antara golongan helminthes or worms or cacing yang biasa menghuni perut manusia.

Ingat dulu masa kecil? Kita disuruh oleh mak ayah makan “ubat cacing”. Saya pun makanlah tanpa mengetahui ubat dan cacing apa yang diperut. Rupanya, begitulah,antihelminthic drug untuk kill them.

Subhanallah, apabila saya menyebut tentang eggs(klik untuk lihat eggs) dan cyst (dari protozoa), bermacam-macam bermain diminda saya. Cuba tengok ini.

SUBHANALLAH WALHAMDULILAH WA LA ILA HA ILALLAH WALLAHUAKBAR!!!

Ini saja yang berlegar-legar diminda saya. Ya ALLAH, Engkau Maha Hebat. Menciptakan makhluk-makhlukMU yang indah. Masing-masing dicipta begitu rapi, indah dan sempurna dan mudah dicam dengan ciri-ciri yang specific. SubhanAllah. Nikmat ALLAH bagi dapat melihat mereka. Banyak lagi yang saya jumpa. Ya, untuk paper project saya. Alhamdulilah, saya tidak mahu sekadar menghasilkan BUKU KERAS @TESIS, tapi, ingin menghasilkan sesuatu research YANG BERMANFAAT UNTUK ISLAM. INSYAALLAH! Doakan saya ya.


Sahabat baik saya. Merenung masa depan :)

Saya selalu terfikir sejak mula saya meminati bidang parasitology ini (sejak tahun pertama), ketika sedang melihat slide + dengan mikroskop lah. Ya ALLAH, mereka ini pasti sedang berzikir padaMU, sedang mengingatiMU dengan zikir yang hanya Engkau sahaja memahami. Tapi, aku? HambaMU, yang hina ni masih kurang lagi berzikir…masih banyak keduniaan di fikirannya. Ya ALLAH, jangan Kau letakkan dunia dihatiku. Biarlah ku hanya memandang AKHIRAT sahaja, kampungku yang abadi. Amin.Sedih. Geram. Ya ALLAH mudahkan ku untuk sentiasa mengingatiMU dalam apa jua keadaan sekalipun. AMIN.AMIN.AMIN.


Comel bukan? Terima kasih...rindu pada mereka. Siti Zaharah dan sahabat seperjuangan. Teruskan belajar , adik pandai menari :)

Syukur dapat bertemu dengan kaum orang asli, iaitu kaum Mah Meri, antara 18 kaum orang asli yang masih terdapat diMalaysia. Menarik. Mostly masih dilingkupi dengan ANIMISME. Sedih. Tapi itu hakikatnya. Kita masih kurang golongan cintakan ISLAM untuk kesana. Alhamdulillah ramai golongan pendakwah kita kesana. Tapi sepanjang saya kesana, iaitu pada 22 MEI DAN 23 MEI 2010…saya masih belum terjumpa rumah yang muslim atau saya tidak perasaan.
Boleh dikatakan, setiap rumah kami pergi. Kami meng’interview’ mereka berdasar

kan questionnaire yang saya sediakan dan memberi container untuk meminta stool sample pada esk harinya. Siapa bagi? KAMI bagi duit.hoho. As sagu hati. Emm, kalau tidak,mencabar juga. Mereka ada culture belief sikit, pada mereka, tinja mengandungi penyakit@roh jahat. Mereka takut dan ingin buang jauh-jauh (dari journal yang saya baca) Ada yang tidak mahu melihat dengan membalut sungguh-sungguh denga tisu dan daun pandan, sebab xnak tengok! Aduhai….saya terima je lah. Syukur mereka bagi JPenting for research project saya tu :)

Beginilah, kami ke setiap rumah, buat interview tentang keluarga dan kesihatan keluarga masing-masing. "Esoknya,dalam pukul 11 pagi, kami nak datang ambil sample pakcik dan anak-anaknya ye pakcik. Nanti kami bagi sagu hati".Kata saya :)

Macam buat culaan pilihan raya pun ada juga. Lucu mengingatkan senior saya, baru lepas viva master dan nak further PHD pula (dia meme hebatJ) dia kata. “Hah, pakcik, nanti undi kami tau, parti cap payung”..hoho..dia berhajat menjadi wakil rakyat, BERJIWA RAKYAT, menyelami jiwa orang asli, kerana dia sudah banyak juga jelajah ke kg orang asli (memang 1 Malaysia. :p)atas tiket research purpose, master dia. Saya doakan untuk dia. Moga dapat bermanfaat untuk Negara dan dimudahkan urusan kebaikanya. Hemm, dia non-muslim sebenarnya, kristian. Bagus. Kita perlu ramai muslim yang berimpian sebegini. Saya tertarik. Moga dimudahkan. Ya ALLAH, dekatkan dia dengan agamaMU ya ALLAH. Dia biasa dengan ISLAM, bolehla. Dia bertanya saya, nanti nak solat jamak kan?Dah lebih dua marhalah kan? Saya,”err, ok. Betul. Pandai ye" (terkejut,pandai dia).Tapi, yang kelakarnya, kami macam jadi jentera, jentera parti cap payung pergi rumah ke rumah meinta apa?minta stool sample:) (hoho,jangan risau, fieldtrip kami tidak berkaitan atas mana-mana parti di Malaysia ye, atas nama UM jua:p gurauan kami) bersama En Saaidon juga, wakil JHEOA (jabatan yang menguruskan orang asli). Syukur, saya dapat reseacrhmates yang bagus-bagus dan baik. Saya bersama Lorainne, Stephanie, En Saaidon, Lik Chin, Abng romano menjelajah kesetiap rumah J di kg Bumbun Itu….



Ni pakcik Diaman dalam magazine. Saya suka betul. Peramah,terasa macam pakcik sendiri pula. Dia antara yang berjaya menghsilkan pelbagai ukiran patung yang dijual hingga ke luar negara (kg ni antara kawasan pelancongan) dan pernah kesana mempromsikannya. Hebat, even famous, tapi dia humble. Ya, makin berisi makin menunduk, ikutlah resmi padi not lalangs...

Saya doakan, moga makin ramai pendakwah-pendakwah kita kesana, ya,,kesana. Saya kagum dengan satu blogger,MUSAFIR SANG PENGEMBARA ,baru terjumpa hari ini, dia sudah jalankan ekspedisi dakwah, banyak kampong juga, 1 Malaysia lah…MOGA makin ramai datang untuk MENGISLAMKAN DAN MENYEBARKAN KEINDAHAN ISLAM PADA MEREKA…SHOW THEM, EDUCATE THEM THE GREATNESS OF ALLAH…ALLAHUAKBAR!!!




En Saaidon sedang berborak-borak dengan pakcik Diaman yang famous tu:) Saya just take photo...Dibelakang mereka, itulah antara hasil ukiran En Diaman, the Mah Meri Woodcarver :) Cantik bukan? Nak beli?Datang sini + niat yang baik+dakwah :)

Saya terkejut, ada yang memakain baju berlambangkan SALIB,aduhai…duhai hati, kuatlah, engkau boleh!

NAK GOLONGAN PENDAKYAH KRISTIAN DATANG DULU? NAK?

ANDA CINTAKAN ISLAM? JOM! FIKIR-FIKIR DAN LAKSANAKAN APA YANG KITA BOLEH DI KAWASAN PERDALAMAN SEPERTI INI. INSYAALLAH,NIAT YANG BAIK ALLAH PASTI MUDAHKAN!

YA CUKUPLAH ENGKAU BAGIKU, AKU YAKIN BENAR DENGANMU.

ALLAHUAKBAR,

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!!!

Saya nak pesan sedikit pada KITA semua. Mungkin ada yang terlepa atau tercuai even semua dah pandai bukan?:) Banyak saya nak stresskan untuk kita. Sekadar nasihat dari hamba ALLAH yang hina ni. Lepas balik dari fieldtrip itu, memang saya nak pesan kat kome...

-Jaga Kebersihan, basuh tangan sebelum/selepas handle with animals/soils/TOILET! Adik-adik yang kecil, lepas main tanah/pasir buat istana, jangan lupa basuh tangan time nak makan keropok ye...basuh dulu.

-Selipar?Hemm,,,ingatkan adik-adik atau sesiapa yang sudah berkahwin, ingatkan anak-anak bila balik kampung/luar rumah, pakailah selipar. Aduhai, rugi beli selipar tapi campak ke tepi. Adik-adik, jangan ye. Cacing stage larvae boleh penetrate melalui liang roma anda dan membesar menjadi CACING YANG SIHAT---nak ascaris?trchuris? dan banyak lagi makhluk ALLAH yang boleh menginap secara percuma di usus anda. Pilih sahaja...keputusan ditangan anda. Tepuk dada tanya iman...

-Untuk mak-mak dan kakak-kakak, sayur DAN ulam-ulam ke bersihkan dengan betul ya. Air, pastikan ahli keluarga minum air yang dimasak.

-Makan ubat cacing ye...kalau ada apa-apa symptoms macam cirit-birit, sakit perut, keletihan even makan dah banyak :p, ha..jom,saya jemput anda ke hospital. Tanya doktor, jangan main makan je ubat tu..pi jumpa doktor dulu. Manalah tahu....prevention is better than cure kan?...

APA YANG PENTING?KEBERSIHAN ANDA. ISLAM AS OUR LIFESTYLE.

p/s: Sebagai info anda. Lihat video tentang parasite yang biasa menghuni human as their HOME. Kata mereka, home sweethome:)

~LIVE'S GREAT WITH ISLAM ONLY~








Tuesday, June 01, 2010

PERKONGSIAN DARI UST PAHROL...ALLAHUAKBAR!SYUKRAN UST.

Belajar dari musibah- Ust Pahrol Juoi

Musibah melanda lagi. Apa yang menimpa Gaza, harusnya dirasakan oleh kita jua. Jika tidak ada apa-apa terasa di jiwa, khuatir di dalam dada itu tidak ada rasa bersaudara. Dan tidak ada rasa bersaudara… petunjuk tidak ada iman.

Bukankah iman dan persaudaraan itu saling berkaitan? Hanya dengan iman, datanglah rasa persauadaraan yang hakikit. Yakni persaudaraan yang merentasi jarak, bangsa dan rupa. Islam itu adalah syahadah yang mengatasi pertalian darah.

Siapapun akan menangis, melihat Gaza menangis. Dari jauh kita himpunkan doa. Dari dekat, kita menyatakan sikap. Di celah dinihari, moga ramai yang tahajud dan solat untuk umat Islam di Palestin.

Giliran mereka diuji, mengingatkan kita bahawa hari kita juga pasti datang. Dimulai dengan penjajahan fikiran dan perasaan melalui hedonisme, sekularisme dan materialisme… akhirnya peluru api dan besi para tirani akan merobek batasan geografi dan watan kita. Ketika kita menangisi Gaza, tangisilah jua nasib umat kita di sini. Umat yang kian leka, lalai dan lupa… padahal rantai-rantai pemikiran sudah diikat di tengkok kita, dan jiwa kita sudah mula dikunci, hanya menanti masa sahaja iman dan Islam kita bakal disembelih!

Untuk sahabat-sahabatku di Gaza, ku rakamkan tulisan ini sebagai titisan prihatinku untuk nasib kalian (nasib kita jua). Hanya satu pesanku, untuk mu dan untuk ku… BELAJARLAH DARI MUSIBAH!

Selaku umat Islam yang wajib meyakini kasih sayang Allah sentiasa melindungi kehidupan kita. Kalimah “Bismillahir Rahman nir Rahim” – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang – sentiasa menjadi sebutan kita. Namun ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Sudah sirnakah kasih-sayangNya?

Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan. Istilah buruk, hanya ada dalam rumus pemikiran manusia. Manakala di sisi Allah, segalanya punya maksud baik walaupun kekadang pada zahirnya tidak begitu. Kelihatannya sangat pahit, tetapi ia manis dan indah. Hanya apabila hikmahnya dapat dicungkil, insya-Allah.

Mengetahui dan merasai hikmah sesuatu musibah akan dapat meringankan beban perasaan dan menjawab banyak tanda tanya dalam jiwa terhadap perkara-perkara yang tidak selari dengan kehendak kita. Ia adalah syarat bahagia dan ketenangan jiwa. Apa pun, hanya mereka yang sempurna akal dan penelitiannya sahaja yang dapat menjangkau hikmah yang tersirat di sebalik cubaan dan bala yang menimpa.

Justeru seorang ahli hikmah, Ibn Ataillah Askandari pernah berkata, “Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.” Tegasnya, apa jua takdir Allah pasti bermaksud baik walaupun kelihatannya pahit. Beliau berkata lagi, “Bila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati, dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh, akal yang pendek.”

Untuk mencari hikmah sesuatu musibah kita mesti meyakini terlebih dahulu bahawa musibah adalah sebahagian ujian yang pasti menimpa manusia. Ujian adalah satu sunnatullah (peraturan Allah) yang tidak ada siapa pun dapat menghindarkannya kerana hidup ini hakikatnya adalah satu ujian. Bila sanggup hidup, mesti sanggup diuji. Firman Allah s.w.t.:
“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)

Apa itu musibah? Secara ringkasnya musibah ditakrifkan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia berupa kematian, kesakitan, kemiskinan, ketakutan, kegagalan, kesedihan dan lain-lain. Jadi, Allah pasti menguji kita dengan sesuatu yang tidak kita sukai (musibah). Kita tidak sukakan kematian, tetapi siapa yang boleh mengelak daripada mati? Kita benci kesakitan, tetapi itulah adalah lumrah hidup. Lalu hati kita bertanya lagi, mengapa Allah datangkan semua itu? Apa perlunya musibah?

Musibah ditakdirkan adalah untuk menyerlahkan nilai diri kita di sisi Allah. Terutamanya Allah hendak menilai (walaupun hakikatnya Allah maha Mengetahui) sejauh mana hati kita. Sesungguhnya, Allah menilai hati kita dan amalan kita. Sabda rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa kamu tetapi Allah melihat hati dan amalan kamu.”

Dengan ujian sakit, barulah diketahui tahap kesabaran dalam hati kita. Bila diuji dengan peperangan, baru terserlah tahap keberanian kita. Khususnya bagi orang yang beriman, ujian didatangkan untuk menilai dan mengukur semula sejauh mana keimanan kita kepada Allah. Oleh itu iman dan ujian saling berkaitan. Lebih tinggi tahap keimanan seseorang semakin berat ujian yang diterimanya.

Apa¬bila diuji barulah diketahui apakah hati itu telah yakin (beriman) ataupun masih ragu-ragu. Firman Allah s.w.t.:
“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

Namun begitu, perlu diketahui bahawa Allah menguji orang Islam atas se¬bab-sebab yang berbeza yakni mengikut tahap hubungan mereka dengan ALLAH. Berdasarkan sebab-sebab itulah letaknya kemuliaan atau kehinaan seseorang manusia. Ujian yang berlaku kepada manusia sama ada memuliakannya atau menghinakannya.

Musibah menimpa semua manusia – tidak kira sama ada yang baik atau yang jahat. Cuma bagaimana keadaan seseorang semasa dia ditimpa musibah dan bagaimana dia menghadapi musibah itu menentukan darjatnya di sisi Allah. Benarlah seperti yang selalu diungkap“… it’s not what happens to you, but it’s what you do about it.”
Bukan kerana apa yang berlaku kepada kita yang penting, tetapi apa yang kita lakukan terhadapnya. Jadi amat berbeza sekali apa yang dilakukan oleh orang yang akrab dengan Allah berbanding dengan orang yang jauh daripada Allah walaupun musibah yang menimpa mereka sama. Ya, kita tidak boleh mengelakkan diri daripada musibah tetapi kita mampu mengubah musibah itu menjadi satu kebaikan sekiranya kita dapat merasai hikmahnya dan bertindak selaras dengan hikmah tersebut.

Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah (walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri orang yang menerimanya dan bagaimana mereka bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

1. Kifarah.

Yakni musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu. Maka musibah itu diturunkan sebagai “tebusan” untuk meng¬hapus¬kan dosa dan ketelanjuran itu. Ertinya, Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas di akhirat. Ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.
Ringkasnya, kifarah adalah ujian untuk “orang baik yang terbuat jahat”. Dengan ujian itu, “orang baik” tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar.” (Surah al-Zukhruf, 43: 48)

Firman Allah swt:
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” Al A’raf 168

2. Bala.

Yakni ujian ke atas orang jahat yang sedang melakukan kejahatan. Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman di dunia sebelum dihukum lebih berat di akhirat. Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kepedihan dan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka. Orang yang begini akan diseksa dua kali, pertama di dunia, kedua di akhirat.

Ringkas¬nya, bala ialah bentuk ujian ke atas “orang jahat yang buat jahat”. Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir, Fir’aun yang ditenggelamkan di Laut Merah, Namrud yang dibunuh nyamuk, Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum merasai pula seksa di akhirat.

Firman Allah s.w.t.:
“Dan jika mereka berpaling, nescaya Allah akan meng¬azab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat.”
(Surah al-Tawbah, 9: 74)

Firman Allah lagi:
“maka masing-masing (mereka itu) Kami seksa disebabkan dosanya, maka di antara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu krikil dan ada antara mereka yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan di antara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.” Al Ankabut: 40

3. Ibtila’

Yakni musibah ke atas orang baik ketika melakukan ke¬baikan. Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat. Justeru dengan ibtila’ hamba itu akan mendapat pahala berganda dan ditinggikan darjatnya di sisi Allah. Dengan musibah, orang yang soleh ini akan mendapat pahala syahid, pahala sabar, pahala redha, pahala qanaah, pahala pemaaf, sangka baik dan sebagainya.

Justeru jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Allah? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi (Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Isa) – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung musibah.

Ringkas¬nya, ibtila’ ialah ujian ke atas “orang baik yang buat baik”. Golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solehin ialah mereka yang sentiasa diuji dalam bentuk ibtila’ ini khususnya ketika mereka berjuang menegakkan kebenaran. Untuk mengambil ibrah dan hikmah daripada sikap mereka ini Allah s.w.t. telah mengingatkan kita menerusi firman-Nya:
“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebalik ujian itu. Bila menerima musibah tidak sekalipun mereka tidak mengeluh atau mengadih, “kenapa aku yang kena?” sebaliknya mereka akan berkata, “aku telah terpilih.” Maksudnya, terpilih untuk ditinggikan darjat di sisi Allah dan terpilih untuk mendapat pahala yang besar berganda.

Untuk orang yang sabar Allah menjanjikan bahawa orang yang sabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab.
Bagi mereka yang syahid pula, Rasulullah saw telah bersabda:
“Akan diampuni bagi orang yang mati syahid setiap dosanya kecuali hutang.” (HR Muslim).

Atas dasar itulah sebahagian ulama salaf berkata:
“Andaikan tidak ada musibah di dunia, tentu kita datang pada hari kiamat tanpa membawa pahala.”
Bagaimana pula nasib orang yang derhaka ketika mereka ditimpa musibah? Apakah Allah tidak sayangkan mereka? Jangan tersilap, malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan Allah adalah untuk kebaikan.

Jika orang baik mendapat peningkatan darjat bila menerima musibah, maka orang yang berdosa pula mendapat satu pengampunan dengan musibah (kafarah) yang diterimanya. Rasulullah saw bersabada:
“Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah tertusuk duri atau lebih dari itu, kecuali dengannya Allah akan menghapuskan sebagaian dosanya.” (HR Bukhari dan Muslim.)

Tanpa menuding jari kepada sesiapa maka kita harus bermuhasabah terhadap diri sendiri, ketika ditimpa musibah kita di golongan yang mana? Golongan yang diuji secara ibtila’, kafarah atau bala? Paling tidak tidaknya, biarlah kita diuji secara kafarah, yang dengannya kita akan menyegerakan taubat kepada Allah. Tagihlah janji Allah ini:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, maka Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan-kesalahanmu.” Syura: 30

Itulah antara hikmah terbesar di sebaliknya datangnya musibah. Yang dapat dimanfaatkan bukan sahaja oleh hamba Allah yang taat, tetapi juga hamba yang menderhakai-Nya. Maka daripada dimensi pemikiran inilah kita harus melihat apa di sebalik musibah demi musibah yang menimpa umat Islam kini.

Umat Islam telah dibunuh, dijajah, dirogol, ditimpa pelbagai bencana alam seperti tsunami, banjir besar dan lain-lain. Musibah ini dideritai oleh semua umat, tidak kira yang derhaka atau yang taat menepati apa yang telah ditegaskan Allah menerusi firman-Nya:
“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketauilah Allah amat keras seksaan-Nya.” Al Anfal 25

Semua musibah itu hakikatnya untuk mengingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah – beriman dan menegakkan hukum-hakam-Nya dalam seluruh aspek kehidupan. Firman Allah:
“Dan sesungguhnya kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat yang sebelum kamu, kemudian Kami seksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan supaya mereka memohon kepada Allah dengan tunduk merendah diri.” Al An’am 42.

Malangnya, sebahagian besar umat Islam masih berdegil. Justeru, tidak mustahil Allah akan terus “membersihkan” bumi Afghanistan, Iraq, Khasmir dan Palestin daripada terus dihuni oleh insan-insan derhaka melalui musibah sama ada yang berbentuk iblita’, kafarah atau bala. Kematian, kehancuran dan penjajahan akan terus berlaku. Insya-Allah setelah dunia Islam “dibedah” dan orang-orang jahat yang umpama “barah” yang menanah itu dikeluarkan, maka barulah muncul generasi yang lebih bersih, kuat dan ber¬iman.

Dan hanya pada ketika itu dua golongan umat Islam – pertama mereka yang diuji secara ibtila’ dan kedua, mereka yang kembali bertaubat bila diuji secara kafarah, akan mendapat bantuan Allah untuk menggerakkan satu kebangkitan baru Islam yang lebih kuat dan bertenaga.

Akhirnya, perlulah diketahui bahawa rahsia kejayaan para rasul dalam misi perjuangan mereka ialah kerana mereka sentiasa mendapat bantuan daripada Allah. Untuk itu mereka berusaha melalui dua dimensi. Pertama, dimensi lahiriah yakni dengan memerah tenaga, fikiran dan menyediakan kekuatan material dan fizikal. Kedua, dimensi rohaniah yakni dengan melakukan amalan taat dan meninggalkan maksiat. Hasilnya, mereka dapat mengalahkan musuh yang lebih ramai, kuat, dan kaya daripada mereka.

Firman Allah s.w.t.:

“Berapa banyakgolongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.”

Musibah yang berlaku ke atas umat Islam di serata dunia sesungguhnya membawa hikmah yang besar apabila dilihat dengan mata hati. Pada zahirnya, negatif tetapi secara tersirat ia membawa seribu satu hikmah dan pengajaran. Dalam apa jua keadaan, susah mahupun senang, orang yang beriman akan mendapat kebaikan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:
“Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Ya, yang penting dalam musibah yang menimpa umat Islam kini ialah bagaimana kita bangun kembali setelah diuji. Kata bijak pandai: “It is not how low you fall but how high you bounce back!” Tegasnya, musibah-musibah yang datang bertubi-tubi ke atas umat Islam kini ialah untuk menyerlahkan siapakah di antara kita umat Islam sebenar dan siapa pula umat Islam yang menyamar?

Hanya umat Islam yang benar-benar berpegang dan mengamalkan kebenaran sahaja akan diberi kemenangan dalam menghadapi musuh-musuhnya. Musibah adalah kaedah Allah untuk menyerlahkan siapa yang benar itu. Mereka yang memohon keampunan lalu diberikan keampunan dan dibebaskan daripada kesempitan. Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah akan membebaskannya dari kesedihan, dan memberi jalan keluar bagi kesempitannya dan akan memberi brezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.” HR Abu Daud

ust pahrol

Thursday, May 27, 2010

GERAKAN MEMBANTAH JUDI


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

http://www.bantahjudi.wordpress.com

YA ALLAH, TETAPKAN HATI KAMI DALAM AGAMAMU
AMIN



Thursday, May 20, 2010

'Ibadurrahman-Hamba Yang Rahman

[ana post balik, untuk peringatan bersama]

Assalamualaikum W.B.T...

JOM sama-sama MENGEMBARA MENJADI HAMBA YANG SEBENARNYA...INSYAALLAH




CIRI-CIRI PERIBADI CEMERLANG IBADURRAHMAN
-Ciri Yang ALLAH Sebutkan 1500 Tahun dahulu oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawiy

(#SILA RUJUK PADA SURAH AL-FURQAN AYAT 63-77)


Pendahuluan:

Didalam ayat ini, ALLAH S.W.T telah berfirman dan menjelaskan kepada kita tentang sifat-sifat sebenar ‘Ibadurrahman atau hamba Yang Rahman untuk dijadikan teladan untuk diikuti dan dicontohi. Apakah dia ‘Ibadurrahman? ‘Ibadurrahman adalah golongan hamba yang menghambakan diri mereka pada ALLAH semata-semata. Tetapi, terdapat juga golongan hamba yang lain seperti hamba syaitan, hamba taghut, wang dan sebagainya.

‘Ibadurrahman ini disandarkan kepada Zat ALLAH Yang Suci (Ar-Rahman) yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak untuk mendapat rahmat ALLAH dan mereka selalu berada dalam lingkungan rahmat ini dimana rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas dan bawah.

Apakah kita juga ingin termasuk golongan ‘Ibadurrahman? Apakah kita ingin menyandarkan diri pada ALLAH? Adakah kita ingin menjadi salah seorang dari mereka? Jika kita menginginkan, maka ketahuilah sifat-sifat mereka sehingga kita terdorong untuk termasuk dalam golongan sebenar-benar hamba disisi ALLAH S.W.T Pemerintah Sekalian Alam. ALLAHUAKBAR!

Tetapi, hakikatnya ia bukan terletak pada ucapan dan pengakuan sahaja kerana berapa banyak manusia yang berkata: ‘Aku termasuk dalam ‘Ibadurrahman, tetapi perilakunya mengatakan:’Engkau ‘Ibadusy-syaitan, hamba syaitan bukan ‘IBADURRAHMAN! Na’uzubillahiminzalik…


Mari kita hayati dan muhasabah bersama…

TAFSIR SURAH AL-FURQAN AYAT 63-77 SECARA RINGKAS:

1. TAWADDUK

-Sifat yang pertama ini, adalah mereka berjalan dimuka bumi dalam keadaan rendah hati. Dengan ungkapan ini, dapat kita gambarkan cara berjalan dan sifat berjalan yang semuanya mempunyai nilai disisi ALLAH. Orang yang mukmin berjalan dengan tenang, rendah-hati penuh kewibawaan sebagai orang yang mengetahui mereka berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah jua.

-Berjalan dengan rendah hati bukan bermakna kita membongkok-bongkokkan diri seperti orang sakit kerana Nabi S.A.W tidak berbuat begitu bahkan dengan cara sederhana, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Inilah cara berjalannya orang mukmin, yang mengandungi kekuatan tetapi tawaduk.

-Setiap orang, mukmin harus belajar sikap tawaduk,merendahkan diri di hadapan ALLAH, siapa yang merendahkan diri kepadaNYA, ALLAH akan meninggikannya dimana dia merasa hina dimatanya, tetapi mulia dimata manusia dan sebaliknya. Tawaduk nampak dalam cara berjalan, jika wanita muslimah, dia berjalan dengan malu-malu seperti puteri Nabi Syuaib a.s bertemu Nabi Musa a.s (Al-Qasas: 25) dan seperti penjelasan ALLAH tentang cara muslimah berjalan. ( An-Nur:31)

2. MURAH HATI

-Sifat yang kedua, ialah menerangkan keadaan kita semasa bergaul dengan orang yang jahil (bukan tiada ilmu tetapi orang yang buruk akhlaknya). Keadaan ‘Ibadurrahman yang mengucapkan kata yang baik berupa bebas dari perkataan dosa, celaan dan akibat yang kurang baik bererti salam sejahtera, dan tidak membalas dengan kata-kata tidak elok walaupun berkemampuan untuk membalas apabila orang jahil menyapa mereka (berkata kata-kata tidak elok pada kita) dan tidak marah kerana ‘Ibadurrahman tidak marah melainkan marah kerana menegakkan hukum ALLAH, marah membela kebenaran akidah, syariat dan maruah umat bukan diri sendiri dan dunia.

-Seorang ‘Ibadurrahman tidak mempedulikan kata-kata kesat orang yang jahil dengan tidak membalasnya kerana jika dia melayannya, tentu dia tidak boleh istiqamah dalam kehidupannya, tidak tenang dan sibuk dan membuang masa dengan kebatilan. Sebaliknya dia lebih suka melapangkan dadanya dan berkata benar dan lidahnya tidak dibasahkan dengan gurauan tetapi dengan berzikir pada ALLAH, baca AQ, bertahmid dan sibuk dengan urusan yang lebih besar, sibuk dengan urusan agamanya, urusan umatnya (tidak sibuk membela dirinya).

-Anas Ibn Malik pernah ditanya tentang ayat ini, dia berkata:” Maksudnya,adalah seseorang yang apabila ada saudaranya mencaci dirinya, dia berkata:” Jika apa yang kau katakan ini benar, moga ALLAH mengampuni kesalahanku, jika dusta, moga ALLAH mengampuni kesalahanmu”. Dengan cara ini,api kemarahan akan padam.

3. MENDIRIKAN SOLAT MALAM

-Sifat yang ketiga, seterusnya, ketika manusia lain enak diselimuti mimpi atau berjaga malam sambil melakukan sesuatu menurut hawa nafsu, pada saat itulah mereka bersama RABB dengan bangun dan sujud padaNYA. Mereka berada diantara berdiri dan sujud, berdiri membaca kitab ALLAH, kalam ALLAH dan berlindung padaNYA dari api neraka. Mereka bukan mencari keredhaan manusia, tidak mencari nama, tetapi semata-mata kerana ALLAH iaitu berharap dan takut, ertinya mengharapkan pahala disisiNYA, dan takut akan seksa dariNYA meskipun ada tempat tidur yang empuk dan lembut.

-Mereka jarang berada ditempat tidur, sedikit tidur dan diakhir malam mereka memohon ampunan diatas keterbasan amalan, mengingati mati dikala pelbagai ragam manusia yang berjaga malam tanpa apa-apa manfaat atau tidur nyenyak hingga pagi. Ada orang yang menganggap tidur yang terlalu lama itu merugikan kerana selepas jasad ditidurkan diliang lahad, dia akan menghadapi perjalanan yang lama dan abadi. Thawus pernah berkata: “Mengingati neraka jahannam boleh menghapuskan rasa mengantuk dari mata para ahli ibadah.”

-Tuntutan yang paling sederhana adalah dari dirimu ialah melaksanakan fardhu. Tetapi ALLAH menyifatkan ‘Ibadurrahman bahawa mereka orang-orang sujud dan solat kepada RABB tidak menyifatkan mereka sebagai orang yang hanya memelihara solat fardhu. Memang memelihara solat fardhu suatu tingkatan. Tetapi tingkatan amalan ‘Ibadurrahman adalah lebih tinggi lagi.

4. TAKUT NERAKA

-Sifat yang keempat, seterusnya, lalu apa yang mendorong mereka melakukan hal diatas? Tiada lain adalah takut dan berharap. Mereka takut kepada ALLAH, ingat kepada akhirat seakan kehidupan akhirat dan neraka terpampang dihadapan mereka, tidak lupa pada urusan mereka yang pertama, bahawa mereka dalam perjalanan kepada ALLAH. Meskipun mereka hidup, tetapi tidak kekal, mereka pasti mati dan menuju ke kampung abadi. Boleh ke syurga atau neraka.

-Setelah kematian, mereka akan dibangkitkan, kemudian dihisab, setelah itu, kita tidak tahu kita menerima kitab dari tangan kiri atau kanan?kemana hala tuju pun kita tidak tahu sama ada syurga atau neraka? Tetapi kenapa kita masih lebih banyak ketawa?Maka tidak hairanlah ‘Ibadurrahman disifatkan ALLAH seperti firmanNYA: “Wahai tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya menggerikan.” Seolah-olah neraka Jahannam dihadapan mereka (Al-Furqan: 65). Wahai muslimin muslimat, takutlah api neraka ( At-Tahrim: 6).

5. SEDERHANA DALAM MEMBELANJAKAN HARTA

-Keadaan ‘Ibadurrahman tidak semestinya tidak berharta, dan ada kalanya dikalangan golongan kaya. Mereka bukan rahib atau pendeta,tetapi mereka diperintah tidak terbuai oleh harta kerana harta merupakan nikmat yang harus disyukuri dan juga merupakan pinjaman dari ALLAH, hanya diberi kepercayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil ALLAH untuk mengembangkannya. Jadi, harta harus dibelanjakan pada kedudukan yang dibenarkan syariat, tidak kedekut dan tidak berlebihan kerana akhlak Islam adalah bersederhana dan jalan tengah. Rujuk firman ALLAH pada surah Israa’: 26-29)

6. BERTAUHID

-‘Ibadurrahman mempunyai tauhid yang hakiki dimana bagi mereka hanya ALLAH S.W.T tanpa mempersekutukannya dengan tandingan-tandingan lain. Dia tidak takut pada sesuatu, tidak berharap, tidak memohon pertolongan pun melainkan ALLAH S.W.T bahkan kematian pun tidak ditakutinya kerana dia tahu setelah kematian ada kehidupan disana begitu juga pada rezeki, kerana dia tahu dan ajal sudah ditentukan. Begitulah tauhid ‘Ibadurrahman yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman jiwa kerana tauhid adalah pembebasan jiwa, bukan ketundukan selain dari ALLAH.

-Tauhid yang hakiki membuatkan orang muslim menjadi peribadi yang kuat berdiri disisi kebenaran, membelanya, berjuang dengan jiwa dan hartanya kerana ALLAH S.W.T. Dengan cara ini kebangkitan akan terwujud , risalah Islam menjadi kuat dan ummat menjadi unggul.

7. MENJAUHI PEMBUNUHAN DAN MENGHORMATI KEHIDUPAN

-‘Ibadurrahman, mereka menyembah ALLAH semata-mata, menjaga tujuan utama risalah ALLAH kepada makhluknya, iaitu akidah atau iman atau tauhid. Risalah ini bukan sahaja untuk menjaga agama dan akidah semata-mata, tetapi juga menjaga darah dan jiwa, kehormatan dan kesucian, akal dan keturunan dan harta benda. Islam begitu menghormati jiwa manusia. Bahkan Islam tidak membenarkan memusnahkan hidup sendiri. Dirinya adalah milik ALLAH. Orang muslim tidak wajar terburu-buru melepaskan diri dari kesulitan dengan cara membunuh diri. Muslim dianjurkan untuk bersabar dan redha menghadapi ketetapanNYA dan berharap kepada ALLAH dibebaskan dari masalah itu (Yusuf:87) kerana tentu ada kemudahan menghadapi kesulitan.

8. MENJAUHI ZINA

-‘Ibadurrahman, mereka tidak berzina dan tidak melakukan dosa besar yang diharamkan ALLAH (Al-Israa: 32). Islam amat melarang setiap jejak yang menghubungkan atau mendekatkan kepada zina seperti berdua-duaan dengan yang bukan mahram dsb kerana Islam menjaga kehormatan dan keturunan dan bertindak membersihkan dari lingkungan kekejian agar pemuda pemudi Islam terjaga kehormatannya seperti firman ALLAH pada surah An-Nuur: 30-31. Kita juga diperintahkan agar menjaga kesucian diri dan menjauh dari hal-hal yang hina hingga ada kemampuan untuk berkahwin secara rasmi dan halal. Siapa yang menjaga kesuciannya, nescaya ALLAH akan menjaganya, dan siapa yang berusaha sabar, nescaya ALLAH akan menolongnya sabar. Hikmahnya, kerana hendak melindungi individu, keluarga dan masyarakat sehingga tercipta masyarakat yang suci dan bersih tanpa menjadi hamba nafsu shahwat .

9. TAUBAT NASUHA

-Tiada tertutupnya pintu taubat bagi hamba-hambaNYA yang melakukan dosa dan kemungkaran kerana itu merupakan rahmat ALLAH S.W.T bagi hamba-hambaNYA kerana ALLAH mengetahui kelemahan mereka yang sering dikuasai nafsu, syaitan, Maha Mengetahui hamba-hambaNYA yang diciptakan dengan penuh kelemahan. Allahlah yang menciptakan manusia dalam keadaan begitu kerana Dia ingin menerima taubat hambaNYA. Sepertimana asma’Nya, ALLAH Maha Penerima Taubat dan Maha Mengampuni dan Memaafkan.

-Apa itu taubat nasuha, sebenar-benar taubat?Nasuha bererti terepas dari kepura-puraan dan taubat nasuha tidak seperti taubat pendusta yang hanya dilidah, tapi hatinya masih ingin mengerjakannya. Ada rukun-rukunnya: 1)Penyesalan, sifat-sifat orang yang bertaubat seperti firman ALLAH dalam surah Taubah: 118. 2)Hasrat untuk tidak mengulangi. 3)Memutuskan secara langsung dengan dosa yang pernah dilakukan.

-Setiap muslim dituntut untuk bertaubat kerana siapa yang boleh mendakwa dirinya bebas dari dosa? Setiap orang pasti memiliki keterbatasan dalam memenuhi hak ALLAH dan hak orang lain kerana itu, kita harus sentiasa bertaubat memohon keampunanNYA nescaya DIA tidak menolak kehadiran kita dan tidak menangguhkannya atau berangan-angan kerana kematian akan datang begitu tiba-tiba sebab kebanyakan penghuni neraka ialah mereka yang berangan-angan dengan berkata,” Aku akan bertaubat dan…..”Padahal ucapannya termasuk golongan iblis. Jadi, ‘Ibadurrahman harus menjadi orang-orang yang bertaubat dan tunduk pada ALLAH S.W.T.

10. TIDAK BERSUMPAH PALSU DAN MENINGGALKAN PERBUATAN TIDAK BERMANFAAT

-Ibadurrahman, tidak mahu memberikan kesaksian palsu. Mereka adalah orang-orang yang memberikan kesaksian yang benar, meskipun kesaksian itu memberatkan dirinya, anak, keluarga atau kerabatnya. Hubungan yang jauh dan permusuhan dengan musuh tidak menghalanginya untuk memberikan kesaksian yang benar.(Al-Maa’idah: 8, Al-An’aam: 152). Jika diminta menjadi saksi, lalu mereka mengatakan menurut pengetahuannya tanpa sebarang penipuan dan tidak enggan untuk menjadi saksi (Al-Baqarah: 282).

-‘Ibadurrahman juga menghindarkan dirinya majlis yang diwarnai keburukan, agar dia tidak terkena bara api yang menimpa orang yang melakukannya dan keburukan lain (mengumpat dsb) yang memakan kebaikan. Jika kita duduk ditempat itu, kita sama mendorong orang melakukannya seperti firman ALLAH dalam surah An-Nisaa’ ayat 140 yang mengatakan individu itu sama seperti orang-orang kafir hanya kerana dia duduk bersama dan mendengarkan perkataan mereka yang menentang ayat-ayat ALLAH.

11. MENYELAMI AYAT-AYAT ALLAH

-Inilah sifat ‘Ibadurrahman yang menyatukan bersama ayat-ayat ALLAH, yang membuka hati, kata dan telinganya. Tidak menanggapi ayat-ayat itu layaknnya seperti orang buta dan tuli tapi mempunyai telinga yang mendengar, mata yang melihat dan hati yang memperhatikan. Al-Quran ini dapat menambah keimanan orang-orang mukmin (Al-Anfaal:2) dan menambahkan kekafiran orang kafir yang mendengarkannya (At-Taubah:124-125). Orang mukmin harus membuka hatinya dan mengoyak tabir kelalaian, syahwat dan takbur dari hatinya. Tabir-tabir inilah yang menghalang pemahaman Al-Quran. Al-Quran tidak cukup hanya dihafal, tetapi mestilah beramal dengan Al-Quran dan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai contoh tauladan dalam hal ini tanpa diabaikan pengamalan dan kandungannya diremehkan kerana Alllah akan menanyai kita tentang Al-Quran ini.

12. MEMOHON KEBAIKAN BAGI ISTERI DAN KELUARGA

-Golongan ‘Ibadurrahman sentiasa memanjatkan doa sebegini memohon kepada ALLAH agar dikurniakan keturunan yang menyenangkan hati, yang memenuhi hak ALLAH dan hak kedua-duaibu bapa. Melalui doa yang dipanjatkan, mereka ingin membuat kebaikan, memiliki kedudukan terhormat dalam masalah kebaikan dan mahu jadi teladan yang baik. Maka tidak ada salahnya orang mukmin memohon dijadikan pemimpin dalam kebaikan dan bagi orang-orang yang baik.

“SEMOGA KITA SAMA-SAMA USAHA DAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN ‘IBADURRAHMAN"

AMIN