Friday, February 26, 2010

Dia Dah Datang ^^,

BROMC'09

cari apa? sedang mencari cintaNYA ^^, dimana-mana....air terjun?silakan...

Alhamdulillah...mari bertanya...orang bertanya...sangat hebat! Setuju?
(sesi bertanya dalam slot brother shah kirit.maybe^^)


Indahnya persahabatan bersulamkan cintaNYA...insyaALLAH^^
moga hingga ke syurga.amin
(subhanallah..indah sungguh di kawasan air terjun.)


Muslimat POWER!!!
(kumpulan pertama tiba didepan saya...hebat dan bersemangat ^^)


Menarik bukan=p
Inilah PEMUDA-PEMUDA yang kita nak lahirkan..Bersemangat untuk bejuang!
Jom!
(ketika aktiviti senaman)




Ketua (baju kuning) di tempat tu (xingat nama En. tu. Sangat kelakar)...sedang memberi arahan untuk explorace...
Alhamdulillah...

.............................................................................................................................



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Assalamualaikum W.B.T

"Semanis Ukhuwah Sekencang Dakwah"

Tibalah masanya...




Brotherhood of Muslim Camping 2010 kali ke-2
Tarikh : 5 Februari 2010 - 7 Februari 2010
Tempat :Janda Baik , Pahang
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil


1.Menanam keyakinan dan kepercayaan kepada diri pelajar
2.Membimbing mahasiswa menyedari potensi diri
dan menggunakan secara mendalam
3.Memberi pengalaman,pengetahuan dan
kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan diri
4.Menguatkan ikatan silaturrahim sesama
mahasiswa Universiti Malaya dan mewujudkan suasana harmonis

PENYERTAAN ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA (LELAKI & PEREMPUAN) TERMASUKLAH KEPADA PELAJAR SELURUH UNIVERSITI DI MALAYSIA


...............................


FIKIR-FIKIRKAN APA YANG BAIK UNTUK IMAN ANDA BUKAN NAFSU....

SELAMAT BERFIKIR...

SELAMAT DATANG KE BROMC-2

InsyaALLAH baik untuk anda^^,







Friday, February 12, 2010

CUTI OK?.

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B.T

Di atas ni, ada gambar adik usrah saya. Jadi ketua pula tu. Comel orangnya. Nama dia? Rahsia. Nak tahu kat mana tu, tu semasa program BROMC'09 1 anjuran PMIUM di Kem Seri Raudah, Gombak. Subhanallah, menarik sungguh tempatnya. Alhamdulillah, ALLAH beri peluang saya jadi fc. Satu pengalaman yang bermakna untuk melatih berjiwa dai'e., insyaALLAH. Emm, melatih juga jiwa ini supaya lebih berani.(berani ke?=p InsyaALLAH)


Kartun bawah ni, bukanlah saya lukis, copy sahaja. Tapi, message yang baik. Jom baca...

Oops.. Happy Chinese New Year...tiger kan? Selamat bercuti...

sila klik image ye.InsyaALLAH lagi clear=p


Alhamdulillah...cuti dah datang lagi la...eh,tak seronok ke yeop?=p (saya cuba berbahasa perak, walaupun hanya penduduk 'celup' sahaja. Tapi, berbangga dengan Perak. Selamat tinggal tempat lahir saya, Kuala Lumpur.Bye^^)

(^^,)v

Apa perancangan? Jangan merancang nak "menghabiskan beras di rumah" pula ya...

Fikir punya fikir, macam-macam juga boleh dibuat...
Apa dia?Ooh, buat assignment, tolong ayah cuci kereta dan yang anak dara tu, tolong-tolong lah mak di dapur ya dan kemas-kemas rumah. Dah lama tak tengok rumah kan? Rindunya pada mak ayah hanya ALLAH sahaja yang tahu. Jangan malas-malas ya. InsyaALLAH pandai nanti.(ambil berkat dari mak. Pesanan penaja untuk sahabat muslimatku=p)

Tapi kan, dikala kesibukan itu, jangan lupa tengok diri kita, tengok apa? Muhasabah balik cara kita beribadah atau 'berkhidmat' pada Tuhan kita Yang Esa. Tengok apa kita dah buat selama ini... apa kata kita cuba betulkan balik sendi-sendi ibadah kita yang kadang-kadang lenguh dek kesibukan ke kelas, ke meting persatuan ke, dsb. Ya, kadang-kadang kita terlupa. Terlupa apa agaknya?

Pengalaman mengajar bagaimana kita untuk perbaiki ibadah kita. Sedih bila memikirkan. Seharian kita ke kuliah, tapi bila ada masa untuk solat dhuha, kita tertinggal, sedangkan sempat ja sebelum kelas seterusnya. Apa lagi? ok, kita tengok, bila agaknya kita baca AL-Quran? Ok tak? Sempat 1 muka sehari (at least)?

Boleh, kita boleh. Jangan risau, tak mustahil kita boleh amalkan seperti yang ALLAH suruh. Apa-apa pun, terletak pada jiwa kita, mahu ke tak mahu? Apa kata anda? Apa kata nafsu anda? Apa kata hati kita?


Terasa nak berkongsi (em,itulah serba sedikit tujuan menghasilkan blog, jiwa yang ingin memberi. Alhamdulillah. Moga dapat istiqamah ya walaupun sedikit.

Ingin berkongsi manual tarbiyah yang mudah diamalkan. Saya pun masih berusaha. Tidak mengapa, sama-sama berusaha, InsyaALLAH dalam perkaran kebaikan Allah pasti mudahkan kita
^^,

  1. Qiayamullail...cubalah dulu at least 1x seminggu ^^,
  2. Puasa sunat isnin khamis...chaiyo'2 ^^,
  3. Solat sunat rawatib...boleh,kita boleh(takkan 'Malaysia' je boleh=p)^^,
  4. Sunat sunat dhuha..ha, saya dah mention tadi, cuba2 cari waktu. ADA je,kita je buat macam xde...^^
  5. Baca mathurat pagi petang...tak lama, sekejap je^^,
  6. Tadarus AQ sehari semuka beserta makna...kita boleh. Jangan malu-malu^^
  7. Zikir harian...paling mudah, lihat apa-apa, sebutlah ALLAH cantiknya bila ternampak benda cantik, Allah comelnya bila nampak apa-apa comel. Ha. kan best macam tu^^...segalanya dariNYA. InsyaALLAH, lama-lama, mulut mudah berzikir, beristighfar padaNYA...
  8. Solat wajib di awal waktu. Alamak, jangan tangguh-tangguh, bak kata pepatah arab (teringat dari sekolah dulu),'bertangguh pencuri masa'...masa yang sepatutnya kita boleh buat benda penting lain, terpaksa dihabiskan dengan kerja2 semalam. Tak ke rugi???
  9. Solat berjemaah. Ini, kat rumah, bila ayah ajak, jangan lah buat segan-segan tak nak join^^ rugi...lagi-lagi yang muslimin, digalakkan ke masjid. Akak2 disana, ingatkan sikit adik2 lelaki tu=p

Dalam seminggu cuti ni, cubalah dulu...lama-lama, kat kolej or rumah sewa, insyaALLAH kencang semuanya...^^,

Oh...dah habis manualnya...Nak lagi? Wah, bagusnya...tidak mengapa, kita mula sikit-sikit, istiqamah mana mampu ye. ALLAH tidak pernah suruh something yang hambaNYA tak mampu. Sememangnya DIA pencipta kita, mestilah tahu^^

Seterusnya...ingat slogan best ni:

"SEMANIS UKHUWAH SEKENCANG DAKWAH"
(apa ni? Ha, nantikan seterusnya...benda menarik ni^^,)





Sunday, February 07, 2010

Bagaimana Bidadarimu?

Bismillahirrahmanirrahim,











“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yangsyadaqah.”


Wanita Ananah:

Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti;
“Aku membuat itu keranamu”

Wanita
Hananah:


Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita
Hadaqah:


Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah:

1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita
Syadaqah:


Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha dan lagi membisingkan
.

Saturday, February 06, 2010

Wahai jiwa yang lemah.Kenapa?Sudah hebatkah?



“Macam mana cuti? Best?”

“Best..!!”, jawab dua anak kecilku itu, girang. Hampir seminggu kelas iqra’ kami sepi.

"Mama bawa pegi mana?”

"Pegi Kota (Kota Belud) dan KK (Kota Kinabalu)”, jawab si adik yang baru menginjak usia 7 tahun.

"Waaahh!!”, sengaja kutunjukkan wajah teruja merai jawapan yang diberikan.

"Mama ajak jalan-jalan kat KK yer?”

"Iyaa… Kami pegi panggung”, jawab si abang yang berusia 12 tahun. "

Pegi panggung? Tengok wayang?”, cheh! Soalan… Takkan orang pegi panggung beli ikan pula. Tapi tengah bercakap dengan anak kecil kan memang kena macam tu.

“Iya… Tengok Dragon Ball Evolution”, jawab si abang lagi sedang adik di sisinya sekadar menambah dengan wajah ceria.

Terserlah keseronokan mereka mengenang kembali pengalaman menonton wayang. Aku tak pasti itu kali ke berapa mereka diajak oleh si ibu menonton wayang. Kecil-kecil lagi dah merasa tengok wayang kat panggung. Aku yang dah besar ni pun cuma merasa kali pertama injak kaki kat panggung wayang lepas dah masuk 20an. Itu pun cuma sekali selepas puas dipujuk kakak senior kat kampus dulu, pertama dan terakhir insyaAllah.

“Waahh!! Dah ada cerita filem rupanya kartun tu”, balasku yang memang dah lama tak mengikuti perkembangan cerita animasi kegemaranku zaman hingusan dulu. Raut wajah Goku yang comel tu masih jelas lagi dalam ingatan. Rupanya dah ada versi real, macam mana agaknya muka Goku versi real tu

“Ok la… Nanti kita sambung cerita Dragon Ball. Sekarang kita sambung kelas kita. Dah lama cuti, kan? Masih ingat lagi yang kita dah belajar?”, soalku pada dua anak kecil di hadapanku.


"Ingat…”, jawab mereka serentak. Dan dengan memulakan kelas dengan amalan lazim kami, surah alFatihah, kelas kami pun bermula.

Memang sedikit mencabar mengajar mereka, terutama si adik yang lebih banyak main. Nasiblah si abang banyak membantu dengan menenangkan sendiri adiknya. Satu yang cukup menarik perhatianku dan agak lucu juga adalah ketika si abang mengurut-urut belakang si adik sambil berkata, ’Sudahla… Sudahla…’, lembut dicelahi tawa kecil.

Dalam usahanya meminta si adik berhenti ketawa dia pun berusaha untuk menyahkan jauh-jauh tawa yang berjangkit dari si adik. Dan yang paling lucu bila dia menyambung dengan kalimat, "Keluar..! Keluar…!", menghalau syaitan yang mencucuk si adik lagaknya.'Syuh! Syuh!!', tambahku.

"Ok, apa pula yang kita nak citer malam ni?”, tanyaku meminta idea dari mereka sebaik kuakhiri pengajaran iqra’. Lazimnya aku akan menutup kelas dengan sedikit cerita sebagai tazkirah buat kedua anak kecil itu, termasuk juga utk diriku. Keduanya saling berpandangan.

"Dragon Ball Evolution”, jawab si abang. Memang kuat sungguh rupanya penangan filem tu.

“Ermm… Menarik. Apa yang kita boleh belajar dari cerita tu?”

"Nilai dan pengajaran”, jawab si abang menunjukkan kematangannya berfikir. "

"Bagus… Pandai… Pasti ada nilai dan pengajaran, kan?”, soalku. Si adik di sisinya seperti biasa menambah itu dan ini pada kata-kata si abang.

"Masa Goku berlawan dengan musuh, dia cepat mengaku kalah tak?”

“Tak…”, jawapan jelas yang sempat kurakam dalam kotak memori. Huraian yang banyak dari si adik terutamanya tak sempat kurakam. Banyak sangat, maklumlah anak kecil kalau bercerita hal2 yang menarik bagi mereka macam orang baru dapat mulut.

"Dia tak mudah putus asa kan?”, keduanya mengangguk mengiyakan.

"Macam tu juga kita dalam hidup ni. Jangan mudah berputus asa. Yang penting kena usaha, kemudian kita berdoa dan akhir sekali kita berserah”, keduanya menampakkan wajah tak faham, keliru.

“Macam ni… Contohnya kita belajar di sekolah mesti kita nak dapat keputusan yang baik, kan?”

“Iya, 5A”, jawab si abang pantas. Maklum tahun ni dia nak ambik peperiksaan UPSR.

"Hah, nak dapat 5A kena belajar rajin2.. Tu namanya usaha.. Lepas tu kena berdoa moga Allah bagi berkat ilmu yang kita belajar. Lepas tu kita berserah, tawakal… Nanti lepas peperiksaan keluar keputusan kita terima saja sama ada keputusan itu yang kita harapkan atau sebaliknya. Kalau bukan seperti yang kita harap, yang kita doa, maka kita tak boleh salahkan taqdir. Sebab boleh jadi ada sesuatu yang Allah mahu kita belajar dari kegagalan kita…”, jelasku serba ringkas dan sebolehnya menerangkan dalam bahasa yang mudah mereka nak faham.

Alhamdulillah ada sinar mengerti di wajah kedua anak kecil itu. Tiga hal yang nampak simple: USAHA DOA TAWAKAL. Tiga hal inilah sebenarnya yang kita perlu selalu perhatikan dalam kita mengendalikan aspek-aspek dalam kehidupan. Nampak macam remeh je kan? Keremehannya inilah yang sehingga ada antara kita yang kurang menghayati pengaplikasiannya.


Kadang-kadang kita lupa untuk berusaha, cuma berdoa, berharap dan berserah. Memang tak kena. Tiada ertinya tawakal dalam keadaan kita tak dahului dengan usaha dan iringi dengan doa. Ketiga-tiga hal ini saling melengkapi. Ibarat air kopi yang perlu air, serbuk kopi dan gula. Nak air kopi yang sempurna perlu ada ketiga-tiganya.



Petikan dari ILUVISLAM.COM