Sunday, January 24, 2010

AWAK KATA NEGARA POLIS KE?SETUJU KE?PANDANGAN LAIN???ramai kata,kenapa ya?No comment...


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B.T

Negara POLIS????

Apa pendapat anda semua? Setuju ke atau tidak mahu mengatakan setuju atau tidak mahu ambil tahu atau “bukan, salah statement tu???

Saya serahkan pada anda semua untuk menilai…

Semakin hari semakin banyak “kisah-kisah” sahabat-sahabat di kampus di Malaysia ini yang….yang apa ya? Ya…”ditahan” ….ya ditahan atas kesalahan BERDEMONSTRASI atau dengan nama lainnya….mengexpressikan tanda tidak bersetuju atas sesuatu dengan aman tanpa sebarang pergolakan apabila cara lain tak diendahkan…(hoho, maaflah ya. Ini dari kamus sendiri)

Entahlah. Apa yang saya tulis ni? Hajatnya ingin menulis tentang Program yang baru saya hadiri sabtu lepas dibawah anjuran Persatuan Ulama Malaysia bahagian Wilayah Persekutuan…

Hemm….belum dapat menulis lagi. Sangat menarik…saya belajar sesuatu sisi lain tentang dakwah….atau kata lain “Jom kita buat kebaikan” ­^_^

Saya terpaksa tinggalkan sementara waktu. Saya berhajat untuk memberitahu tentang sahabat-sahabat kampus….

Sekadar untuk berfikir sejenak….

“Adakah Malaysia sebuah Negara polis?” Oh, saya tidak berhajat berkata lanjut tentang Negara polis itu bagaimana…

Cuma…sentiasa bermain dan berlari-lari dibenak fikiran disamping ilmu-ilmu sains yang sedang mengaji ni…yang katanya…”Oh, macam tulah. Malaysia sudah menjadi Negara polis”

Ini bukan statement saya. Cuma nak mengkehadapankan ayat-ayat ini. Isu semasa yang kerap berlaku melibatkan pelajar universiti. Tapi, makin kerap kan?? No comment…

Pada pandangan saya yang Alhamdulillah, saya tidak bias kemana-mana pihak, salahkah mahasiswa untuk berkata-kata “sesuatu”? Berkata “sesuatu” yang dirasakan tidak adil dan tidak benar? Berkata “sesuatu” yang dirasakan perlu diubahsuai dan diperbaiki…

Mungkin ramai yang mengatakan…cara tidak sesuai. Tidak sesuai? OH, lupa..macam berdemonstrasi…eh memang pun..eh, salah ke? Eh, cara apa lagi? Eh, bukan pun mencederakan siapa-siapa pun? Eh, tidak rosak apa-apa pun, mereka hanya berarak? Eh…kata demokrasi, boleh menyuarakan apa-apa? Eh…betul ke apa yang saya fikirkan ni? Eh…peliklah? Eh..nak jadi apa ini? Eh, Malaysia boleh???

Hem…….

Ya ALLAH, pasti ada hikmahnya kejadian begini. Kejadian mahasiswa ditangkap ini…Ya ALLAH, tabahkan hati mereka. Hanya Engkau yang mengetahui segala-galanya…. ALLAHUAKBAR!


.....................................................................................................

9 pelajar ditahan bantah pilihanraya kampus

23 January 2010

Sembilan pelajar universiti ditahan ketika berhimpun di ibunegara kerana membantah proses pilihan raya kampus.

Mereka adalah antara 200 pelajar yang menyertai bantahan tersebut di Menara Tun Razak di Jalan Raja sebelum berarak ke kompleks membelibelah Sogo kira-kira setengah kilometer dari situ, di mana mereka berhasrat untuk menyebarkan risalah kepada orang ramai.

Ketika sampai di Sogo, mereka diarahkan oleh polis supaya bersurai.


Sembilan daripada mereka kemudiannya ditahan polis kerana didakwa gagal berbuat demikian.

Mereka ialah Hilman Idham, Aizat Salleh, Mohammad Za'im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Abdul Razak, Mohammad Idris Yusoff, Fikhri Harun, Syahriul Ismail dan Ridhuan Jamil.

Mereka yang terdiri daripada anggota beberapa pertubuhan pelajar universiti di sekitar Lembah Klang, dibawa ke ibupejabat polis Dang Wangi untuk disoalsiasat.

Penangkapan mereka bermula apabila polis tiba lima minit selepas kumpulan pelajar tersebut berarak dari Menara Tun Razak.

Pihak polis kemudiannya terus mengarahkan mereka menurunkan kain rentang bantahan mereka serta bersurai dalam masa lima minit.

Sumber: Malaysiakini.com


#Sekadar untuk berfikir sejenak. Anda tidak mahu berfikir? Nak fikir tentang kuliah sahaja? Tidak mahu fikir tentang saudara-saudara seakidah anda??? Ok, teruskan dan selamat tinggal dari saya…Saya doakan, moga setiap amalan kita diterimaNYA. Amin...

Cukuplah Engkau bagiku….Alhamdulillah (^^,)v

5 comments:

Anonymous said...

agak kelakar pendapat awak.. tapi awk harus melihat samaada tindakan demostrasi tu sesuai ke dengan kehendak agama.. bukan ke boleh disuarakan melalui rundingan dan mugkin ada cara lain lagi.. kita melihat jalan demostrasi sesuatu yang kelihatan tidak sesuai dengan budaya dan agama, dimana ia lebih membawa kepada perpecahan.. Benda yang sepatutnya di tonjolkan adalah imej islam iaitu bertolak ansur, lemah lembut dan bersopan. Melalui jalan demostrasi yang rata-ratanya merupakan mahasiswa yang akan memperjuangkan islam pada satu masa akan datang,sesuatu yang amat menyedihkan.. ingat.. kepandaian menyelesaikan melalui akal, adalh lebih baik dari fizikal...barulah mencerminkan mahasiswa islam..

PUTERI ISLAM said...

salam perjuangan (terutama kepada nafsu^^,)

agak kelakar?terpulangkan kepada saudara/ri yang berkata.Masing-masing berhak berkata. Secara umumnya, jalan berdemonstrasi bukanlah jalan pertama yang terfikir dibenak seorang mahasiswa muslim.Ya,anda setuju?Ini bukan cara pertama.banyak lagi jalannya.Cuma, apa yang ingin dikatakan...ia adalah salah satu cara penegasan (ini pandangan saya).sbg contoh,isu ISA,PPSMI,GEREJA..dan banyak lagi.salah ke,jika cara berforum dan sebagainya...'benda itu' masih lagi dijalankan? dalam kita bertindak,mesti ada hujah mengapa bertindak. Anda masih student?Jika ya, pasti memahami pelbagai cara sudah dijalankan. saya bercakap dipihak universiti yang terlibat bukan seorang yang melihat dari cermin kereta....wallahu'alam.

syukran jazylan atas pandangan.saya hormati.teruskan.

Anonymous said...

terima kasih repon yang diberikan..saya juga seorg student dan tidak berstuju dengan cara pilihan raya kali ini.. tapi, saya nak tekankan kat sini, pikir yang negatif seblum positif... mahasiswa2 terbabit membawa imej agama.. apibila berlaku demostrasi, ideologi yang dibawa demostrasi dari barat ini adalh bertujuan memununjukkan tidak bertolak ansur tentang sesuatu perkara dan membawa kepada penujukkan keganasan..saya ada terdengar cerita tentang ada sebilangan student yang membakar komputer demi demostarsi ini.. jadi, anda rasa imej apa yang dibawa oleh mahasiswa ini,keganasan..? dan saya rasa, imej ini tidak sepatutnya dibwa oleh mahasiswa islam.. dan sebab inila saya rasa islam dilabelkan sebgai pengganas.. saya rasa, perhimpunan secara aman juga boleh digantikan dengan demostrasi..keadaan keduanya adalah sama iaitu berhimpun, tapi kesannya dan caranya adalah berbeza, dan semestinya tanggapan orng ramai juga berbeza..akhir sekali, matlamat tidak menghalalkan cara..

PUTERI ISLAM said...

salam...terima kasih juga pada akhi/ukhti.
saya pun setuju matlamat tidak menghalalkan cara. ayat demonstrasi tu,sama sahaja dengan perhimpunan.ok..tidak mengapa.hanya permainan bahasa.tapi,itulah,tentang komputer?nampak ganas...?bagi saya,belum lagi untuk mengatakan islam seperti pengganas.banyak lagi...adegan2 yang lebih memburukkan islam.saya yakin,anda pun tahu contoh2 di malaysia ni..label islam pengganas hanyalah omongan jahat barat juga untuk burukkan islam tetapi,sebaliknya,ramai orang barat revert to islam.Alhamdulillah.hakikatnya,perhimpunan aman atau demonstrasi ni hanyalah salah satu wasilah untuk membantah kezaliman.em,tentang demonstrsi ni,banyak dibahaskan ke'boleh'annya .mungkin ayat 'demo..' tu nampak ganas.hakikatnya, perjuangan menentang kezaliman yang terang-terangan pada prk ni perlu digerakkan daripada menjadi golongan yang xkisah siapa pemimpin yang sepatutnya diharapkan dapat menyejukkan U dengan suasana Islam.insyaALLAH (dlm konteks prk).....wallahu'alam.

maaf jika tersilap bahasa.teguran diterima.syukran jazylan.wallahu'alam.

PUTERI ISLAM said...

saya baru perasan,bukan membakar ya akhi..tetapi,merosakkan komputer yang sudah buruk simbolik kepada penggunaan e-undi yang terang-terangan menzalimi.belum cukup ganas, tetapi penegasan pada pihak hep bahawa mahasiswa amat membantah. tidak salah kan?wallahu'alam...