Saturday, October 23, 2010

Hizbullah (golongan ALLAH)? Indahnya!


Assalamualaikum W.B.T...

Ana mulakan dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...
Syukur dengan nikmatNYA, biarpun betapa banyak khilaf hambaNYA, masih tetap dikurniakan nikmat yang terbesar, IMAN dan ISLAM...ana bersyukur ya ALLAH.
"Ya muqallibal qulub, tsabit qulubana a'la dinik wa'ala tha'atik"

Ya ALLAH tuhan yang Maha membolak-balikan hati manusia, tetapkanlah hati kami atas agamaMU dan ketaatan padaMU...
Izinkan ana berdoa dahulu ya sahabat-sahabat....
Alhamdulillah, kita masih hidup bertuhan. Ya ALLAH, Engkau masih panjangkan umur hamba hina ini, menghirup nikmat IMAN dan ISLAM lagi. Allahuakbar. Alhamdulillah, tarikh ana bersemangat menulis ini, ana dilahirkan. Apa erti tarikh lahir ya? Makin dekat dengan kematian ana rupanya. Dekat. Ana dah bersedia?

Ya ALLAH, sepanjang umur 22 tahun ini, apa yang dah ana korbankan untuk untuk ISLAM???

Fikir

Perlu difikirkan sentiasa. Perlu fikir, dimana kita disisi ISLAM? Adakah ISLAM perlukan kita? Adakah ISLAM jatuh bila kita tiada? Adakah ALLAH perlukan kita? Adakah ALLAH rugi bila kita tidak berkorban untuk ISLAM? Subhanallah. Sebaliknya, ALLAH akan gantikan dengan kaum yang lain!


Firman ALLAH S.W.T:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari ugamaNYA, maka ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan DIA; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas kepada orang-orang yang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan ALLAH, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia ALLAH Maha Luas limpah kurniaNYA, lagi meliputi pengetahuanNYA".

"Sesungguhnya, penolong kami adalah ALLAH, dan RasulNYA, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah ALLAH)".

"dan sesiapa mereka yang menjadikan ALLAH dan RasulNYA serta orang-orang yang beriman itu PENOLONGNYA (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang teguh kepada ugama) ALLAH, itulah yang tetap MENANG".

Ayat 54-54: Al-Maidah
Adakah ciri hizbullah pada kita? Ya ALLAH, ruginya, jika kita masih tidak kisah dimana kedudukan kita. Ada juga hamba ALLAH, tapi, dia hizbusyaitan. Dia mengaku sahaja hamba ALLAH, tetapi, perilakunya, seolah-olah tidak bertuhan! Na'uzubillahiminzalik!

Dari bangun tidur hingga kita melangkah ke tempat tidur, apa yang kita sudah buat untuk ISLAM hari ini ya?
Buat apa? Kita dimana sebenarnya. Dimana? HizbuLLAH (golongan ALLAH) atau golongan yang sebaliknya?

Kita digolongan mana sebenarnya? Kita ini, apa matlamatnya? Hidup untuk apa?

Tidak perlukan ISLAM, habis tu, apa yang engkau perlukan? Apa jaminanmu selamat diakhirat nanti?


Fikir.

Bersawang

Blog ini, bukanlah sebagai diari. Ana tidak pernah menulis diari, Tidak perlu bagi diri ini. Alhamdulillah, sahabat memberi semangat. Hakikatnya, ana ingin menulis sesuatu untuk agama yang ana banggakan sangat ini. Ana bangga menjadi muslimah, mukminah...insyaALLAH. Terima kasih ya ALLAH. Sayangnya....tidak sabar untk bertemu.

Hakikatnya, kematian itu indah bukan? Jangan takut. Bukanlah pengakhiran hidup kita, tapi, permulaan hidup menujuNYA. Permulaan untuk bertemuNYA. Indah bukan ISLAM ini? Kita ditarbiyah untuk tidak takut mati. Sebaliknya, ditarbiyah untuk INGAT mati dan BERSEDIA menghadapinya, dan....itulah orang yang paling bijaksana. Syukran ya Rasulullah S.A.W, moga kami dapat bertemu juga, insyaALLAH...


Ya ALLAH, jangan tinggalkan ana berseorangan. Ana perlukanMU ya ALLAH. Cukuplah Engkau bagiku. Alhamdulillah, sekali lagi, ana dan kita hidup bertuhan. Suka ana mengulanginya ^^,

Gembira. Syukran Ya ALLAH.


Jom berzikir sebentar, Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar, La haula wa la Quwwata illah billahil A'zim.

Sekarang

Fikir, sepanjang umur kita ini, apa sudah kita korbankan untuk agama ALLAH yang mulia ini? Post-mortem balik, kita mahu di golongan mana sebenarnya.


Wasalam,

"Kerana kita hidup bertuhan, Alhamdulillah"
Puteri Islam, UM

1 comment:

vigora 100 mg said...

Zenegra 50 MG helps to treat erectile dysfunction in men. improve the capacity to exercise in grown-ups with pneumonic blood vessel hypertension.